Featured post

Jangan Lupa Tanggungjawab sebagai PEWARIS HARTA PUSAKA!

Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Friday, 8 May 2015

Kecoh Tabung Haji Beli Tanah 1MDB!


Hari ni kecoh isu Tabung Haji beli tanah dari 1MDB dengan harga lebih mahal. Ramai kawan2 mula mengeluarkn duit daripada TH sebab risau wang mereka disalahguna untuk penyelamatan 1MDB.
Saya sarankan kawan2 semua menyimpan di dalam pelan Mabrur daripada eTiQa Takaful kerana banyak manfaatnya.

Pelan Mabrur eTiQa Takaful:
Banyak kelebihan menyimpan di dalam pelan Mabrur eTiQa Takaful berbanding tempat simpanan yang lain.
1) ROI/pulangan pelaburan yang tinggi. Min 6% (100% patuh Syariah)
2) Dapat perlindungan takaful:
    i) Pampasan kematian
    ii) 36 sakit kritikal
    iii) Kemalangan
3) Pampasan kematian/hilang upaya kekal 2x ganda sekiranya meninggal dunia/hilang upaya kekal di Tanah Suci (Mekah & Madinah).
4) Elaun haji RM1000.
5) Elaun umrah RM1000.
6) Elaun penjagaan anak RM1000.
7) Badal haji/upah haji sebanyak RM3000 sekiranya pencarum meninggal dunia.
8) Manfaat Ihsar
9) Khairat kematian sebanyak RM1000.
10) Wang pelaburan boleh di ambil pada bila2 masa tanpa tempoh matang. (boleh guna utk apa2 tujuan)
11) Dapat pengecualian cukai pendapatan sehingga RM6000.

                 
Anda boleh merancang untuk melaksanakan haji lebih awal tanpa perlu mnunggu giliran dgn pelan Mabrur daripada eTiQa Takaful.

Pakej alternatif lebih baik sudah tersedia. Pilihan di tangan anda..

Pelan lain:
Pakej istimewa 3 dalam 1:
Medical card cover min 60k setahun + perlindungan kematian/sakit kritikal/hilang upaya kekal menyeluruh + simpanan & pelaburan utk:-
1) kanak2 berumur 14 hari-18 thn (Pelan Intelek)
2) pakej persaraan (ETL) dan pelbagai pelan-pelan yang menarik.

WhatsApp: 016-3163292
Untuk temujanji/khidmat perancangan kewangan percuma/sebutharga percuma.

Mohd Ezani Saini
Agen
eTiQa Takaful.
016-3163292


Monday, 20 April 2015

Apa Yg Perlu Ada Sebelom Umur 30? Fakta #5 Mesti Memeranjatkan Anda

Entri ini khas untuk yang makan gaji macam anda dan saya.
1. Hartanah Sendiri
Tak kisahlah apartment low cost, medium cost, rumah teres, semi-D, corner lot, bungalow.. Asalkan ada hartanah sendiri walaupun sebuah. Kenapa? Sebab beli sekarang lagi murah berbanding beli beberapa tahun lagi. Tak percaya, cuba sendiri.
2. Pekerjaan Yang Stabil
Pada umur ini, anda sepatutnya dah jumpa career path yang bersesuaian dalam industri pilihan anda. Kenapa? Kalau pada masa ni anda masih lompat kerja sana sini, dan lebih teruk lagi bertukar industri, maka anda belum mempunyai tapak yang kukuh dalam industri tersebut.
Umur lepas 30 dah kena cari laluan untuk masuk dalam management, paling tak pun senior executive.
Walaupun begitu, ini pandangan saya secara umum sahaja. Lain industri lain ceritanya.
3. Simpanan Enam Bulan Gaji
Tak kisahlah simpan di mana pun; takaful, ASB (bukan loan), Tabung Haji, saham, unit amanah, emas mahupun fixed deposit. Asalkan nilai simpanan cukup enam bulan gaji. KWSP tak dikira.
Kenapa? Cash is king. Kalau berlaku apa-apa kecemasan pada diri sendiri atau keluarga, duit inilah yang akan bantu di masa susah. Kalau tiba-tiba kena buang kerja, sekurang-kurangnya duit ni boleh digunakan untuk sara hidup sementara dapat kerja baru.
4. Simpanan Tetap Setiap Bulan
Sebelum 30 dimaafkan kalau tak boleh simpan duit secara tetap setiap bulan. Mungkin duit dah habis kat rumah dua tiga buah, mungkin dah habis pada keluarga dan sebagainya tapi bila nak masuk 30, dah kena ada amaun tetap daripada pendapatan bulanan yang disimpan.
Kenapa? Kalau anda masih gagal nak wujudkan simpanan tetap setiap bulan macam ni, bermakna ada yang silap dalam perancangan kewangan anda. Mungkin anda boros berbelanja, mungkin anda hidup di luar kemampuan atau mungkin terlalu banyak kebocoran dan benda tak perlu yang dibelanjakan setiap bulan.
5. Pelan Takaful Sendiri
Tak kisahlah takaful komprehensif atau tidak, asalkan anda mempunyai pelan takaful yang memberi manfaat perubatan (medical card). Kenapa? Semakin lambat ambil, semakin tak berbaloi pelan tu dengan apa yang dibayar.
Dan lebih penting, umur 30 dah mula ada yang sakit. Kalau dah sakit, memang susah dah nak bantu..
–
Money management bermula umur 30 kena betul dah. Tak boleh silap sebab biasanya masa ni majoriti dah berkeluarga. Bila silap bukan setakat diri sendiri susah, anak beranak pun kena sekali.
Perancangan kena mula dari sekarang, lepas graduate, masa start first job. Lagi lambat start, lagi susah nak berada di landasan yang betul.


Thursday, 29 January 2015

Masuk Syurga Percuma, Kalau Masuk Neraka Kena Bayar?

Seorang bapa berkata kepada anaknya, 
"Tahukah kamu bahawa nak masuk syurga ini percuma dan kalau nak masuk neraka kena bayar?"
Jawab anaknya, "Macamana masuk neraka kena bayar?"

Jawab bapanya, 

✅ Bukankah nak berjudi kena bayar? 
✅ Bukankah nak minum arak kena bayar? 
✅ Bukankah nak merokok kena bayar? 
✅ Bukankah masuk pub kena bayar?
✅ Bukankah berjalan-jalan ke tempat maksiat kena bayar?


Wahai anakku! Ketahuilah bahawa masuk syurga itu percuma. 
Allah SWT telah memberimu modal yang sangat banyak.

✅ Jika nak solat, kita tak perlu bayar 
✅ Jika nak puasa, kita tak perlu bayar 
✅ Jika beristighfar, kita tak perlu bayar
✅ Jika berzikir, kita tak perlu bayar


Bukankah mahu ke syurga ini mudah dan percuma.

〰〰〰〰〰〰

Wahai saudaraku! Mesej ini juga percuma.... 
Tetapi jika ada yang memberitahu kepada yang lain & mengamalkannya, 
kita pasti diganjari pahala berganda...

Sumber: FB

Monday, 26 January 2015

Apa Yang Kita Kejar???

Baca la..sedih

Dulu masa saya kecik-kecik, saya selalu dapat no 1 dalam kelas tadika dan sekolah rendah...




Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya....




Dulu saya dapat 5A UPSR...




Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya....




Dulu saya dapat tawaran masuk MRSM...




Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya...




Dulu saya dapat 8A dalam PMR...




Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya....




Dulu saya dapat tawaran buat kursus medic kat Indonesia...




Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya....




Tapi bila saya buang semua keduniaan itu dan berikrar untuk turut berjuang menjadi kebanggaan Rasulullah, saya bawa beg dan merantau ke seluruh dunia, saya berhenti di Afrika untuk belajar ilmu agama, dan balik ke Malaysia dengan kesan-kesan Sunnah Rasulullah di badan saya...




Semua orang mencemuh dan memandang rendah kepada saya....




"Ada ke patut budak lulusan MRSM masuk pondok? Dah la sijil tak diiktiraf, belajar jauh-jauh sampai Afrika pulak tu? Nanti nak makan apa? Bodohnya... Memalukan mak bapak, peluang besar jadi orang besar dilepaskan pulak..."




Kata mereka....




Tapi...




Pada suatu Subuh...




Saya pergi ke masjid bersama ibu saya di mana saya merupakan imam di masjid itu...




Saya bacakan surah Abasa...




Dan sebak ketika sampai ayat:




Yaumayafirrul mar'umin akhih.....




Wa ummihi...wa Abih....




Selesai solat, semasa perjalanan pulang...




Ibu bertanya kenapa saya sebak ketika sampai di ayat itu?




Saya jelaskan....




Ayat itu menceritakan tentang huru hara mahsyar sehinggakan seorang insan itu akan lari daripada saudaranya...




Ibunya...




Ayahnya....




Isterinya...




Anak-anaknya...




Saya katakan...




Di dunia ini, bila kita jadi kaya, orang puji kononnya kita berjaya...




Bila kita gunakan dunia untuk mengejar akhirat, orang akan kata kita gila...




Sedangkan di mahsyar nanti, semua "kata-kata orang" tu langsung tak
bernilai kerana ibu, bapa, anak, isteri, saudara yang di dunia ni sangat rapat dengan kita pun, kelak di mahsyar mereka akan saling melarikan diri daripada berjumpa kerana takut dituntut......




Maka saya sebak kerana saya risaukan apa keadaan saya di mahsyar kelak...




Pujian orang ramai selama berbelas-belas tahun tu langsung tak bagi manfaat pada saya...




Kejian selama bertahun-tahun kerana mengorbankan dunia demi agama juga  tak bagi mudarat pada saya...




Lalu kenapa manusia masih mengejar pujian orang ramai dan takut dengan celaan mereka?




Ibu sekali lagi memeluk saya, tersenyum sambil menangis dan berkata....




"Sejuk perut mama dapat anak macam bangcik..."




Maka itulah kali pertama dalam hidupku saya berasa sangat gembira akan "pujian" ibuku...




Pelbagai pencapaian demi pencapaian yang saya dapat DULU, saya tidak pernah merasa gembira seperti ini walaupun dulu juga saya dipeluk cium ibu dan dipuji....




Wahai hamba Allah...




Apa sebenarnya yang kalian kejar?




Apa pula sebenarnya yang kejar kalian?




Mengapa kalian masih mengejar pujian sia-sia manusia...




Sedangkan malaikat maut pula tidak pernah lelah siang malam mengejar kalian?




Wahai  saudaraku...




Apakah kalian sedar nafas kalian hanya berbaki beberapa lagi?




Sebelum lubang kubur kalian akan digali?




Apa yang aku dan kalian ada.. untuk Allah dan Rasul bangga?




*self-reminder*
Masalah KITA yg masih bernyawa ni....dah ambik bekal kah belum...atau masih leka dengan mainan2 sekeliling kita.....

Bak kata kalam saiyidina Ali r.a...."Hidup di dunia ini ramai yg terlena, akhirat nanti baru terjaga."

Jangan kita masuk dalam golongan yg "ramai" tu....sebab yg ramai tu kononnya 'normallah' di akhir zaman ni...

Masuklah dlm golongan yg sedikit...sbb yg sedikit itu akan masuk syurga...selama2nya...
"pesanan utk KITA...saya sekali yg banyak dosa ni"

sgt memberi keinsafan

Sebarknlah, x perlu nk sebar ke 20 org,40 org mahupn 100 org.

Sebar je seikhlas hati. Berjuang walau sesaat di jalan Allah. Detik berlalu saat demi saat ketika anda mula mbaca ini hngga sesudah mmbacanya
.. Usia semakin brtambah, namun sudahkah kita muhasabah akan barakah pd usia kita yg brtambah.? Sudahkah kita tnya diri? Ya Allah.. Peringatan utk diri & semua. Semakin hampir kita ke Alam barzakh.

Friday, 23 January 2015

"DAH TERTULIS REZEKI AWAK"


"DAH TERTULIS REZEKI AWAK" 

Cerita petang tadi. Benar-benar terkesan di hati saya.

Sejak petrol turun harga saya tak pandai nak anggar harga petrol nak isi dalam cik bibah. Tadi tank masih ada dua bar. So saya agak ada la kat dlm 10-15 rggt je. So saya bayar di kaunter untuk isi RM50. Rupanya bila rm42 dah penuh.. saya pump juga sampai rm45. Takut nak isi lagi.. sebab pernah terjadi melimpah2 keluar petrol.

Saya malas nak gi masuk dalam minta refund lagi rm5. Nak burn je sayang pulak. Saya pegang nozzle sambil perhati kot2 ada motor masuk.. takde pon. Saya hampir nak letak balik sebab nak tutup lubang tempat isi minyak kat kereta, tapi saya cuba pegang nozzle tu sambil tutup lubang minyak tu.. buat lambat sikit. Niat nak tunggu kot2 ada motor masuk.

Selesai je, hampir saya nak letakkan nozzle, ada satu motor datang ke pump sebelah. Budak muda, awal 20an saya kira. Saya panggil dia suruh tolak motor ke pump ni, saya cakap ada rm5 lagi, ambillah. Dia tolak motor ke tempat saya, dia seluk poket nak bayar, saya cakap tak payah, saya pass nozzle ke dia.

Saya cakap ..
"ambillah akak malas nak refund ke dalam.."
Dia cakap terima kasih. Dia tunduk, nampak sedih. Dia tunduk betul2 macam tak sanggup pandang kita, atau tunduk syukur pada Allah gitu. Cam speechlesss gitu..

Saya tanya dia, "eh apesal?"
Dia jawab dalam menahan sebak.
"Saya doa akak murah rezeki, tak tau nak cakap macam mana. sebenarnya saya belum gaji, duit sy ada 10 ringgit je ni, dok fikir isi minyak 3rggt, tinggal 7 rggt. Dok atas motor tadi saya dok fikir pasal duit je.. saya serah pada Allah je. Rupanya Allah nak bagi rezeki saya dapat minyak motor free,"
Saya pula sedih.. saya senyum je dan cakap.
"Dah tertulis rezeki awak,"

Saya masuk kereta, terus jalan. Dari jauh nampak dia lambai tangan tanda terima kasih. Saya yang cengeng dah 'banjir' dlm kereta. YA Allah.. bila hambaMu tawakal padaMu. Ada rezeki yang dah KAU janjikan.

Dan rencana Allah tu pasti. Saya sepatutnya nak drive terus balik Putrajaya, dan isi minyak di Petronas, sebaliknya Allah gerakkan hati saya belok ke Petron di Besraya. Jarang saya berhenti di situ isi minyak, hari ni tergerak hati nak isi kat situ..

Dan patutnya tadi saya guna debit kad, isi penuh ja.. tetapi saya pi masuk bayar rm50 kat dalam, teragak nak isi rm45 sahaja, tapi hati kata rm50 baru penuh.. rupanya betul cuma rm45 sahaja.. rm5 tu bukan hak saya, hak orang lain. Allah dah susun dan atur cantik2.

Itulah yang dikatakan dalam rezeki kita ada hak orang lain, yang kita kena kembalikan semula. Teratur hari ini dalam bahagian saya ada bahagian adik itu. Semuanya dari Allah. Niat kita juga penting.. saya benar niatkan nak kasi je baki petrol dah bayar tu pada sesiapa pun, dan dalam hati terdetik, biarlah dapat pada orang benar-benar layak. Maka Allah temukan kami.

Saya menangis sambil drive sebab saya semakin kuat dan yakin konsep tawakal pada Allah. Benar2 serahkan segala-galanya padaNya. Menulis ini pun saya sebak.

FB : Pnut Syafinaz

Tuesday, 13 January 2015

Lelaki Ini ‘Membuang’ Gaji Beliau Yang Banyak Di Syarikat Terkemuka Semata-Mata Mahukan Kebebasan Yang Nyata

Nota Editor: Artikel ini diterbitkan selepas penulis membaca kisah kejayaan lelaki ini dalam bidang Takaful di Facebook baru-baru ini. Jadi penulis mahu kisah lanjut melalui perbualan ringkas atas kejayaan beliau bagaimana beliau bermula supaya menjadi inspirasi kepada orang ramai. 

Bekerja sebagai Eksekutif kanan di syarikat minyak dan gas paling terkenal di Malaysia, syarikat Petronas dengan suasana pejabat di Menara Berkembar yang berprestij dan serba selesa, sudah pasti menjadi impian kebanyakan insan di kota metropolitan. Ribuan graduan saban masa menghantar permohonan kerja, juga tidak ketinggalan pegawai eksekutif, jurutera, akauntan dan segala macam latar kerja dari syarikat dan industri lain ikut serta menghantar cv demi merebut tempat di syarikat kebanggaan Malaysia ini.
Namun itu semua tidak menghalang bekas penjawat kanan Carigali Sdn Bhd (anak syarikat induk Petronas), Firdaus Ahmad untuk melakukan perkara yang hampir tidak pernah dilakukan oleh mana mana penjawat kanan di syarikat tersebut, yakni meninggalkan kerja yang menjadi rebutan ramai, untuk sebuah perniagaan yang dianggap sebagai pilihan terakhir bagi sesiapa yang saja yang mendengar, iaitu menjadi seorang ejen Takaful sepenuh masa.
Memiliki kerjaya yang dipandang hebat oleh keluarga dan masyarakat, tidak sekali kali pernah mengaburi cita cita beliau yang hanya mahukan satu perkara,‘kelapangan masa’ (rujuk kembali tajuk artikel).
“Bekerja dengan syarikat yang bereputasi tinggi seperti Petronas sangat mencabar. Ditambah dengan jawatan eksekutif kanan operasi logistik yang saya pikul, memerlukan saya banyak ‘travel’ samada dalam atau luar negara. Hari ni saya di Kerteh, esok saya di Singapore dan lusa saya mungkin perlu berada di Dubai, Tokyo atau Mumbai, begitulah kitaran kerja saban hari”.
Firdaus juga menambah rutin hariannya selama lapan tahun lebih yang terpaksa berulang alik pergi kerja dari Tanjung Malim ke KLCC turut menjadi menjadi faktor untuk beliau beralih kerjaya. Selama lapan tahun lebih beliau keluar rumah jam 6 pagi, dan sampai semula ke rumah jam 9 atau 10 malam, suatu rutin yang tak tergamak diteruskan buat selama lamanya.
“Keluar rumah gelap, balik rumah pun gelap. Kadang kadang bila sampai rumah anak anak pun dah tidur. Saya akui bukan saya seorang berhadapan isu begini, hampir semua yang bergelar pekerja makan gaji, terutamanya yang bekerja di ibu kota, turut berhadapan situasi yang sama, keluar gelap balik pun gelap. Namun itu tidak menghalang untuk saya terus mencari jalan keluar, dan satu satunya cara tidak lain mestilah dengan melalui jalan perniagaan sendiri. Persoalannya ketika itu, nak meniaga apa? Kerja hari hari ni pun tak menang tangan,nak berniaga masa bila pulak?. “
Pertengahan 2011 merupakan titik permulaan beliau dalam bidang Takaful. Setelah diperkenalkan oleh seorang sahabat, tanpa banyak berfikir beliau terus lakukan secara sambilan. Inilah sifat yang perlu kita tanam, tidak perlu toleh ke belakang. Buat keputusan dan jalan terus!
“Motivasi saya mudah. Turunkan ego. Buat je lah Takaful ni pelan pelan. Tengahari jumpa orang, malam jumpa orang, Sabtu Ahad pun jumpa orang. Senang cerita jumpa orang jelah kerjanya. Mula-mula memang rasa tak best. Yelah, kita ni kerja Petronas, tiba tiba buat part time jadi ejen Takaful pulak, orang dengar pun pelik. Tapi saya teruskan juga. Sebab matlamat akhir, saya mesti tinggalkan kerja keluar gelap balik gelap macam ni, saya mesti kawal masa saya, kawal jadual, dan kawal hidup saya secara menyeluruh, bukan hidup yang berpaksa paksaan begini. Saya mahukan masa dengan anak anak. Hantar mereka ke sekolah, makan tengahari dengan mereka, rileks dan ada masa untuk aktiviti aktiviti yang saya minat dan suka”.
Pertengahan 2013, Firdaus Ahmad dengan rasmi meletakkan jawatan di Petronas untuk berkecimpung dalam perniagaan Takaful sepenuh masa.
“Banyak perkara yang saya mahu buktikan kepada orang ramai;
Pertama, saya mahu buktikan yang kalau kita mahukan sesuatu, tiada apa yang boleh menghalang kita untuk mencapainya.
Kedua, saya mahu buktikan yang kerjaya sebagus mana sekalipun, kalau kualiti masa kita dengan keluarga tidak menentu, maka itu tidak akan membawa kita kemana mana.
Ketiga, saya mahu buktikan, perniagaan yang dipandang remeh seperti menjadi ejen Takaful ini, kalau dibuat dengan bersungguh-sungguh, tidak mustahil boleh mengubah nasib dari kehidupan biasa kepada kehidupan yang senang lenang dan kaya raya. Dan yang terakhir, saya mahu jadikan Takaful ini sebagai suatu perkara yang cool, hype, sempoi dan dekat dihati orang muda”
Berusaha, bersungguh-sungguh, fokus, dan ‘determined’ dalam melakukan kerja kerja Takaful, pastinya membuahkan hasil. Firdaus Ahmad bermula dengan pencapaian sebagai ‘Star Club Wealth Planner 2011’, kemudian mencapai kedudukan ‘Senior Wealth Planner 2012’, sebelum membuktikan dirinya sebagai ahli Takaful paling berjaya dengan kedudukan ‘Premiere Wealth Planner 2013’, yang membawa dirinya ke kedudukan ejen Takaful nombor 1 di Malaysia. Pencapaian cemerlang ini diteruskan dan terbukti pada tahun 2014, beliau sekali lagi dinobat sebagai ejen Takaful nombor 1 di Malaysia buat kali kedua berturut turut. Disamping berjaya menggondol anugerah MDRT, yakni antara anugerah tertinggi dalam industri Insuran dan Takaful.
Ditanya tentang perancangan 2015, beliau mahu kerahkan tenaga untukmelatih dan mendidik lebih ramai orang yang mahu berjinak jinak dalam bidang Takaful. Tidak ada yang lebih penting dari melahirkan 100 atau 1000 ejen Takaful, supaya kefahaman dan kepentingan Takaful dapat disemarakkan secara lebih komited dan efisyen ke seluruh masyarakat. Pendidikan Takaful merupakan aspek paling utama yang mesti difahami oleh kebanyakan orang, dan tugas itu terletak atas bahu ejen ejen. Mendidik, bukan menjual, kerana perlindungan Takaful mesti bermula dengan didikan, bukan jualan.

Fakta yang perlu anda tahu:
Mengikut kajian statistik insuran takaful, setakat tahun 2014, rakyat Malaysia yang dilindungi dengan insuran takaful tidak lebih dari 15%. Dengan jumlah ejen sedia ada, matlamat untuk member perlindungan takaful sekurang kurangnya ke tahap 30%, sukar untuk dicapai. Secara purata, industri memerlukan kurang lebih 3000 hingga 5000 ejen ejen baru yang aktif untuk menguruselia peningkatan pemilikan polisi perlindungan.

Merujuk kepada fakta di atas, “Tidak mungkin saya seorang boleh melakukan kerja 3000 orang. Jadi, jalan paling efektif adalah dengan melatih dan melahirkan ejen ejen baru yang bermotivasi dan mahu mengubah haluan kerjaya, lalu mereka pula akan melatih dan mendidik pula ribuan ejen ejen lain untuk meneruskan legasi Takaful ini. Tidak kira samada mereka ini asalnya penjual burger, atau pengurus syarikat, asalkan mereka mahu mengubah nasib dan mahu bebas mengawal jadual hidup, saya alu alukan”.
firdaus ahmad takafulman
Ketika ditanya berapakah gaji Petronas ketika beliau berhenti kerja; Firdaus Ahmad, atau lebih dikenali di Facebook dengan nama Takafulman, menjawab dengan sinis;
“Taklah banyak mana… Adalah dalam 5 angka punya gaji semasa saya kat Petronas dulu… Mudah cerita adalah dalam RM15,000 +- untuk sebulan.”
Firdaus Ahmad juga ada menceritakan kisah ulang-alik beliau antara Tanjung Malim – KLCC dalam buku tulisan beliau yang bertajuk Dari Tanjung Malim ke KLCC, Dari KLCC ke Tanjung Malim dan Proletar Dua Menara.
Kita semua boleh memilih jalan kebebasan yang kita mahukan. Ada yang bergerak cara begini, dan ada juga yang bergerak cara begitu. Asalkan matlamat yang diinginkan dapat dicapai. Mungkin anda juga mahu jadi seperti Firdaus Ahmad, tapi yang tu kena hubungi beliau sendiri secara terus di Facebook.
Source: The Rocket

Thursday, 4 December 2014

Adakah Anda Rasa...

=======

Andaikn skrg sudah pukul 7:25pm dan anda dlm 
perjlnn balik seorng diri selepas hari bekerja yg luar biasa sibuk nye.

Anda benar2 penat, gelisah dan kecewa.

Tiba2 anda rasa sakit yg menyucuk di bhg dada yg mula menular ke lengan dan ke atas di bhg rahang muka.

Anda hanya 5 batu drpd hospital yg terdekat. Malangnya anda x pasti anda akn sempat sampai @ pun tidak ke hospital trsbt.

Anda tlh dilatih utk melakukn CPR, ttp x diajar cara utk melakukn CPR ke atas diri sendiri...

=======

Adakah anda rasa, anda akan sampai di hospital itu?

Adakah anda rasa, orang ramai yang berada disekitar anda, tahu anda sedang sakit? 

Adakah anda rasa, orang ramai yang berada disekitar anda akan membantu anda ketika anda pengsan? Ke mereka akan snap gambar/video je?

Kita tak tahu apa yang akan terjadi. Marilah saya bantu anda untuk mempersiapkan diri untuk bantu anda dalam kesusahan, melalui caruman takaful.
Beri saya peluang untuk bantu anda. 

Mohd Ezani
Perunding eTiQa takaful
016-3163292



Berapa ramai yang sedang merakam menggunakan telefon pintar?