Featured post

Jangan Lupa Tanggungjawab sebagai PEWARIS HARTA PUSAKA!

Sunday, 26 October 2014

Jemaah Haji Terkandas Di KLIA (Musim Haji 1435H)

Hajat terkandas di KLIA

Oleh Siti A'isyah Sukaimi
Sepang: Seramai 98 bakal haji dari Kemboja terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sejak Khamis lalu, selepas berlaku kesilapan tiket penerbangan dari Kuala Lumpur ke Jeddah.
Difahamkan, bakal jemaah haji terbabit tiba dengan menaiki pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) dari Phnom Penh dan sepatutnya ke Jeddah, semalam, menaiki pesawat Saudi Airlines.
Mereka tiba ke negara ini menerusi dua penerbangan iaitu MH755 dan MH763 dan transit di KLIA sebelum ke Jeddah.

Ketua rombongan, Ariffin Ismail, 45, berkata, mereka tidak boleh berlepas ke Jeddah berikutan kesilapan pembelian tiket diuruskan pihak agensi haji di Phnom Penh yang ditempah sebagai penerbangan biasa.
Foto
BAKAL haji dari Kemboja yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kerana kesilapan tiket penerbangan dari Kuala Lumpur ke Jeddah. FOTO Mohd Fadli Hamzah dan Bernama

"Berikutan itu, kami semua tidak dapat meneruskan perjalanan ke Jeddah disebabkan kesilapan pada tiket berkenaan. Saya menghubungi pihak agensi di Phnom Penh namun mereka seolah-olah menuding jari serta tidak mahu mengakui kesilapan.

"Agensi yang menguruskan perjalanan kami menyalahkan pihak syarikat penerbangan serta lambat bertindak. Kami buntu dan tidak tahu hendak ke mana," katanya ketika ditemui di KLIA di sini.

Ariffin yang juga guru agama di Kemboja, berkata mereka berharap ada pihak yang membantu menguruskan perjalanan ke tanah suci.

"Waktu wukuf adalah pada Rabu depan dan kami berharap sangat dapat ke tanah suci seboleh-bolehnya Isnin ini. Niat kami memang ke tanah suci dan sekiranya tidak dapat ditunaikan, kami berasa terkilan," katanya.

Bakal jemaah haji, Yousoh Yab, 35, berkata, dia berharap masalah berkenaan dapat diselesaikan dengan segera memandangkan mereka menghadapi kesukaran sepanjang terkandas di KLIA.

"Kami terpaksa tidur di beramai-ramai di atas lantai. Malah, menghadapi kesukaran untuk mandi memandangkan terlalu ramai.

"Ada di antara kami mempunyai saudara di Malaysia dan mereka datang membawakan makanan. Saya berharap sangat dapat ke Tanah Suci kerana ini kali pertama saya mahu ke Makkah," katanya.
- See more at: http://www2.hmetro.com.my/articles/HajatterkandasdiKLIA/Article/?129#sthash.iGTobRa4.dpuf

Thursday, 23 October 2014

Konsep Mudah Takaful


Mohd Ezani
Perunding eTiQa takaful
0163163292

Kenapa Perlu Banyak Alasan Untuk Mak Ayah??!!


7 SEBAB PERLU 

KAYA DAN BERJAYA!!


❇1. Bila Ibubapa anda masih belum MAMPU menunaikan Rukun Islam ke-5 iaitu Menunaikan Haji, siapakah yang akan membantu menunaikan hajat & impian mereka?

Tergamakkah kita berkata,"aku pun tak ade duit"

❇2. Bila Ibubapa anda perlukan duit untuk meneruskan sisa2 kehidupan mereka, untuk makan sesuap nasi, seteguk air, siapa yang akan menanggung mereka?

Tergamakkah kita berkata,"aku pun tak cukup makan."

❇3. Bila Ibubapa anda sakit, siapa yang akan uruskan bil2 klinik, hospital & kos perubatan mereka? Adakah kita hanya perlu pejamkan mata dan pekakkan telinga? Mereka tidak pernah meminta2 dari kita kerana mereka sangat memahami keadaan kita tetapi kita memahami kah keadaan mereka.

Tergamakkah kita berkata,"aku ada banyak hutang nak kena bayar bulan ni."

❇4. Bila Ibubapa anda bersedih kesunyian, tiada anak2 datang menjenguk...siapa yang akan pulang menjenguk mereka sedangkan anda asyik sibuk memberi alasan "SIBUK". Kesunyian ibubapa kita dapatkah kita rasai? Mereka hanya perlukan kita beberapa ketika sahaja sebab mereka sudah merasai tak lama lagi mereka akan berhijrah ke alam kubur yang jauh lebih sunyi.

Tergamakkah kita berkata,"aku bukan tak nak balik tapi tak dapat cuti."

❇5. Bila Ibubapa anda ditaqdirkan meninggal dunia, siapakah yang berada disisinya dan menguruskan jenazahnya? Perhatikan wajah ibu/bapa kita buat kali terakhir sebelum kain kapan menutup wajah mereka adakah wajahnya berada dalam keceriaan atau kesedihan.

Tergamakkah kita berkata,"aku bukan tak nak balik tengok mak/bapak aku masa dia sakit tempohari tapi masa tu aku tengah sibuk sangat."

❇6. Bila Ibubapa anda sudah tidak mampu menguruskan diri mereka akibat keuzuran, mampukah anda uruskan? Ibubapa kita tidak pernah mengeluh ketika mereka membesarkan kita. Mereka akan lakukan yang terbaik untuk memastikan kita mendapat yang terbaik. Biarpun mereka terpaksa berkorban, bertungkus-lumus, bergolok-bergadai tetapi bila tiba giliran kita dapatkah kita lakukan apa yang seharusnya kita lakukan demi SEORANG ibu/ayah? Benarlah, ibu/bapa boleh menjaga 10 orang anak tetapi 10 orang anak belum pasti boleh menjaga seorang ibu/ayah.

Tergamakkah kita berkata,"aku sibuk, biarlah adik-beradik aku yang lain uruskan."

❇7. Bila Ibubapa anda meminta duit untuk membeli sesuatu yang mereka hajatkan, bolehkah anda berikan tanpa sebarang alasan?Ketahuilah....walau apapun kita lakukan untuk ibubapa kita, kita masih belum mampu membalas jasa mereka kerana setitik air susu ibu...setitik keringat ayah....apakah nilainya pada kita?Lupakah kita bagaimana ibubapa kita membesarkan kita? Boleh kita bayangkan bersama2?....Sedarlah saudara/saudari berkhidmatlah untuk kedua ibubapa kita sementara mereka masih hidup....sedarlah berapa hari lagi kita dapat melihat dan bersama ibubapa kita kerana pengorbanan mereka sangat sangat besar pada kita...

Buktikan!!! Biarpun 100 orang, 1,000 orang, 10,000 orang nak tengok kita gagal TETAPI ada 2 ORANG YANG BENAR2 NAK TENGOK KITA BERJAYA IAITU IBUBAPA KITA. Tunjukkanlah kejayaan sebelum mereka menghembuskan nafas dan menutup mata. Buktikan pada mereka bahawa zuriat yang mereka lahirkan ini adalah zuriat yang sangat HEBAT! MAKA MARILAH KITA MENILAI DIRI SENDIRI....

Al-Fatihah utk rasulullah dan para sahabat baginda, untuk kedua ibubapa kita, untuk diri kita, isteri kita dan anak-anak kita moga Allah merahmati mereka dan kita semua. Amiin Ya Rabbal A'lamin.

Sharing is caring.... 
Sebarkan mesej bermanfaat ini... aminn


Mohd Ezani
Perunding eTiQa takaful
0163163292

Monday, 20 October 2014

Adakah Kita Sudah Bersedia?? - "Hospital Swasta Enggan Menerima Mangsa Kemalangan Tiga Beranak"

"Malang tidak berbau" - ungkapan yang kita selalu dengar daripada buah mulut orang dulu-dulu. Peribahasa ini adalah tentang Qada' & Qadar Allah s.w.t. yang kita tidak tahu perancanganNya. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.

MENERUSI Facebook Sarawak Update, seorang lelaki yang dikenali sebagai Thomas Loh meluahkan rasa kesalnya terhadap sikap pilih kasih sebuah hospital wasta dalam menerima pesakit.

Menurutnya, satu kemalangan motosikal telah berlaku di Jalan Pedada, Sibu yang melibatkan tiga beranak. Dalam keadaan cemas, dia segera pergi ke sebuah hospital swasta berdekatan bagi memaklumkan kejadian itu dengan harapan mereka akan menerima ketiga-tiga mangsa sebagai pesakit.
Malangnya jururawat yang bertugas menolak permohonannya dan memberitahu mereka bimbang tiada siapa yang akan bertanggungjawab untuk membayar bil rawatan para mangsa.
Tambahnya lagi, hospital kerajaanlah yang sepatutnya bertanggungjawab untuk kes itu.
Justeru, Thomas mengecam sikap pihak hospital tersebut yang dianggap lebih mementingkan keuntungan berbanding tanggungjawab untuk menyelamatkan pesakit.


Perlukah kita mempersalahkan pihak hospital jika mereka tidak mahu menerima pesakit? Hospital juga perlu menjaga beberapa perkara apabila menerima pesakit. Perkara UTAMA adalah berkaitan kewangan. 

Sudahkah kita mempersiapkan diri ini dengan perlindungan yang secukupnya? 


JADI!!!



Persiapkan diri anda dengan Pelan KAD PERUBATAN dengan eTiQa Takaful. 

eTiQa Takaful membantu anda 

Jangan malu!!!
Jangan segan!!!

Hubungi saya untuk
Bincang-Bincang Takaful

Mohd Ezani
Perunding eTiQa Takaful
016-3163292

Friday, 10 October 2014

Insentif Haji & Umrah


Insentif Haji & Umrah

Nabi s.a.w. telah bersabda, “Sesiapa yang berjalan untuk solat berjemaah fardhu, maka pahalanya bagaikan orang yang mengerjakan haji, dan jika dia berjalan untuk solat sunat, maka pahalanya bagaikan orang yang mengerjakan umrah.” - Riwayat At-Thabrani



Permudahkan urusan org lain, insyaAllah Allah akan permudahkan urusan kita....

    Alhamdulillah.. Selesai menghantar polisi..
    .
    Saudara Shahril telah mendapatkan perlindungan takaful melalui Pelan Mabrur beserta Life & Medical. Dia seorang 'chargeman' yang kerjanya agak berisiko.
    .
    Permudahkan urusan org lain, insyaAllah Allah akan permudahkan urusan kita....
    .
    Dapatkan perlindungan takaful daripada eTiQa Takaful.
    Hubungi saya untuk Bincang-Bincang Takaful.
    .
    Mohd Izani Bee
    Perunding eTiQa Takaful
    0163163292

Friday, 3 October 2014

Aidiladha 1435H

Shaykh Muhammad ibn Saalih al-‘Uthaymeen (may Allaah have mercy on him) was asked: Is there anything narrated from the Prophet (pbuh) about the virtue of Hajj being on a Friday? 

He replied: 
There is nothing narrated from the Prophet (pbuh) about there being any special virtue in the Day of ‘Arafah falling on a Friday, but the scholars said that if it happens to fall on a Friday, that is a good thing. 

Firstly – because it means that the Hajj is like the Hajj of the Prophet (peace and blessings of Allaah be upon him), as the Prophet’s standing in ‘Arafah happened to be on a Friday. 

Secondly – because on Friday there is a hour when no Muslim slave stands to pray and asks his Lord for something but He will grant it to him, so that is more likely to be answered. 

Thirdly – The Day of ‘Arafah is an Eid and Friday is an Eid, so if the two Eids come together, that is a good thing. 

As for the commonly-held view that Hajj on a Friday is equivalent to seventy Hajjs, that is not correct. 

Al-Liqa’ al-Shahriyyah, 34/question no. 18.‪#‎Arafah‬ ‪#‎Hajj‬ ‪#‎Friday‬


Wednesday, 24 September 2014

Daftar Haji



Daftar Haji


Ramai yang agak keberatan untuk buat. Sebabnya nilai RM1300, yang perlu ada dalam akaun Tabung Haji, bagi membolehkan seseorang itu mendaftar untuk menunaikan haji, agak tinggi bagi sesetengah orang.



Kerana apabila wang RM1300 ini didepositkan, ia perlu sentiasa kekal di dalam akaun dan tidak boleh dikeluarkan sehinggalah tibanya giliran untuk menunaikan haji.



Dan jikalau ingin mengeluarkannya juga, pendaftaran untuk menunaikan haji perlu dibatalkan dan perlu mendaftar semula.



Dengan kata lain, akan diberi giliran baru, yang tentunya memakan masa yang lebih lama.



Apabila niat untuk mendaftar haji sentiasa tertangguh, kesan besarnya adalah tahun yang diperuntukkan untuk giliran menunaikan haji semakin lama, sehingga mencecah seratus tahun.



Tapi, ada cara yang lebih mudah tanpa perlu mendepositkan wang RM1300. Anda tidak perlu mendepositkan sesen pun ke dalam akaun Tabung Haji.


Melalui eTiQa takaful dengan pelan Mabrur, perjalanan anda akan dipermudahkan..

Hubungi saya untuk
'Bincang-Bincang Takaful'

Mohd Ezani
016-3163292


Monday, 22 September 2014

Produk eTiQa Takaful - Simpanan

Bukankah sempurna sekiranya anda menyimpan sejumlah wang untuk simpanan, dan mendapat perlindungan sewajarnya?

Mabrur


Is not it perfect if you save some money for savings, and receive the appropriate protection?

Mabrur


Hubungi saya untuk 
'Bincang-Bincang Takaful'

Mohd Ezani Saini
Perunding eTiQa Takaful
016-3163292


MABRUR

Sempurnakan Lima Rukun Islam Anda

Sebagai salah satu rukun Islam, adalah menjadi kewajipan ke atas setiap Orang Islam yang mampu mengerjakan Haji, untuk menjadi tetamu Allah sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup. Sebagai satu perhimpunan tahunan terbesar di dunia, Haji adalah simbolik kepada perpaduan umat Islam sebagai penyerahan kepada Tuhan. Ia adalah satu perjalanan yang indah untuk memohon keampunan, sebagai satu bentuk jihad paling mudah dan peluang untuk menebus dosa dan bermula semula dalam keadaan diri yang bersih lagi suci.

Dengan perjalanan yang penting ini, perancangan awal dan terbaik adalah perlu bagi memastikan anda telah bersedia secara mental, spiritual dan paling utama, kewangan. Mulakan perancangan sekarang untuk mencapai destinasi utama anda.

Lakukan Perbezaan ke Arah Perjalanan Spiritual Anda

Mabrur ialah pelan Takaful simpanan dan perlindungan komprehensif yang melengkapkan persediaan anda untuk menunaikan ibadah Haji dan Umrah. Etiqa menyediakan One Stop Centre untuk anda merancang perjalanan Haji dan Umrah yang lebih baik. Kami akan membantu proses pembukaan akaun Tabung Haji tanpa bayaran dan pendaftaran Haji anda setelah Bayaran Tunai tetap pertama dibayar.

Pelan ini disertakan Bayaran Tunai tetap yang dibayar pada akhir tahun ke-3 sijil dan setiap tahun yang berikutnya dengan Bayaran Tunai tetap sebanyak 10% akan dibayar pada akhir tahun ke-3 sijil. Bayaran Tunai tetap ini akan dikumpulkan di dalam akaun Tabung Haji sebagai simpanan untuk memenuhi keperluan spiritual dan pelan-pelan lain anda dan yang tersayang. Pelan ini menyediakan perlindungan komprehensif untuk kedua-duanya, Peserta dan Orang Dilindungi, malah anda mempunyai fleksibiliti untuk memilih tempoh perlindungan dari 20 sehingga 30 tahun.

Manfaat Utama
  • Mula tambahkan simpanan anda

  • Nikmati Bayaran Tunai tetap sehingga 10% daripada Jumlah Asas Dilindungi. Bayaran Tunai pertama akan dibayar pada akhir tahun ke-3 sijil dan setiap tahun berikutnya.

    Akhir Tahun Sijil% Jumlah Asas Dilindungi
    310%
    4 to 143%
    15 to 244%
    25 to 305%
    Sub Jumlah113%
    Tambahan 10% menjelang tempoh matang10%
    Jumlah Keseluruhan*123%

    * Akhir Tahun Sijil yang tidak melebihi 30 tahun, jumlah Bayaran Tunai tetap yang diterima adalah kurang daripada 123%

    Semua Bayaran Tunai tetap akan secara automatik dikreditkan ke dalam akaun Tabung Haji Orang Dilindungi untuk menabung bagi tujuan menunaikan Haji atau Umrah dan pelan masa depan yang lain. Apabila mencapai tempoh matang, Bayaran Tunai tetap tambahan sebanyak 10% daripada Jumlah Asas Dilindungi akan dibayar kepada Orang Dilindungi.

  • Manfaat Matang

  • Pada akhir tempoh Takaful, nilai terkumpul dalam Dana Pelaburan Peserta (DPP), jika ada, termasuk keuntungan daripada pelaburan dana tersebut , dan lebihan Dana Risiko Peserta (DRP), jika ada, yang telah diperuntukkan akan dibayar kepada Peserta
Perlindungan Komprehensif

  • Manfaat Kematian

  • Jika Orang Dilindungi meninggal dunia akibat kemalangan atau sebab semula jadi, amaun Jumlah Dilindungi, Perbelanjaan Pengebumian sebanyak RM1,000 berserta nilai terkumpul dalam DPP, termasuk sebarang keuntungan DPP dari pelaburannya dan DRP, jika ada, akan dibayar.

  • Indemniti Berganda ke atas Kematian akibat Kemalangan

  • Kami menyediakan tambahan 100% daripada Jumlah Dilindungi yang dibayar jika Orang Dilindungi meninggal dunia sebelum umur 70, disebabkan kemalangan yang berlaku semasa mengerjakan Haji atau Umrah di Makkah atau Madinah.

  • Manfaat Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (HUMK)

  • Jika Orang Dilindungi mengalami HUMK sebelum umur 65 pada hari lahir berikutnya, amaun Jumlah Dilindungi ditambah semua nilai terkumpul di dalam DPP, termasuk sebarang keuntungannya (jika ada) akan dibayar. Jika agregat Jumlah Dilindungi (bagi setiap Orang Dilindungi) ialah sehingga RM1 juta, ia akan dibayar secara sekaligus. Jika Jumlah DIlindungi melebihi RM1 juta, baki Jumlah Dilindungi akan dibayar satu (1) tahun selepas bayaran pertama dibuat, tertakluk kepada terma dan syarat-syarat yang dinyatakan di dalam Sijil Takaful.

  • Manfaat Badal Haji

  • Jika berlaku perkara yang tidak diingini iaitu kematian atau HUMK sebelum sempat menunaikan Haji, kami akan memastikan kewajipan Haji Orang Dilindungi disempurnakan dengan membayar RM3,000 kepada Peserta atau Penama untuk menunaikan Badal Haji bagi pihak anda. Manfaat ini akan ditunaikan jika Elaun Haji tidak dituntut dan Orang Dilindungi mesti berumur 16 tahun ke atas. Untuk HUMK, Orang Dilindungi tidak melebihi umur 65 tahun.

  • Elaun Haji dan Umrah*

  • Elaun sebanyak RM1,000 akan dibayar bagi mengerjakan Haji dan Umrah. Jika Orang Dilindungi mengerjakan Haji dan Umrah pada masa yang sama, hanya elaun Haji akan dibayar. Manfaat Haji dan Umrah tidak boleh dituntut dalam tahun sijil yang sama dan dengan syarat jarak 12 bulan dan tarikh tuntutan terakhir dibuat.

  • Manfaat Ihsar*

  • Apabila Orang Dilindungi dalam keadaan berihram dan terhalang dari menunaikan Haji atau Umrah akibat keadaan kesihatan, Manfaat Ihsar sehingga RM1,000 sepanjang tempoh perlindungan akan dibayar untuk pembayaran balik kos penyembelihan haiwan.

  • Elaun Penjagaan Anak*

  • Apabila menunaikan Haji, Orang Dilindungi akan menikmati ketenangan minda apabila anak-anaknya terjaga. Elaun Penjagaan Anak sebanyak RM1,000 akan dibayar. Umur anak mestilah tidak melebihi 18 tahun.

    * Sijil hendaklah berkuatkuasa sekurang-kurangnya 5 tahun dan semua sumbangan telah dibayar


Produk eTiQa Takaful - Pendidikan

Pengajian tinggi merupakan salah satu jalan untuk memperolehi peluang perkerjaan yang baik. Anak-anak kita adalah komodoti terbaik untuk masa depan yang cerah.

Intelek

Higher education is one way to obtain good employment opportunities. Our children is the best commodity to a bright future.

Intelek


Hubungi saya untuk 
'Bincang-Bincang Takaful'

Mohd Ezani Saini
Perunding eTiQa Takaful
016-3163292


INTELEK

Menjanjikan Masa Hadapan yang Lebih Cerah untuk Anak-Anak Anda

Anak-anak adalah lambang kebanggaan dan kebahagian anda. Sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab, anda sedia maklum bahawa pendidikan amat penting untuk berjaya dan anda mula menyimpan demi masa hadapan mereka. Namun begitu, simpanan anda mungkin tidak mencukupi

Kos pendidikan kini meningkat secara mendadak. Dalam masa 10 tahun, kos pengajian di peringkat universiti selama 4 tahun boleh mencecah sehingga RM72,000.00 di Malaysia*, RM250,000.00 di Australia mahupun RM400,000.00 di UK**. Sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini, anak-anak anda mungkin tidak berpeluang mendapat pendidikan sepertimana yang diinginkan. Oleh itu, amat penting untuk kita merancang masa hadapan mereka sekarang.

Sumber-sumber:
*
Study in Malaysia Handbook (International Edition)
**Ministry of Higher Education 2009


Menjamin Pendidikan Anak-Anak Anda Di Peringkat Lebih Tinggi

Intelek membantu membina dana yang bersesuaian dengan keperluan pendidikan anak-anak anda dan turut memberikan perlindungan dengan hanya sumbangan serendah RM70.00 sebulan. Tambahan lagi, Intelek memberi ganjaran terhadap pencapaian cemerlang anak-anak anda.

Ganjaran tersebut tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
  1. Sijil mestilah berkuatkuasa sekurang-kurangnya satu (1) tahun sebelum anak anda menduduki peperiksaan.
  2. Manfaat tersebut adalah sekali untuk setiap individu.
  3. Bilangan gred A yang diambilkira adalah untuk mata pelajaran utama sahaja (Gred A dan A+ sahaja).
  4. Manfaat tersebut tertakluk kepada perubahan kepada Struktur Sukatan Pelajaran Malaysia.
  5. Etiqa Takaful Berhad berhak untuk meminda terma-terma dan syarat-syarat manfaat pada masa hadapan.
Anda juga boleh mengeluarkan sehingga 80% daripada jumlah simpanan di dalam akaun anda bagi menampung sebarang perbelanjaan kecemasan. Sekiranya berlaku sebarang kecelakaan, kami akan membayar sumbangan bagi pihak anda. Keluarga anda akan berasa tenang apabila menyedari bahawa pendidikan anak-anak pada masa depan terjamin.