Featured post

Jangan Lupa Tanggungjawab sebagai PEWARIS HARTA PUSAKA!

Tuesday, 7 March 2017

Hari Gaji Yang Lama Untuk Penjawat Awam 2017!

Hari ini penjawat awam akhirnya menarik nafas lega. Yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba.
Selepas 35 hari tanpa gaji, ramai juga yang terpaksa korek duit sana-sini sementara bertahan menunggu akaun diisi.
Tarikh gaji sebelum ini adalah 19 Januari. Diawalkan daripada kebiasaan 25 haribulan sebab ada sambutan Tahun Baru Cina, diikuti Thaipusam pula.
Maka aku yakin banyak juga internet marketer yang akan pasang FB Ads hari ini sampai ke beberapa hari untuk kaut apa yang boleh.
Cuma aku nak ingatkan para penjawat awam, ini hanyalah satu daripada banyak-banyak hari yang mana kita akan diuji sebegini.
Siap siaga, aku senaraikan sela hari yang kita nak kena jaga-jaga:
19 Jan 2017 – 23 Feb 2017 : 35 hari – Selesai!
23 Feb 2017 – 23 Mac 2017 : 28 hari
23 Mac 2017 – 25 April 2017 : 33 hari (Jaga-jaga!)
25 April 2017 – 25 Mei 2017 : 30 hari
*PBAKL waktu ini
25 Mei 2017 – 15 Jun 2017 : 21 hari (Gaji awal jangan bazir!)
15 Jun 2017 – 25 Julai 2017 : 40 hari (Tempoh kedua terpanjang tahun ini tanpa gaji. Hati-hati!)
25 Julai 2017 – 24 Ogos 2017 : 30 hari
24 Ogos 2017 – 25 Sept 2017 : 32 hari (Alert!)
25 Sept 2017 – 11 Okt 2017 : 16 hari (Jaga-jaga bencana nak datang!)
11 Okt 2017 – 23 Nov 2017 : 42 hari (Tempoh PALING PANJANG tanpa gaji untuk tahun ini)
*Mungkin PRU 14 waktu ini
23 Nov 2017 – 21 Dis 2017 = 28 Hari
Oleh itu aku nasihatkan semua, buatlah antara dua benda ini sekarang:
1. Mula menabung untuk hari susah

2. Cari pendapatan sampingan. Ingatlah, harga barang melambung tak masuk akal sekarang. Harga minyak tak tahu lagi naik turun macam mana.
Dapatkan pelan perlindungan terbaik daripada eTiQa Takaful Berhad. Hubungi Hj Mohd Ezani 016-3163292 untuk mendapatkan rundingan.
Sumber: Himpunan Cerita Lawak

Monday, 20 February 2017

Sebelum Berlaku Kemalangan, Buat Ni Dulu.

Ok.. Ini bagus untuk dan inilah yang sepatutnya. Rasanya macam tak ramai yang buat langkah-langkah ni. Biasanya nasihat sebegini akan diabaikan. Nasihat harus dituruti.

Panduan Untuk Letakkan Nombor Telefon Waris Sebelum Berlaku Kemalangan.

Selalunya bila berlaku kemalangan, sukar bagi orang yang ingin membantu untuk menghubungi waris terdekat kerana phone LOCK. Yalah, macam mana nak buka dan melihat senarai nombor telefon jika tak boleh UNLOCK.

Panduan untuk meletakkan nombor telefon WARIS sebelum berlaku kemalangan. Disini saya kongsikan cara untuk meletakkan nombor telefon waris di screen bila phone anda dalam keadaan LOCK. Jadi, ia akan memudahkan orang yang ingin membantu, mereka akan terus dail nombor telefon tersebut.

Anda boleh buat berdasarkan jenis telefon sebagaimana dibawah:

LENOVO
1. Setting
2. Security
3. Owner info
4. Taipkan ‘Emergency – Call (Nama Waris) 01X XXX XXXX (No telefon waris)

SAMSUNG
1. Setting
2. Device
3. Lock screen
4. Owner information
5. Taipkan ‘Emergency – Call (Nama Waris) 01X XXX XXXX (No telefon waris)

ASUS, XIOMI
1. Setting
2. Lock screen
3. Owner info
4. Taipkan ‘Emergency – Call (Nama Waris) 01X XXX XXXX (No telefon waris)

iPHONE (Apple)
To set, launch ‘Health’ app & create Medical ID.
To access the info once Mdical ID created:
1. Slide
2. Emergency
3. Medical ID.. Your emergency contact details will appear.

Phone yang tidak tersenarai, boleh cuba masuk Setting > Security > Owner Info.

Kalau tiada juga, boleh download mana-mana Apps yang boleh edit gambar & text, lepas tu setkan sebagai wallpaper.

Anda boleh cuba langkah-langkah diatas. InsyaAllah ada kebaikkannya.


Saya pengguna OPPO, boleh cuba untuk lakukan langkah ni..

1. Go to 'Setting'
2. Select 'Display'
3. Select 'Wallpaper'



4. Click 'Select Wallpaper'


5. Select 'Static wallpapers'


6. Select 'Local'
7. Click 'Photos'


8. Select 'Camera'



9. Adjust the wallpaper
10. Click RIGHT

 

11. Click 'Lockscreen'

Done

Gambar yang saya pilih adalah gambar yang saya snap sendiri. Senang je. Taip informasi yang kita nak letak. Jangan letak yang bukan-bukan ye. Sebaiknya letak la nombor telefon waris. Saya cuma guna Microsoft Word. Taip informasi waris, lepas tu print & snap gambar. Informasi yang saya buat adalah Nama (pasangan), Nama (Ibu/Mama - sebab ayah dah tiada), Nama (agen takaful)

Kenapa agent takaful? Sebabnya saya ada ambil polisi perlindungan takaful beserta kad perubatan. Apabila saya kemalangan, saya mahu dia uruskan kemasukan saya ke wad hospital. InsyaAllah dia akan membantu. 

Saya buat macam ni..


Jika info ini berguna, share la dengan kawan-kawan.

Thursday, 16 February 2017

Duit Lepas Kahwin, Siapa Punya?

Sebelum kahwin, lelaki senang nak buat macam-macam, pendek kata bebas.
Tapi lepas kahwin? Agak-agak siapa macam dalam video ni? Sila tag pasangan anda.



Rancangkan perbelanjaan anda untuk kesenangan di kemudian hari.
Dapatkan maklumat lanjut mengenai Perlindungan Pendapatan daripada saya.

016-3163292
Hj Mohd Ezani Bin Saini
Wakil
Hibah, Retirement and Tax Planner
ETiQa Takaful Berhad

Sumber video: FB Sinar

Friday, 10 February 2017

Hari hari Pandang Kaabah

Assalamualaikum rakan-rakan client & para sahabat. Moga sihat, ceria & dipermudahkan segala urusan oleh Allah di pagi Jumaat ni.

Hari ni, saya tiba-tiba teringat akan pengalaman berada di Mekah semasa menunaikan haji pada tahun 2015. Sayu je hati ni. Manakan tidak, rezeki tidak ternilai ini diperolehi ketika berusia 30 tahun. Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah. Ketika berada di sana, segala urusan di Malaysia, dilupakan sementara. Terasa amat lapang kepala ni. Apa yang perlu dibuat, hanyalah pergi ke Masjidil Haram, solat la sepuasnya, baca Al Quran sampai kering tekak, berzikir sampai tertido dan banyak lagi aktiviti yang kita boleh buat, yang mana kita jarang buat di Malaysia. Allahu.

Ketika beriktikaf di dalam masjid, pernah jua terlintas di hati, bestnya orang yang selalu dapat pandang Kaabah ni. Kita pandang/tenung je pun, dapat pahala. Apatah lagi jika kita beribadah di dalam Masjidil Haram ni. Keadaan lantai masjid pun bersih, Al Quran tersusun rapi, tandas tidak berbau, keadaan dalam masjid yang dingin serta wangi yang mana haruman tu, tidak terjual di Malaysia. Allahu. Jadinya, yang menarik perhatian saya ialah sepasukan kebersihan untuk membersihkan masjid ini.

Mereka ni terdiri daripada pelbagai kumpulan dengan tugasan tersendiri. Ada kumpulan
1. bersihkan lantai,
2. bersihkan dinding/tiang/pintu/lampu/kipas,
3. bersihkan tandas, kutip & susun Al Quran,
4. isi air zam zam,
5. sembur minyak attar,
6. sembur kawalan penyakit, dan
7. pelbagai lagi kerja yang dilakukan.
Yang pasti, ganjaran pahala yang amat besar untuk mereka ketika berada di dalam Masjidil Haram tu. Mereka inilah yang selalu pandang Kaabah setiap hari. Allahu beruntungnya mereka.


Pengalaman itu sangat bermakna dan memberi impak yang besar buat diri saya. Yang pasti, impak itu bukan setakat diri saya, malah diberikan impak kepada diri orang disekeliling saya. InsyaAllah.

Jadi, saya berharap agar semua rakan & client saya diberi peluang oleh Allah untuk pergi menunaikan samada haji mahupun umrah di Mekah. Pergi menunaikan haji atau umrah di usia muda jauh lagi bersemangat serta bertenaga dalam melakukan ibadah di sana.

Amiin..

~ Plan your day for tomorrow ~

Ikhlas,
Hj Mohd Ezani

Tuesday, 7 February 2017

Hibah: Penting Ke?


Penerangan ringkas kepentingan hibah terhadap diri kita & orang yang kita sayang.
Mari kita renungkan



Thursday, 2 February 2017

Wasiat Untuk Anak Yang Jarang Sekali Kita Pesan

JARANG KITA SAMPAIKAN PESANAN PENTING INI KEPADA ANAK

Selalunya ketika kita dah tua dan rasa tempoh di dunia hampir ke penghujungnya, kita akan pesan kepada anak dengan pesanan-pesanan yang baik. Contohnya :

- nanti abah dah takde korang jangan gaduh-gaduh,
- harta pusaka tu bahagikanlah baik-baik ikut wasiat,
- bila raya balik jenguk rumah pusaka...

Itu pesanan stereotaip. Tapi bagi saya, pesanan itu hanya bermanfaat di alam sini (dunia). Lebih baik kita pesan sesuatu yang lebih bermakna untuk kita di alam sana. Ini kerana di sana kita ni hidup lagi, cuma bertukar alam je.

Ramai yang tak perasan perkara ni. Mungkin kita fikir apabila meninggal dunia, segalanya TERPUTUS!

Maaf!!!, Sebenarnya ada lagi connectionnya.

Lebih baik kita pesan begini kepada anak, untuk kebaikan our own future:
- Nanti jangan lupa bersedekah untuk abah setiap hari. Sebab dulu abah tak sempat nak sedekah banyak kerana besarkan korang semua.
- jangan lupa bacakan Surah Mulk untuk mak setiap malam. Nanti ada juga peneman mak di kubur tu nanti.
- Doakan kebaikan untuk mak-abah setiap hari.

Ini yang lebih penting untuk kita pesan & wasiatkan, sebab, tak tentu lagi kita selamat dengan amalan sendiri. Kalaulah amalan sedekah pahala tak cukup, boleh juga anak yang masih hidup tolong 'top-up'kan.

Dan doa, bacaan Quran & sedekah ni jangan minta mereka buat setahun sekali masa hari raya je. Ingatkan mereka, jika benar sayang mak-abah, buat setiap hari. Sebab dulu, kita jaga anak sebaik mungkin setiap hari. Kita bagi mereka makan-minum setiap hari, bukan seminggu sekali.

Ingatkan anak kita, sebab, jarang anak yang ingatkan ibu-bapa mereka yang dah meninggal dunia. Masa meninggal je anak menangis seminggu. Lepas tu mereka 'enjoy' dengan harta pusaka. Mereka fikir kita di alam sana pun selamat & gembira.

Lepas tu, setahun sekali baru nak jenguk kubur baca Fatihah masa pagi raya.

Saya kira, bukan begitu hubungannya. Saya fikir, antara tanda anak benar-benar sayangkan ibu-bapanya, mereka senantiasa berdoa, bersedekah, berbuat baik sesama insan dan alam, setiap hari tak kira kita masih hidup ataupun dah kembali ke alam sana.

Ia bantu kita setiap hari dengan doa, bacaan Quran & sedekah yg ikhlas yg BERMANFAAT untuk kita di alam sana. Dan semua kesedaran ini bermula dengan kita, ibu-bapanya yang mendidik dan mengingatkan mereka.

Ingatlah,
Apa yg kita ingatkan mereka, itulah yg kita dapat.

Ingatlah,
Kematian bukan penutup segalanya. Kita masih hidup. Cuma berpindah medium (alam lain) sahaja.

Sekian, ingatan untuk diri sendiri, seorang bapa yang ada 2 orang anak (untuk setakat ini. Jika ada rezeki bertambah anak, alhamdulillah) dan, seorang anak yang telah bapanya telah kembali ke Rahmatullah 11 tahun lepas.

Setiap hari saya cuba yang terbaik untuk sambungkan kasih-sayang kepada arwah abah dengan bacaan Al-Quran, sedekah dan doa kerana percaya janji Tuhan :

'dan orang beriman yg diikuti zuriat keturunannya dlm keadaan beriman juga, Kami hubungkan (himpunkan) mereka & zuriatnya di syurga....' (Surah Thur, 21).


Monday, 23 January 2017

92% Orang Malaysia Risau Akan Dana Persaraan

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) revealed today that up to 92 per cent of Malaysians worry over their financial health and needs at old age as well as being unprepared for retirement. BNM Assistant Governor Jessica Chew Cheng Lian said 33 per cent are ‘very worried’ about their financial health when they get old, while the remaining 59 per cent are ‘a bit worried’. Speaking at a panel session themed “Your Retirement Aspiration: Making It A Reality” at the International Social Security Conference 2016 here today, she pointed out that 40 per cent of Malaysians say they are ready for retirement while 80 per cent claim they have the strategies to meet expenses at old age. 

The most popular strategies include relying on the children or partner, continuing working, and relying on government financial assistance. Chew stressed that most Malaysians adopt a passive strategy for retirement as reflected in the composition of household assets, with 42 per cent preferring to buy properties, 25 per cent opting to save money in the bank and 18 per cent depending on the Employee Provident Fund (EPF). She noted that only 24,180 insurance policies with annual premiums of RM280.2 million have been sold since tax incentives were introduced in 2012. 

To re-shape the reality among Malaysians, Chew said awareness has been raised through the integration of financial education into formal school curricula for pupils from standard four to six. “We have also established a financial education network to coordinate and drive financial education initiatives at international level,” she said. Chew said BNM has also introduced diversified and innovative pension products to help individuals manage the risk of retirement. She said prospective retirees’ other strategies include improving the incentive structure, such as by encouraging a greater role for employers in providing voluntary occupational pension plans, as well as incentivising income drawdown to avoid premature depletion of savings. 

According to Malaysian Healthy Ageing Society Advisor Nathan Vytialingam, men aged between 65 and 74 are considered young-old, those aged between 75 and 84 are middle-old, while those aged above 85 are old-old. – BERNAMA





Sumber NST

Friday, 20 January 2017

Buat Pinjaman Rumah, Tapi Tak Tahu Apa itu MRTT.

Apa itu MRTT /MRTA?

MRTT / MRTA -

MORTGAGE REDUCING TERM TAKAFUL / ASSURANCE

Ini jadi sebab utama wujudnya produk insurans gadai janji (atau Mortgage Insurance). Ia adalah pelan perlindungan bagi pinjaman perumahan.
Kalau ada perkara buruk berlaku ke atas diri kita, pelan ini akan tanggung baki hutang pinjaman yang kita buat kepada pihak bank. Dah tentu kita tak nak susahkan keluarga atau pewaris kita kalau sesuatu yang tak diingini berlaku, betul betul?

Ada 2 produk insurans yang boleh kita gunakan untuk perkara ni. Ia adalah MRTT (atau MRTA) dan MLTT (atau MLTA).

Dalam kontrak MRTT /MRTA ni.. kebiasaanya hanya lindungi peminjam apabila mati. Atau pun lumpuh keseluruhan anggota badan disebabkan oleh kemalangan sahaja. 

Bagaimana jika mati disebabkan sakit kritikal? Atau si peminjam dapat sakit kritikal dan lebih parah lagi terpaksa diberhentikan kerja akibat sakit kritikal. Tidak ada majikan yang akan ambik pekerja yang sedang sakit terutamanya sakit kritikal. Tambah2 lagi waktu ekonomi sekarang, majikan biasanya akan mencari alasan untuk kurangkan beban kewangan syarikat dengan berhentikan kita kerja jika sakit kritikal. Walaupu track record kita adalah pekerja cemerlang 10tahun berturut2..



Hilang kerja
.. maka hilang sumber pendapatan tetap. 

1. Bagaimana si peminjam ingin membayar installment rumah yang beribu2 tanpa pendapatan tetap? 

2. Apa yang biasanya akan didahulukan oleh si pesakit, installment rumah atau bil rawatannya?


3. Bagaimana dengan belanja keperluan dapur & perbelanjaan persekolahan anak2? 


Maka disini perlunya peminjam mengambil pelan MLTT, Mortgage Life Term Takaful (MLTA = Conventional Insurance) under pelan Elite Takafullink bagi lindungi dirinya bukan sahaja sesudah dia mati, tapi juga apabila dia disahkan mendapat penyakit kritikal. Dengan pampasan sakit kritikal ini, ia boleh digunakan untuk menampung sebahagian besar perbelanjaan ketika ia sakit iaitu bayaran ansuran perumahan, biayai kos rawatan serta belanja keluarga dan persekolahan.

Mortagage = gadai janji


Jika diberi pilihan, mana 1 yang anda akan pilih?


Sumber: Leader & Afyan



Rumah pertama saya di Telok Mas, Melaka. 

Runsing?

Hubungi:
Perunding Kewangan
Hj Mohd Ezani
0163163292

RENUNGAN SEBELUM LENA

RENUNGAN SEBELUM LENA

Seorang pemuda kehilangan kasutnya di laut;

lalu dia menulis di pinggir pantai..
LAUT INI PENCURI..

Tak lama datanglah nelayan yang membawa hasil tangkapan ikan begitu banyak, lalu dia menulis di pantai..

LAUT INI BAIK HATI..

Seorang pemuda tenggelam di lautan lalu ibunya menulis di pantai,
LAUT INI PEMBUNUH..

Tak lama datanglah Seorang lelaki yang menemukan sebongkah mutiara di dalam lautan, lalu dia menulis di pantai..

LAUT INI PENUH BERKAT..

Kemudian datanglah ombak besar dan menghapus semua tulisan di pantai itu !!!

Maka ..

JANGAN RISAUKAN KATA-KATA ORANG, KERANA SETIAP ORANG MEMBACA DUNIA DENGAN PEMAHAMAN DAN PENGALAMAN YANG BERBEZA.

Teruslah melangkah, selama engkau di jalan yang baik,

Meski terkadang kebaikan tidak sentiasa di hargai.

Jangan menjelaskan tentang dirimu kepada
siapa pun,

Kerana yang menyukai mu tidak perlu itu,

Dan yang membenci mu tidak percaya itu.

Hidup bukan tentang siapa yang terbaik,

tapi
Siapa yang mau berbuat baik.

Jangan menghapus Persaudaraan hanya kerana sebuah Kesalahan,

Namun Hapuslah kesalahan
demi lanjutnya Persaudaraan..

Jika datang kepadamu gangguan,

Jangan berfikir bagaimana cara Membalas dengan yang lebih Perih,

tapi berfikirlah bagaimana cara Membalas dengan yang lebih Baik..

Kurangi mengeluh,

teruslah berdoa dan berikhtiar,

Sibukkan diri dalam kebaikan.

Hingga keburukan 'keletihan' mengikuti mu..

Yang baik itu dari Allah  yg buruk itu dr kealpaan diriku sendiri

Tegurlah aku dlm cinta dan kasih sygMU ya Allah

Aamiin ya Allah

Wasalam

Gambar tiada kaitan dengan luahan diatas.

Friday, 21 October 2016

Kaji Selidik Haji

Assalamualaikum & selamat sejahtera.

Mohon bantuan tuan puan untuk mengisi Kaji selidik Haji 2016 ini. Tujuan kaji selidik ini menilai kesediaan rakyat Malaysia untuk menunaikan haji. Saya berharap tuan puan dapat meluangkan masa untuk mengisi kaji selidik ini. Jasa baik tuan puan semua amatlah dihargai.

Terima kasih

Thursday, 20 October 2016

eTiQa Takaful Mabrur - Complements Your Preparation for Hajj & Umrah

Mabrur is a Takaful Savings & Comprehensive Protection Plan that complements your preparation for Hajj & Umrah.

#pergihajiusiamuda #pergihajiawal #ezaniadacaranya

• Auto-register Tabung Haji account for free & auto-credit cash payment to your Tabung Haji account.
• Total fixed cash payment up to 123% of basic sum covered is payable.
• Comprehensive coverage with Badal Hajj & Ihsar benefits.
• Additional 100% of basic sum covered is payable in the event of accidental death in Makkah or Madinah.
• Hajj, Umrah & child guardian allowances.

Contact me for consultation.
Mohd Ezani B. Saini
email: mohdezanisaini@yahoo.com
call/sms/whatapps: 0163163292


Harta: Mana Yang Perlu Dibuat? Hibah, Wasiat Ataupun Faraid?

Assalamualaikum semua..

Ramai yang keliru antara Hibah, Wasiat mahupun Faraid. Ini kerana kita hanya sentiasa mendengar perkataan wasiat sahaja apabila seseorang itu meninggal dunia. Kalau tidak pun, hukum faraid. Tapi baru-baru ini, ramai pula yang memperkatakan tentang hibah. Aduh.. Sudah pening ni. Jangan pening-pening saudara saudari. Mari kita pelajari serba sedikit ilmu tentang pengurusan harta dalam Islam ini. Moga-moga bermanfaat. Sedikit je tau. Yang lebih tu, perlu la mencari orang yang bertauliah mahupun yang arif berkaitan isu ini.



SOALAN 1 : 
Ayah saya telah meninggal dunia, apa yang perlu saya lakukan ke atas harta yang ditinggalkan?


JAWAPAN :
Anda hendaklah memohon pembahagian faraid terhadap harta tersebut di Mahkamah Tinggi Syariah.


SOALAN 2 : 
Apakah yang dimaksudkan dengan Hibbah ?


JAWAPAN :
Hibbah ialah pemberian harta/aset kepada seseorang secara sukarela semasa hayatnya tanpa berkehendak balasan ( iwad). Pemberi hibbah tidak boleh menarik balik hibahnya setelah setiap rukun hibbah dipenuhi iaitu : pemberi hibbah (al-wahib), penerima hibbah (al-mauhub laku). Barang  dihibahkan  (al-manhub) lafaz ijab kabul, menurut mazhab syafie akad nikah tidak sempurna kecuali selepas qabul . qabul berbeza-beza mengikut harta / aset. Sekiranya harta alih. Maka qabul berlaku dengan mengambil, memindah, mengasingkan harta tersebut dengan harta lain. Bagi harta tidak alih boleh berlaku dengan mengosongkan harta, menguasainay dan melakukan tasaruf terhadap harta tersebut seperti menyerahkan kunci dan seumpamanya.

SOALAN 3 :
Apakah yang dimaksudkan dengan wasiat wajibah?


JAWAPAN :
Pelaksanaan Wasiat Wajibah menunjukkan Islam amat menitikberatkan kebajikan dan kesempurnaan hidup umatnya, terutama anak-anak yang kehilangan ahli keluarga mereka.

Dalam perkara ini, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-83 yang bersidang pada 22 - 24 Oktober 2008 telah membincangkan mengenai Hukum Pelaksanaan Wasiat Wajibah. Muzakarah berpandangan dalam melaksanakan Wasiat Wajibah adalah harus mengambil pandangan yang menyatakan bahawa berwasiat kepada ahli-ahli waris (seperti cucu) yang tidak mendapat pusaka disebabkan halangan-halangan tertentu adalah merupakan suatu kewajipan yang perlu dilaksanakan.
Wasiat Wajibah ialah seorang anak yang bapa atau ibunya mati terlebih dahulu daripada datuk atau neneknya, anak tersebut iaitu cucu berhak untuk menerima Wasiat Wajibah dengan mengambil bahagian faraid bapa atau ibunya pada kadar tidak melebihi 1/3 daripada harta pusaka datuk atau nenek. Sekiranya bahagian ibu atau bapa adalah 1/3 atau kurang daripada 1/3, maka pembahagian tersebut hendaklah dilaksanakan pada kadar tersebut. Sekiranya bahagian tersebut melebihi 1/3 maka hendaklah dikurangkan pada kadar tidak melebihi 1/3.
 Pelaksanaan Wasiat Wajibah adalah tertakluk kepada syarat-syarat seperti berikut:

1. Anak lelaki dan perempuan daripada anak lelaki dan anak perempuan (cucu) ke bawah adalah layak untuk menerima Wasiat Wajibah.

2. Hendaklah kedua ibu atau bapa mereka meninggal dunia terlebih dahulu daripada datuk atau nenek atau ibu atau bapa meninggal dunia serentak dengan datuk atau nenek dalam kejadian yang sama atau berlainan.

3. Cucu lelaki dan perempuan bukan merupakan waris kepada harta pusaka datuk. Sekiranya mereka merupakan waris ke atas harta pusaka secara fardu atau ta’sib maka mereka tidak layak untuk mendapat Wasiat Wajibah walaupun bahagiannya sedikit berbanding Wasiat Wajibah.

4. Sekiranya anak lelaki atau anak perempuan berlainan agama dengan ibu atau bapa atau terlibat dengan pembunuhan ibu atau bapa, maka dia tidak berhak untuk mendapat Wasiat Wajibah daripada harta pusaka datuk.

5. Sekiranya datuk atau nenek telah memberikan harta kepada cucu melalui hibah, wakaf, wasiat dan sebagainya dengan kadar yang sepatutnya diterima oleh anak lelaki atau anak perempuan mereka sekiranya mereka masih hidup, cucu tidak lagi berhak untuk mendapat Wasiat Wajibah. Sekiranya pemberian tersebut adalah kurang daripada hak yang sepatutnya diterima oleh cucu daripada bahagian anak lelaki atau anak perempuan. Maka hendaklah disempurnakan bahagian tersebut.

6. Anak akan mengambil bahagian faraid bapa atau ibu yang meninggal dunia terlebih dahulu daripada datuk atau nenek dan kadar tersebut hendaklah tidak melebihi kadar 1/3 daripada nilai harta pusaka. Sekiranya bahagian tersebut adalah 1/3 atau kurang daripada 1/3, maka pembahagian tersebut hendaklah dilaksanakan pada kadar tersebut. Sekiranya bahagian tersebut melebihi 1/3 maka hendaklah dikurangkan pada kadar 1/3 melainkan setelah mendapat persetujuan ahli-ahli waris yang lain.

7. Pembahagian Wasiat Wajibah boleh dilaksanakan setelah didahulukan urusan berkaitan mayat, wasiat ikhtiyariyyah dan hutang piutang.

8. Pembahagian Wasiat Wajibah kepada cucu-cucu yang berhak adalah berdasarkan kepada prinsip faraid iaitu seorang lelaki menerima bahagian 2 orang perempuan.

SOALAN 4 :
Apakah perbezaan di antara wasiat, hibah dan faraid?


JAWAPAN :
Wasiat ialah suatu hasrat atau keinginan yang dizahirkan secara lisan atau bertulis oleh seseorang mengenai hartanya untuk diuruskan selepas berlaku kematiannya. Tetapi wasiat yang dibuat secara lisan adalah terdedah kepada fitnah akibat arahan yang tidak jelas dan boleh dipertikaikan di kalangan ahli waris.

Faraid dari segi bahasa bermaksud ketetapan.
Menurut istilah syarak pembahagian harta pusaka selepas kematian seseorang Islam yang telah ditetapkan di bawah hukum Syarak ke atas waris-waris yang sah atau layak (seperti anak, suami, isteri, ibu, bapa dan lain-lain). Harta yang dibahagikan kepada ahli waris adalah baki harta yang ditinggalkan setelah ditolak segala pembiayaan pengurusan jenazah, hutang-hutang pewaris sama ada berbentuk agama (seperti zakat, nazar dan lain-lain) atau hutang kepada manusia dan menunaikan wasiat yang dibenarkan oleh syarak.
Ada tiga golongan ahli waris yang melayakkan mereka menerima harta pusaka, pertama, melalui hubungan keturunan, perkahwinan dan juga wala’ (hubungan kekeluargaan). Isteri termasuk dalam golongan waris yang layak menerima pusaka melalui hubungan perkahwinan
Hibah ialah anugerah, pemberian atau hadiah yang melibatkan suatu akad yang mengandungi pemberiaan hak milik oleh pemberi harta kepada seseorang secara rela hati semasa hayatnya atas dasar kasih sayang dan kemanusiaan tanpa mengaharapkan balasan atau tukaran.

SOALAN 5 :
Saya merupakan seorang suami yang mempunyai 2 orang isteri. Saya mempunyai 3 orang anak dari isteri pertama dan mempunyai seorang anak dari isteri kedua. Saya mempunyai beberapa harta yang ingin saya serah dan bahagikan kepada anak-anak saya selepas kematian saya. Saya berhasrat untuk mewasiatkan harta-harta tersebut mengikut apa yang saya fikirkan adil kepada anak-anak saya.
Bagaimanapun, saya musykil kerana menurut pandangan dari beberapa rakan, saya tidak dibenarkan untuk mewasiatkan harta kepada ahli waris. Saya keliru dengan siapa yang dikira sebagai ahli waris kerana saya juga telah melihat beberapa produk yang ditawarkan oleh syarikat berkaitan yang membenarkan saya untuk  membuat wasiat kepada anak-anak saya?

JAWAPAN :
Pada asasnya wasiat hanya diberikan kepada bukan waris kerana tujuannya adalah untuk mendekatkan diri dengan Allah dan mengharapkan pahala. Ia juga diharap dapat memenuhi segala kekurangan yang ada ketika hayat.

Apa yang dimaksudkan dengan waris dalam konteks wasiat ialah orang-orang yang berhak mendapat pusaka dan dalam situasi kes ini anak-anak dan isteri-isteri tuan juga merupakan waris yang berhak menerima pusaka jika tuan meninggal kelak. Oleh kerana itu wasiat pada asasnya diberikan kepada bukan waris kerana mereka ini tidak termasuk dalam kalangan orang yang berhak untuk mendapat pusaka.
Nabi SAW bersabda yang maksudnya berbunyi;
“Allah telah berikan bahagian kepada setiap orang yang berhak. Maka tiada wasiat untuk waris.”
Bagaimanapun, wasiat kepada ahli waris masih boleh dilaksanakan sekiranya mendapat persetujuan dari ahli waris yang lain. Perlu diingat, ahli waris yang dimaksudkan mestilah ahli waris semasa kematian pewasiat dan bukan ahli waris semasa hayat pewasiat. Jika kesemua ahli waris bersetuju dengan wasiat yang dibuat maka perlaksanaan wasiat tersebut boleh dilaksanakan.

Merujuk kepada kes tuan, tuan boleh untuk melaksanakan wasiat kepada bukan waris. Bagaimanapun, wasiat kepada bukan waris tersebut tidak boleh melebihi dari 1/3 keseluruhan nilai harta. Tuan juga boleh mewasiatkan harta-harta tuan kepada anak-anak tuan yang juga merupakan ahli waris. Bagaimanapun, ianya bergantung kepada persetujuan waris. Wasiat kepada bukan waris melebihi 1/3 dari nilai harta juga boleh dilaksanakan sekiranya ia mendapat persetujuan waris. Harus diingat, persetujuan yang dibuat oleh waris hendaklah diperolehi selepas kematian pewasiat kerana hak tersebut hanya muncul selepas kematian pewasiat.

Pewasiat juga boleh menarik balik kesemua wasiatnya atau sebahagiannya kerana wasiat bukan suatu akad yang wajib, malahan harta yang diwasiatkan juga masih lagi menjadi milik pewasiat dalam tempoh hayatnya.

Merujuk kepada gambaran tuan kepada produk-produk yang ditawarkan, tuan perlu mendapatkan penjelasan yang lebih lanjut dari pengeluar produk-produk tersebut. Apa yang dikhuatiri ianya tidak menepati kehendak syarak. Tuan juga wajar meneliti setiap produk yangditawarkan agar ianya dapat dilaksanakan dengan sempurna selepas kematian tuan kelak.


SOALAN 6 :
Suami saya meninggal dunia setahun lalu akibat barah usus. Suami meninggalkan harta yang kini dalam proses untuk mendapatkan surat faraid dan pentadbiran harta dari Mahkamah Tinggi. Apa yang menjadi kemusykilan saya ialah caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) arwah suami dikeluarkan tanpa menunggu surat pentadbiran harta dari mahkamah. Wang itu dibolot bapa mentua kerana mengikutnya arwah suami menamakan beliau sebagai penama untuk caruman KWSP. Beliau berkata saya dan anak tidak berhak langsung ke atas simpanan itu dan ia adalah wasiat daripada arwah suami.


JAWAPAN :
Jika penamaan dibuat, KWSP memang berhak mengeluarkan wang simpanan itu kepada penama. Oleh itu, bukan menjadi kesalahan kepada KWSP mengeluarkan wang caruman itu kepada bapa mentua puan, melainkan puan terlebih dulu mendapat perintah mahkamah menghalang KWSP mengeluarkan caruman itu atau menghalang bapa mentua daripada mengambil wang itu.

Penamaan akaun caruman KWSP tidak boleh disifatkan sebagai wasiat. Hal ini kerana ia tidak memenuhi beberapa syarat wasiat seperti lafaz wasiat, kesaksian, kadar yang dibolehkan harta diwasiatkan, kepada siapa dinamakan dan ketiadaan milikan sempurna atas simpanan itu.

Bagi orang Islam, penamaan akaun caruman KWSP hanya bagi membenarkan KWSP mengeluarkan wang itu kepada penama untuk diagihkan kepada waris yang berhak. Pengeluaran wang dengan cara ini tidak mengambil masa lama di mana waris tidak perlu menunggu sijil faraid dan surat pentadbiran harta pusaka dikeluarkan. Penama bertanggungjawab sepenuhnya untuk mengagihkan wang itu mengikut hukum faraid.

Sebenarnya, ketika wang simpanan itu dikeluarkan, penama berkenaan dikehendaki menandatangani surat aku janji bahawa beliau akan mengagihkan wang simpanan itu mengikut faraid. Kegagalan mematuhi aku janji itu memberi kesan kepada penama dari sudut undang-undang. Tindakan undang-undang boleh diambil terhadap penama itu.

Penama bukan menjadi pemilik wang simpanan itu. Penama sebenarnya diamanahkan oleh orang yang menamakannya untuk mentadbir harta berkenaan supaya ia dapat diagihkan mengikut hukum faraid dengan segera.

Oleh demikian, puan boleh menuntut wang simpanan itu daripada mentua bagi kepentingan puan dan anak.
Begitu pun, puan dinasihatkan supaya cuba berunding dengan keluarga arwah suami terlebih dulu sebelum mengambil sebarang tindakan undang-undang. Hal ini kerana tindakan itu mungkin mengeruhkan perhubungan puan dan anak dengan keluarga arwah suami.

Puan perlu akui hakikat bahawa anak masih mempunyai pertalian darah dengan keluarga arwah suami. Pertalian ini sama sekali tidak boleh diputuskan oleh sesiapa pun. Mungkin juga bapa mentua tidak faham konsep penamaan dalam caruman KWSP dan menyangka bahawa ia menjadi miliknya. Jadi puan diminta menggunakan kaedah yang berhemah dalam menyelesaikan perkara ini.

Puan bolehlah menjelaskan kepada beliau secara baik kedudukan undang-undang sebenarnya. Jika perlu, puan boleh meminta beliau merujuk kepada orang yang lebih tahu mengenai perkara itu seperti peguam dan pegawai KWSP.

Jalan penyelesaian secara perundingan adalah paling sesuai dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Jika boleh janganlah diputuskan hubungan kekeluargaan itu walaupun selepas ketiadaan suami puan.

Monday, 10 October 2016

10 Tanda Kewangan Anda Stabil

Cuba periksa.. Pastu muhasabah. Periksa di mana berlakunya kebocoran wang.
.
Menyimpan sikit-sikit, lama-lama jadi banyak..