Featured post

Jangan Lupa Tanggungjawab sebagai PEWARIS HARTA PUSAKA!

Friday, 23 January 2015

"DAH TERTULIS REZEKI AWAK"


"DAH TERTULIS REZEKI AWAK" 

Cerita petang tadi. Benar-benar terkesan di hati saya.

Sejak petrol turun harga saya tak pandai nak anggar harga petrol nak isi dalam cik bibah. Tadi tank masih ada dua bar. So saya agak ada la kat dlm 10-15 rggt je. So saya bayar di kaunter untuk isi RM50. Rupanya bila rm42 dah penuh.. saya pump juga sampai rm45. Takut nak isi lagi.. sebab pernah terjadi melimpah2 keluar petrol.

Saya malas nak gi masuk dalam minta refund lagi rm5. Nak burn je sayang pulak. Saya pegang nozzle sambil perhati kot2 ada motor masuk.. takde pon. Saya hampir nak letak balik sebab nak tutup lubang tempat isi minyak kat kereta, tapi saya cuba pegang nozzle tu sambil tutup lubang minyak tu.. buat lambat sikit. Niat nak tunggu kot2 ada motor masuk.

Selesai je, hampir saya nak letakkan nozzle, ada satu motor datang ke pump sebelah. Budak muda, awal 20an saya kira. Saya panggil dia suruh tolak motor ke pump ni, saya cakap ada rm5 lagi, ambillah. Dia tolak motor ke tempat saya, dia seluk poket nak bayar, saya cakap tak payah, saya pass nozzle ke dia.

Saya cakap ..
"ambillah akak malas nak refund ke dalam.."
Dia cakap terima kasih. Dia tunduk, nampak sedih. Dia tunduk betul2 macam tak sanggup pandang kita, atau tunduk syukur pada Allah gitu. Cam speechlesss gitu..

Saya tanya dia, "eh apesal?"
Dia jawab dalam menahan sebak.
"Saya doa akak murah rezeki, tak tau nak cakap macam mana. sebenarnya saya belum gaji, duit sy ada 10 ringgit je ni, dok fikir isi minyak 3rggt, tinggal 7 rggt. Dok atas motor tadi saya dok fikir pasal duit je.. saya serah pada Allah je. Rupanya Allah nak bagi rezeki saya dapat minyak motor free,"
Saya pula sedih.. saya senyum je dan cakap.
"Dah tertulis rezeki awak,"

Saya masuk kereta, terus jalan. Dari jauh nampak dia lambai tangan tanda terima kasih. Saya yang cengeng dah 'banjir' dlm kereta. YA Allah.. bila hambaMu tawakal padaMu. Ada rezeki yang dah KAU janjikan.

Dan rencana Allah tu pasti. Saya sepatutnya nak drive terus balik Putrajaya, dan isi minyak di Petronas, sebaliknya Allah gerakkan hati saya belok ke Petron di Besraya. Jarang saya berhenti di situ isi minyak, hari ni tergerak hati nak isi kat situ..

Dan patutnya tadi saya guna debit kad, isi penuh ja.. tetapi saya pi masuk bayar rm50 kat dalam, teragak nak isi rm45 sahaja, tapi hati kata rm50 baru penuh.. rupanya betul cuma rm45 sahaja.. rm5 tu bukan hak saya, hak orang lain. Allah dah susun dan atur cantik2.

Itulah yang dikatakan dalam rezeki kita ada hak orang lain, yang kita kena kembalikan semula. Teratur hari ini dalam bahagian saya ada bahagian adik itu. Semuanya dari Allah. Niat kita juga penting.. saya benar niatkan nak kasi je baki petrol dah bayar tu pada sesiapa pun, dan dalam hati terdetik, biarlah dapat pada orang benar-benar layak. Maka Allah temukan kami.

Saya menangis sambil drive sebab saya semakin kuat dan yakin konsep tawakal pada Allah. Benar2 serahkan segala-galanya padaNya. Menulis ini pun saya sebak.

FB : Pnut Syafinaz

Thursday, 22 January 2015

Tuesday, 13 January 2015

Lelaki Ini ‘Membuang’ Gaji Beliau Yang Banyak Di Syarikat Terkemuka Semata-Mata Mahukan Kebebasan Yang Nyata

Nota Editor: Artikel ini diterbitkan selepas penulis membaca kisah kejayaan lelaki ini dalam bidang Takaful di Facebook baru-baru ini. Jadi penulis mahu kisah lanjut melalui perbualan ringkas atas kejayaan beliau bagaimana beliau bermula supaya menjadi inspirasi kepada orang ramai. 

Bekerja sebagai Eksekutif kanan di syarikat minyak dan gas paling terkenal di Malaysia, syarikat Petronas dengan suasana pejabat di Menara Berkembar yang berprestij dan serba selesa, sudah pasti menjadi impian kebanyakan insan di kota metropolitan. Ribuan graduan saban masa menghantar permohonan kerja, juga tidak ketinggalan pegawai eksekutif, jurutera, akauntan dan segala macam latar kerja dari syarikat dan industri lain ikut serta menghantar cv demi merebut tempat di syarikat kebanggaan Malaysia ini.
Namun itu semua tidak menghalang bekas penjawat kanan Carigali Sdn Bhd (anak syarikat induk Petronas), Firdaus Ahmad untuk melakukan perkara yang hampir tidak pernah dilakukan oleh mana mana penjawat kanan di syarikat tersebut, yakni meninggalkan kerja yang menjadi rebutan ramai, untuk sebuah perniagaan yang dianggap sebagai pilihan terakhir bagi sesiapa yang saja yang mendengar, iaitu menjadi seorang ejen Takaful sepenuh masa.
Memiliki kerjaya yang dipandang hebat oleh keluarga dan masyarakat, tidak sekali kali pernah mengaburi cita cita beliau yang hanya mahukan satu perkara,‘kelapangan masa’ (rujuk kembali tajuk artikel).
“Bekerja dengan syarikat yang bereputasi tinggi seperti Petronas sangat mencabar. Ditambah dengan jawatan eksekutif kanan operasi logistik yang saya pikul, memerlukan saya banyak ‘travel’ samada dalam atau luar negara. Hari ni saya di Kerteh, esok saya di Singapore dan lusa saya mungkin perlu berada di Dubai, Tokyo atau Mumbai, begitulah kitaran kerja saban hari”.
Firdaus juga menambah rutin hariannya selama lapan tahun lebih yang terpaksa berulang alik pergi kerja dari Tanjung Malim ke KLCC turut menjadi menjadi faktor untuk beliau beralih kerjaya. Selama lapan tahun lebih beliau keluar rumah jam 6 pagi, dan sampai semula ke rumah jam 9 atau 10 malam, suatu rutin yang tak tergamak diteruskan buat selama lamanya.
“Keluar rumah gelap, balik rumah pun gelap. Kadang kadang bila sampai rumah anak anak pun dah tidur. Saya akui bukan saya seorang berhadapan isu begini, hampir semua yang bergelar pekerja makan gaji, terutamanya yang bekerja di ibu kota, turut berhadapan situasi yang sama, keluar gelap balik pun gelap. Namun itu tidak menghalang untuk saya terus mencari jalan keluar, dan satu satunya cara tidak lain mestilah dengan melalui jalan perniagaan sendiri. Persoalannya ketika itu, nak meniaga apa? Kerja hari hari ni pun tak menang tangan,nak berniaga masa bila pulak?. “
Pertengahan 2011 merupakan titik permulaan beliau dalam bidang Takaful. Setelah diperkenalkan oleh seorang sahabat, tanpa banyak berfikir beliau terus lakukan secara sambilan. Inilah sifat yang perlu kita tanam, tidak perlu toleh ke belakang. Buat keputusan dan jalan terus!
“Motivasi saya mudah. Turunkan ego. Buat je lah Takaful ni pelan pelan. Tengahari jumpa orang, malam jumpa orang, Sabtu Ahad pun jumpa orang. Senang cerita jumpa orang jelah kerjanya. Mula-mula memang rasa tak best. Yelah, kita ni kerja Petronas, tiba tiba buat part time jadi ejen Takaful pulak, orang dengar pun pelik. Tapi saya teruskan juga. Sebab matlamat akhir, saya mesti tinggalkan kerja keluar gelap balik gelap macam ni, saya mesti kawal masa saya, kawal jadual, dan kawal hidup saya secara menyeluruh, bukan hidup yang berpaksa paksaan begini. Saya mahukan masa dengan anak anak. Hantar mereka ke sekolah, makan tengahari dengan mereka, rileks dan ada masa untuk aktiviti aktiviti yang saya minat dan suka”.
Pertengahan 2013, Firdaus Ahmad dengan rasmi meletakkan jawatan di Petronas untuk berkecimpung dalam perniagaan Takaful sepenuh masa.
“Banyak perkara yang saya mahu buktikan kepada orang ramai;
Pertama, saya mahu buktikan yang kalau kita mahukan sesuatu, tiada apa yang boleh menghalang kita untuk mencapainya.
Kedua, saya mahu buktikan yang kerjaya sebagus mana sekalipun, kalau kualiti masa kita dengan keluarga tidak menentu, maka itu tidak akan membawa kita kemana mana.
Ketiga, saya mahu buktikan, perniagaan yang dipandang remeh seperti menjadi ejen Takaful ini, kalau dibuat dengan bersungguh-sungguh, tidak mustahil boleh mengubah nasib dari kehidupan biasa kepada kehidupan yang senang lenang dan kaya raya. Dan yang terakhir, saya mahu jadikan Takaful ini sebagai suatu perkara yang cool, hype, sempoi dan dekat dihati orang muda”
Berusaha, bersungguh-sungguh, fokus, dan ‘determined’ dalam melakukan kerja kerja Takaful, pastinya membuahkan hasil. Firdaus Ahmad bermula dengan pencapaian sebagai ‘Star Club Wealth Planner 2011’, kemudian mencapai kedudukan ‘Senior Wealth Planner 2012’, sebelum membuktikan dirinya sebagai ahli Takaful paling berjaya dengan kedudukan ‘Premiere Wealth Planner 2013’, yang membawa dirinya ke kedudukan ejen Takaful nombor 1 di Malaysia. Pencapaian cemerlang ini diteruskan dan terbukti pada tahun 2014, beliau sekali lagi dinobat sebagai ejen Takaful nombor 1 di Malaysia buat kali kedua berturut turut. Disamping berjaya menggondol anugerah MDRT, yakni antara anugerah tertinggi dalam industri Insuran dan Takaful.
Ditanya tentang perancangan 2015, beliau mahu kerahkan tenaga untukmelatih dan mendidik lebih ramai orang yang mahu berjinak jinak dalam bidang Takaful. Tidak ada yang lebih penting dari melahirkan 100 atau 1000 ejen Takaful, supaya kefahaman dan kepentingan Takaful dapat disemarakkan secara lebih komited dan efisyen ke seluruh masyarakat. Pendidikan Takaful merupakan aspek paling utama yang mesti difahami oleh kebanyakan orang, dan tugas itu terletak atas bahu ejen ejen. Mendidik, bukan menjual, kerana perlindungan Takaful mesti bermula dengan didikan, bukan jualan.

Fakta yang perlu anda tahu:
Mengikut kajian statistik insuran takaful, setakat tahun 2014, rakyat Malaysia yang dilindungi dengan insuran takaful tidak lebih dari 15%. Dengan jumlah ejen sedia ada, matlamat untuk member perlindungan takaful sekurang kurangnya ke tahap 30%, sukar untuk dicapai. Secara purata, industri memerlukan kurang lebih 3000 hingga 5000 ejen ejen baru yang aktif untuk menguruselia peningkatan pemilikan polisi perlindungan.

Merujuk kepada fakta di atas, “Tidak mungkin saya seorang boleh melakukan kerja 3000 orang. Jadi, jalan paling efektif adalah dengan melatih dan melahirkan ejen ejen baru yang bermotivasi dan mahu mengubah haluan kerjaya, lalu mereka pula akan melatih dan mendidik pula ribuan ejen ejen lain untuk meneruskan legasi Takaful ini. Tidak kira samada mereka ini asalnya penjual burger, atau pengurus syarikat, asalkan mereka mahu mengubah nasib dan mahu bebas mengawal jadual hidup, saya alu alukan”.
firdaus ahmad takafulman
Ketika ditanya berapakah gaji Petronas ketika beliau berhenti kerja; Firdaus Ahmad, atau lebih dikenali di Facebook dengan nama Takafulman, menjawab dengan sinis;
“Taklah banyak mana… Adalah dalam 5 angka punya gaji semasa saya kat Petronas dulu… Mudah cerita adalah dalam RM15,000 +- untuk sebulan.”
Firdaus Ahmad juga ada menceritakan kisah ulang-alik beliau antara Tanjung Malim – KLCC dalam buku tulisan beliau yang bertajuk Dari Tanjung Malim ke KLCC, Dari KLCC ke Tanjung Malim dan Proletar Dua Menara.
Kita semua boleh memilih jalan kebebasan yang kita mahukan. Ada yang bergerak cara begini, dan ada juga yang bergerak cara begitu. Asalkan matlamat yang diinginkan dapat dicapai. Mungkin anda juga mahu jadi seperti Firdaus Ahmad, tapi yang tu kena hubungi beliau sendiri secara terus di Facebook.
Source: The Rocket

Wednesday, 7 January 2015

Misi Bantuan Banjir Pantai Timur (Shah Alam - Gua Musang - Machang)

Ketinggian paras air banjir di sebuah rumah di Gua Musang.
Rumah ini berada di atas bukit. Allahurobbi..

3 analogi menarik drpd intipati khutbah Jumaat Masjid Bt.Jong, K Krai:-

1.Banjir kerap blaku di Kelantan, sesiapa yg membuat persediaan dgn meninggikan rumah, menyediakn sampan, meninggalkan rumah lebih awal, menyediakn bekalan mknan mckupi dll, maka dia akn selamat drpd keperitan bencana bnjir. Demikianlah kematian dan hri pembalasan akhirat pasti tiba, sesiapa yg bersiap sedia utknya, maka dia akan selamat drpd diazab.

2.Bila bnjir berlaku, kampung bergelap gelita tanpa bekalan elektrik, tanpa cahaya, penuh kegelapan dan ketakutan, cahaya lilin sangat diperlukn. Demikianlah kegelapan di dalam kubur, hanya cahaya amal kebajikan yg diharapkan.

3.Banjir menyebabkan kesesakan lalu lintas, hanya yg berfaraf VIP Dunia mndpt bantuan kenderaan iringan bersiren utk melepasi kesesakan. Demikianlah kesesakan di atas titian sirat di akhirat, hanya yg bertaraf VIP Akhirat dpt memecut sepantas kilat.

Salam Zohor geng!!!

2 Jan 2015 - Pakcik menelefon saya, mengajak menyertai kumpulan Misi Bantuan Banjir di Kelantan. Pada mulanya saya macam berat hati nak pergi, tapi bila saya sudah berbincang bersama keluarga, saya menyatakan yang saya turut serta dalam misi ini.

Jam 9 malam, saya mula bergerak dari rumah ke tempat berkumpul. Tempat berkumpul yang dimaksudkan adalah di Agensi Aiman, Jalan Kebun, Shah Alam. Dengan berbekalkan RM100, saya pun sampai ke tepat berkumpul. Sebaik je saya sampai, semua barang keperluan telah dimuatkan di dalam 4X4. Sebanyak 5 buah 4X4 & dianggotai seramai 15 orang untuk misi kecil kami ini. Setelah semuanya diperiksa, kami memulakan perjalanan dengan bacaan doa oleh Ust. Kamal, pada jam 11 malam.

3 Jan 2015 - Pada jam lebih kurang 1.30 pagi, kami berhenti rehat di Hentian Bentong. Rehat-rehat, membeli makanan ringan untuk teman mengunyah ketika memandu nanti. 
Konvoi berehat sebentar di Hentian Bentong.
Minum kopi dulu!!!

Gambar kenangan bersama kawan pakcik, pakcik & saya.

Kami meneruskan perjalanan kami pada jam 2.30 pagi. Pada masa ini, giliran saya pula memandu. Apabila memandu ni, kena ada teman. So ada la brother ni teman saya berbual. Dia cerita la yang dia ni berasal dari Kg Jalan Kebun tu juga. Cerita punya cerita, sampai la kat satu kedai makan ni. Kami berhenti disitu & menjamah sedikit makanan untuk mengalas perut. Kemudian, kami meneruskan perjalanan kami ke Gua Musang. Co-pilot saya dah berubah. Seorang brother yang berasal daripada Kuching, Sarawak. Berborak-borak sehingga sampai terjumpa satu surau dalam perjalanan kami. Kami berhenti untuk solat Subuh disitu & bersarapan di kedai minum berhampiran. Maaf saya tidak dapat nak mengambil gambar kerana kamera tidak canggih. Selesai semua urusan, jam 715 pagi, kami meneruskan perjalanan kami. Kali ni, saya passing the key to pakcik saya sebab saya dah tak larat nak pandu. Saya pun apa lagi, tidur la di tempat duduk belakang.

Sekitar jam 8.30 pagi, kami tiba ke destinasi kami. Disebuah kampung terpencil sebelum sampai ke pekan Gua Musang. Gambar-gambar dibawah menunjukkan perjalanan cerita kami ketika berada dalam misi ini. Untuk pengetahuan, bekalan elektrik, air dan komunikasi terputus sepenuhnya.

Gua Musang - Penduduk kampung sedang membasuh pakaian di tebing sungai.
Walaupun air sungai ini keruh, tapi mereka tetap juga membasuh pakaian mereka.

Gua Musang - Perbincangan ringkas sebelum melakukan aktiviti.

Gua Musang - Peserta mengambil bahagian dalam melakukan
gotong-royong membina tapak khemah.

Gua Musang - Peserta mengambil bahagian dalam melakukan
gotong-royong membina tapak khemah.

Gua Musang - Antara keadaan rumah penduduk yang musnah
dibawa arus air sungai yang deras.

Gua Musang - Antara keadaan rumah penduduk yang musnah
dibawa arus air sungai yang deras

Gua Musang - Penduduk (makcik rumah kuning) ni menyediakan
santapan tengahari kami. Walaupun kami menolak permintaannya
untuk memasak, tapi makcik ni tetap juga ingin memasak untuk
kami. Ketua kami, meminta makcik ini memasak menggunakan
bahan masakan yang kami bawa. Terima kasih makcik.

Gua Musang - Ketua rombongan, Ust. Kamal mengagihkan pakaian
untuk penduduk setempat. Katanya dia terpaksa memilih satu per satu
bagi mengelakkan baju yang diamanahkan itu, tidak terbuang.

Gua Musang - Santapan tenghari. Alhamdulillah.

Pada jam 3 petang, setelah selesai melaksanakan tanggungjawab kecil ini, kami meneruskan perjalanan ke kampung lain pula. Konvoi ini diketuai oleh Ust Kamal & dia yang akan memilih kampung yang dia ingin masuk membantu. Apabila ada ternampak satu sempang yang jalan masuknya musnah, ketua konvoi terus memasuki kampung tersebut. Kampung tersebut adalah penempatan kamun Cina & India. 

Gua Musang - Tempat lain di tepi sungai.
Perkampungan keluarga Cina & India.

Gua Musang - Tempat lain di tepi sungai.
Perkampungan keluarga Cina & India.

Gua Musang - Tempat lain di tepi sungai.
Perkampungan keluarga Cina & India.
Hanya ini sahaja yang ada untuk mereka
meneruskan kehidupan.

Selesai di kampung ini, kami bergerak ke pekan Gua Musang. Kami mencari tempat untuk membersihkan diri, solat & berehat sebentar.

Gua Musang (pekan) - Deretan 4X4 melalui tepi bukit di pekan Gua Musang. 

Gua Musang (pekan) - Pengagihan makanan ringan oleh pihak tentera
kepada kanak-kanak.

Gua Musang (pekan) - Solat di masjid Gua Musang.

Pada jam 530 petang, ketua konvoi ada berjumpa & bertanyakan kepada penduduk tempatan tempat yang teruk terkena arus banjir ini. Yang saya diberitahu, destinasi berikutnya adalah di Kampung Sam (perbetulkan jika nama kampung ini salah). Dalam perjalanan itu, kami singgah makan di sebuah kedai makan mi celup. Emm boleh tahan rasanya. Pada jam 645 ptg, kami meneruskan perjalanan ke tempat yang diberitahu tadi. 

Faham-faham sahajalah jika dah pandu 4X4 ni. Mana nak pandu perlahan. Semuanya laju. Ketua konvoi telah kehadapan dan kami (4 buah 4X4) tertinggal dibelakang. Akhirnya kami mengambil keputusan untuk berhenti sebentar di sebuah masjid. Selesai solat Jama' Maghrib & Isya', kami berbincang sekali lagi. Otai-otai ni, bincang kejap je. Tapi pakcik aku ni, menambah-nambah la pulak dalam perbincangan ni. Ketika sedang berbincang, datanglah sekumpulan sukarelawan dari Sg. Buluh, Selangor yang diketuai oleh doktor. Maaf, nama saya tidak ingat. Beliau menceritakan yang 2 buah lori yang mereka sewa untuk membawa amanah orang ramai itu, hilang tidak dapat dihubungi. Aduhai.. kesian konvoi mereka ni. Doktor menceritakan bahawa ada satu pasukan konvoi Unit Amal telah masuk ke Kampung Sam tu. Dan beliau mencadangkan agar barang yang kami bawa itu, diserahkan ke tempat lain. Pakcik saya bersetuju dengan cadangan doktor tersebut. Konvoi kami menyertai konvoi dari Sg. Buluh ini.

Dari Gua Musang melalui Manik Urai, Kuala Krai. Ya Allah.. Dasyatnya kejadian banjir ni. Sepanjang perjalanan ini, saya melihat, banyak kampung-kampung yang berada di tepi jalan hanya bertemankan lampu lilin sahaja. Rasanya bantuan banyak diberikan kepada penduduk di tepi jalan sebab banyak longgakkan pakaian yang tinggi. Mungkin (pada pendapat saya), orang ramai dari pelusuk Malaysia hanya memberi pada satu tempat dan berharap mereka (penduduk setempat) mengagihkan sumbangan itu. Ye la, dalam media massa, banyak diperkatakan tempat yang teruk di Manik Urai, Kuala Krai. Mungkin sebab itu, mereka banyak menumpukan dikawasan tersebut. 

Konvoi kami tiba di Petronas, berhampiran sempang ke sempadan Machang/Tanah Merah. Setelah berehat selama 30 minit dengan mengisi bahan bakar di kenderaan masing-masing, kami meneruskan perjalanan. Pada ketika ini, jam sudah menunjukkan jam 11.30 malam. Kami tiba di kampung yang diberitahu tadi pada jam 1.00 pagi (4 Jan 2015).

Perjalanan ke sempadan Machang/Tanah Merah.

Sempadan Machang/Tanah Merah - Penyerahan barang
keperluan seperti khemah, pakaian, beras kepada wakil penduduk.

4 Jan 2015 - Setelah selesai unload semua barang amanah ini, kami berangkat pulang. Sebelum pulang, doktor mengajak konvoi kami untuk menjamah sedikit makanan di kedai makan berhampiran. Kami berehat hampir 2 jam di kedai itu. Terima kasih konvoi Sg Buluh kerana membantu kami menjayakan misi ini.

Setelah itu, kami meneruskan perjalanan pulang ke Shah Alam. Emm rasanya konvoi ni x sempat nak sampai ke Shah Alam sebab kami bermalam di sebuah masjid sekitar Machang. Hihihi.. Tidur sampai la bilal mengazankan azan subuh. Kami bangun dan solat subuh. Kemudian kami bergerak pulang ke Shah Alam. Sebelum tu, kami singgah bersarapan pagi di warung yang comel sangat. 

Konvoi untuk pulang ke Shah Alam ni diketuai oleh pakcik saya. Katanya, jika kita pulang melalui jalan yang sama, JEM sebab ramai orang akan menggunakan jalan yang sama. Dia mencadangkan agar laluan konvoi itu melalui Besut & terus masuk lebuhraya LPT. Banyak kali juga singgah sepanjang perjalanan tu. Kami tiba di hentian Gombak pada jam 8 malam. Kami makan & solat kemudian terus pualg ke Shah Alam. Konvoi kami tiba di Shah Alam jam 11.30 malam. Setelah memindahkan barang saya ke dalam kereta, saya terus pulang ke rumah & sampai di rumah pada jam 1.30 pagi (5 Jan 2015). Inilah kenangan saya dalam membantu MISI BANTUAN BANJIR PANTAI TIMUR 2014




Wednesday, 31 December 2014

Maafkan Perilaku Saya Sepanjang Tahun 2014M


Hari ni hari terakhir dalam tahun 2014.. Sblm Tamatnya 2014, Sblm Masuknye 2015, Maafkn Semua Kesalahan Saya Dari A Hingga Z..

Meliputi.. 

A : Angkuh.  
B : Bohong. 
C : Cemburu.  
D : Dengki.  
E : Ejek. 
F : Fitnah. 
G : Gosip.  
H : Hutang 
I : Ingkar. 
J : Jahat. 
K : Kejam. 
L : Lupa. 
M : Marah. 
N : Nakal. 
O : Olok2. 
P : Pelik. 
Q : Qecil Hati. 
R : Revenge. 
S : Swearing. 
T : Terasa Hati. 
U : U Rasa Ade Lagi tak.
W : Wah! Ada Lagi. 
X : X- Ray Hati. 
Y : Yang Aneh Ada Tak. 
Z : Zero. 

Hehe... Kalau Ada Percakapan Saya Yg tidak menyenangkan, saya mohon Maaf.. Harap Maaf Saya Diterima.. 

Salam 2015..ikhlas dari hati...😉😘

Friday, 19 December 2014

Promosi Pendaftaran Akaun Tabung Haji & Menunaikan Haji



Assalamualaikum..

🎁Promotion pembukaan akaun tabung haji dan pendaftaran giliran ke haji secara percuma bersama ETIQA TAKAFUL.

🚶🚶Mulakan perjalanan rohani anak anak anda seawal mungkin menuju rukun Islam yang ke-5.

💰Plan simpanan ini berkonsepkan tabungan tabarru bertakaful yang bermaksud - jika pembayar meninggal, simpanan bulanan haji yg dimulakan oleh ibubapanya automatic akan dilunaskan (FREE).

👪Sesuai juga utk suami daftar isteri dan isteri daftarkan untuk suami,, 
Jika salah sorang meninggal,
1.Badal haji simati akan ditunaikan,
2.Kos haji senilai Muhasasah akn diberikan pada pasangannya.

🔆Selain itu, Manfaat tambahan
Elaun/WangSaku  RM1000 utk Haji.
RM1000 utk Umrah, RM1000 utk Belanja Anak yg ditinggalkan, dan RM 1000 jika ada DAM Ihsar..


Sila PM saya utk FreeBrochure atau Temujanji.

Friday, 5 December 2014

CONFIRM!!! Medical costs may rise after GST, says minister.


The cost of medical care may increase by between 1% and 2% when the Goods and Services Tax (GST) is implemented next year, according to Health Minister Datuk Seri Dr S. Subramaniam.
Dr Subramaniam, in a report by The Star, said although the health service was currently exempted from GST, technical issues remained.
“For example, the services per se are GST-exempt, but the products used in the services are not,” he was quoted as saying.
“That is why we are asking that those products also be exempted from GST. Otherwise, the burden may be passed on to consumers in other forms.”
Dr Subramaniam gave the example of 4,200 brands of essential medicine which will be exempted from GST.
Initially, he said, the Customs Department had said that medication would not be exempted from the tax. However, after further negotiations, “a compromise was reached so that 320 chemical compounds consisting of 4,200 brands are under zero rate,” he was reported as saying after the ministry’s training institution graduation ceremony held at Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sultan Azlan Shah in Ulu Kinta yesterday.
“Of course, we would like for all medications to be exempted from GST. Many medical-related associations are fighting for that, too. So we hope the Customs Department will make a decision because the ministry is not the deciding factor here.”
Dr Subramaniam added that the government was looking into ways to reduce the cost of medical care should prices increase after GST is implemented next April.
This comes amid growing concern that the cost of living will rise once the tax is applied.
Last month, Deputy Finance Minister Datuk Ahmad Maslan had tried to allay such fears, refuting the perception that GST would increase the cost of living.
On the contrary, he said, as recently announced by Prime Minister Datuk Seri Najib Razak, the prices of 54% of 900 items would come down with the implementation of GST.
"Currently, these items are taxed 10% and with GST, they would only be taxed 6%. Also, the daily necessities are not taxed," he said in a report by Bernama.
Domestic Trade, Cooperatives and Consumerism Deputy Minister Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah has also given assurance that the government would set up a special court to hear cases against unscrupulous traders who increase their prices indiscriminately after the implementation of GST.
In a separate report by Bernama, he said that 2,200 enforcement officers would be involved in monitoring the prices of goods after the GST implementation. – December 5, 2014.
SOURCE YAHOO 
Contact me for further discussion/Bincang-Bincang Takaful

PELAN HAJI & UMRAH - MABRUR

Assalamualaikum & Selamat sejahtera kepada tuan-tuan dan puan-puan.

PELAN HAJI & UMRAH - MABRUR
Dapatkan Pelan Haji & Umrah - Mabrur 
(Terbaik di Pasaran)

Sempurnakan Lima Rukun Islam Anda.

Sebagai salah satu rukun Islam, adalah menjadi kewajipan ke atas setiap Orang Islam yang mampu mengerjakan Haji, untuk menjadi tetamu Allah sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup. Ia adalah satu perjalanan yang indah untuk memohon keampunan, sebagai satu bentuk jihad paling mudah dan peluang untuk menebus dosa dan bermula semula dalam keadaan diri yang bersih lagi suci.

Dengan perjalanan yang penting ini, perancangan awal dan terbaik adalah perlu bagi memastikan anda telah bersedia secara mental, spiritual dan paling utama, kewangan. Mulakan perancangan sekarang untuk mencapai destinasi utama anda.

Lakukan Perbezaan ke Arah Perjalanan Spiritual Anda.

Mabrur ialah pelan Takaful simpanan dan perlindungan komprehensif yang melengkapkan persediaan anda untuk menunaikan ibadah Haji dan Umrah. Etiqa menyediakan One Stop Centre untuk anda merancang perjalanan Haji dan Umrah yang lebih baik.

Antara kelebihan pelan ini adalah:
1) Elaun Harian Hospital
2) Elaun Haji, RM1,000
3) Elaun Umrah, RM1,000
4) Elaun Penjagaan Anak, RM1,000
5) Manfaat Badal Haji, RM3,000
6) Manfaat Ihsar, RM1,000
7) Dana Khairat, RM13,500

Pembukaan akaun Tabung Haji dan pendaftaran Haji adalah PERCUMA!!!

Hubungi 016-3163292 (WhatApps, Telegram) untuk Bincang-Bincang.


Quotation juga diberi secara PERCUMA!!!



Thursday, 4 December 2014

Antara Punca "Low Sperm Count" Pada Lelaki

Antara punca "Low Sperm Count" pada lelaki..

Kajian ini telah dilakukan oleh seorang pensyarah UiTM Puncak Alam, En. Razif Dasiman dan dia berkongsi ilmu ini di FB. Saya telah memohon kepada beliau untuk berkongsi ilmu ini kepada semua. Semoga kita beringat sebelum merebak.

‪#‎Azoospermia‬
‪#‎SpermDNAdamage‬
‪#‎InfertilityInMen‬
‪#‎MisiTebarkanSayap‬
‪#‎SemogaAdaJalanPenyelesaian‬


Antara punca "Low Sperm Count" pada lelaki ---> BPA dari plastic...

Sama-sama berjaga-jaga rakan2 sekalian..<sekadar peringatan>







Adakah Anda Rasa...

=======

Andaikn skrg sudah pukul 7:25pm dan anda dlm 
perjlnn balik seorng diri selepas hari bekerja yg luar biasa sibuk nye.

Anda benar2 penat, gelisah dan kecewa.

Tiba2 anda rasa sakit yg menyucuk di bhg dada yg mula menular ke lengan dan ke atas di bhg rahang muka.

Anda hanya 5 batu drpd hospital yg terdekat. Malangnya anda x pasti anda akn sempat sampai @ pun tidak ke hospital trsbt.

Anda tlh dilatih utk melakukn CPR, ttp x diajar cara utk melakukn CPR ke atas diri sendiri...

=======

Adakah anda rasa, anda akan sampai di hospital itu?

Adakah anda rasa, orang ramai yang berada disekitar anda, tahu anda sedang sakit? 

Adakah anda rasa, orang ramai yang berada disekitar anda akan membantu anda ketika anda pengsan? Ke mereka akan snap gambar/video je?

Kita tak tahu apa yang akan terjadi. Marilah saya bantu anda untuk mempersiapkan diri untuk bantu anda dalam kesusahan, melalui caruman takaful.
Beri saya peluang untuk bantu anda. 

Mohd Ezani
Perunding eTiQa takaful
016-3163292



Berapa ramai yang sedang merakam menggunakan telefon pintar?