Featured post

Jangan Lupa Tanggungjawab sebagai PEWARIS HARTA PUSAKA!

Thursday 14 July 2016

Faham & Hadam Isu Faraid

Isu faraid.. baca ya..
Carta panduan untuk sistem faraid.

Apabila agama itu di ambil separuh-separuh, yang memihak padanya di ambil, yang memberi rugi padanya ditinggal.
Saya bukanlah ustaz nak cakap pasal agama, tapi saya nak ajak saudara saudari semua berfikir akan kisah benar yang berlaku pada seorang balu yg kematian suami.

1. Semasa hidup, si mati orang susah, adik beradik tak pernah menjenguk, apatah lagi nak hulur belanja untuk anak buah walaupun semuanya kerja best2.
2. Rezeki anak2 si mati dapat beli sebidang tanah dan dapat buat sebuah rumah teres di atas tanah tersebut. Tak lama kemudian, si mati membeli lagi sebidang tanah untuk tujuan berkebun tapi tak kesampaian (meninggal dulu)
3. Simpanan si mati ada dalam RM10k dalam bank. Ada sebuah rumah dan sebidang tanah.
4. Si mati selalu bagitau isterinya kalu dia tiada, isteri dan anak2 tak lah susah mana, ada tempat bergantung, ade sedikit duit dan ade tempat berlindung (rumah). Betapa besarnya harapan si mati untuk si isteri dan anak2.
5. Ditakdirkan si mati meninggal dunia akibat sesak nafas (masalah jantung).. Si mati meninggalkan balu dan 2 orang anak perempuan.
6. Sejurus selepas si mati dikebumikan, adik beradik si mati termasuk ibu si mati telah mengajak si isteri berbincang pasal harta si mati kononnya si mati akan terseksa dalam kubur kalu tak diselesaikan secepat mungkin.
8. Si mati tiada anak lelaki, so harta2 si mati akan dapat juga pada adik beradiknya.
9. Tak sampai seminggu si mati meninggal, datanglah adik beradik bertandang ke rumah, siap buat lakaran dalam kertas ikut hukum faraid, bahagian untuk isteri, anak2, ibu si mati dan adik beradik si mati.
10. Hukum faraid - bahagian isteri dapat paling sedikit (orang Terengganu cakap dapat bahagian kepala mayat). Lansung tak pedulikan perasan si balu yang masih bersedih, dihamburkan pula nas2 dalil2 bab pembahagian faraid.
11. Paling memilukan, dinilaikan sekali rumah yang diduduki oleh si balu dengan anak2 ikut nilai pasaran. Kemudian mereka2 itu bagi dua pilihan pada si balu, bayar harga rumah tersebut kepada waris2 yang berhak sekiranya mahu tetap tinggal di situ, atau keluar dari rumah tersebut kerana rumah itu akan dijual dan duit jualan tersebut akan dibahagikan ikut hukum.
12. Celah mana mahu cari 150k? nak tak nak terpaksa keluar dari rumah tersebut. Rumah dijual, dapatlah bahagian si balu dan anak2 dgn jumlah yang si balu dapat dan anak2 si mati dapat. Mustahil dapat cari rumah baru.
13. Bermulalah episod merempat si anak2 yatim. Berpindah randah, menyewa situ sini, jangankan si balu, si anak pon bekerja lepas balik sekolah nak sara diri sendiri. Duit simpanan /tanah sebidang/rumah dijual siwaris. Harapan si mati untuk tidak menyusahkan anak dan isteri selepas ketiadaanya berkecai sama sekali.
14. Waris2,semua lesap lepas dapat bahagian masing2. Nak tanya khabar jauh sekali.nak hulur duit jauh sekali.
15. Lagi malang waris2 semuanya bekerja bagus2. Ada cikgu, ada pegawai kerajaan, ada golongan prefesional malah kaki masjid pon ada. Tapi sayang, bab tangggungjawab pada anak si mati langsung tak dihiraukan.
16. Walaupon berhak pada harta si mati, tapi kene tengok pula tanggungjawab yang harus dipikul. Jangan ambil agama itu separuh separuh untuk kepentingan sendiri. Ya, tak berdosa ambil harta yang sememangnya hak kita dalam hukum, tapi berdosa gagal menjalankan tanggungjawab nafkah pada anak2 si mati - tempat tinggal /pakaian/makan minum)
17 .Kalu kita termasuk dalam golongan sebegitu sebelum ni, berubahlah, dan moga dijauhkan keturunan kita adik2 kite suami kita ank2 kita dari bersifat kejam begini.
18. Ambil pengajaran saudara saudari. Sekali lagi saya ingatkan apa yg agama ajar, bila si mati meninggalkan anak2 yang belum baligh, wajib bagi walinya (mengikut turutan wali sebelah si mati) menyediakan nafkah untuk anak si mati. Kalu tidak diambil peduli, menanggunglah di akhirat kelak.
19. Hukum faraid itu sangat adil dan indah. Diberi lebih kepada lelaki sebab lelaki adalah ketua keluarga yang kena menanggung orang2 dibawahnya, kenapa apabila tiada anak lelaki, harta akan jatuh juga kepada adik beradik si mati? Jelas Allah memberitahu bahawa adalah tanggungjwb si wali2 untuk menanggung nafkah si anak yatim (lebih2 si yatim adalah perempuan), dan semoga dengan pembahagian faraid dapat meringankan beban /membantu si wali2 untuk menjaga dan memberi nafkah kepada si anak yatim.
20. Ingat ye, dapat pembahagian harta si mati bukan terus beli rumah baru, shopping atau melancong dulu, tapi tunaikan dulu tanggungjawab si anak yatim..
21. Sediakan hibah melalui takaful.. Itu yang terbaik dalam pembahagian harta si mati, sebab hibah itu hadiah!

HIBAH MELALUI TAKAFUL ADALAH PENYELESAIANNYA!