Featured post

Jangan Lupa Tanggungjawab sebagai PEWARIS HARTA PUSAKA!

Thursday 24 September 2015

Dhuyuffurrahman #haji1436H : Rempuhan Mina!!

Allahuakbar.. Allahuakbar.. Allahuakbar.. Walillahilhamd.

Segala puji bg Allah Yg Maha Agung dgn segala pujiNya yg tidak terhingga.

Selamat hari raya Aidiladha.

Di Malaysia, mereka mengorbankan banyak haiwan ternakkan seperti lembu, kambing. Alhamdulillah mereka selesai menunaikan ibadah korban disana.

Tetapi tidak di Mina. Ada jemaah haji yang terkorban. Mereka merempuh & telah dirempuh oleh sekumpulan manusia. Mereka mengejarkan afdhal untuk melontar di Jamrah tapi mengabaikan aspek keselamatan. Allahuakbar. Disaat ini, saya mendapat khabar berita 700 lebih jemaah yang telah meninggal dunia. Allahuakbar. Baru selesai wukuf, mereka telah dijemput dijemput oleh Ilahi. Kawasan yang terlibat bukanlah di terowong tetapi di kawasan khemah.

Ni antara gambar yang dapat dikongsi untuk semua.



Tuesday 22 September 2015

Dhuyuffurrahman #haji1436H : Kemuncak yang dinanti!!

Assalamualaikum.

Hari ni 22.9.2015 bersamaan 8 Zulhijjah 1436H, maka bermula jemaah haji meninggalkan kota Mekah & pergi menuju ke Arafah. Bagi kami, ia pengalaman yang menyeronokkan & mengujakan diri setiap Dhuyuffurrahman.

Bagi Maktab 88, KT45 dijadualkan menaiki bas jam 3 ptg waktu Mekah. Persediaan nak ke Arafah ni bukan sekadar fizikal yang 'fit' tetapi perlukan kekuatan mental & rohani. Segala persediaan ni mesti dididik sejak kita menerima surat tawaran menunaikan haji.

Hari ni jemaah haji dari Malaysia tidak digalakkan untuk ke Masjidil Haram. Atas alasan untuk menyimpan tenaga ketika bertolak & berada di Arafah. Jadi, kami mengemaslah beg pakaian kami. Antara barang yang perlu dibawa adalah kain ihram 3 helai, pakaian biasa untuk 2 hari, beg uncang batu, tikar, payung, air minum ketika dalam perjalanan, buku2 doa, gunting atau alat cukuran, lampu suluh kecil, ubat ubatan selama 5 hari, botol spray, sejadah, tuala kecil, kain pelikat yang tidak berjahit, peralatan mandi & berus & ubat gigi,  telefon bimbit & power bank. Wow.. banyak juga nak bawa ni. Mereka kata muat untuk beg kuning tu. Tapi kami dah ready dengan bagpack. Saya bawa untuk  saya & mama saya.


Kami diberi taklimat ringkas oleh petugas TH di kawasan lift. Antara intipati taklimat adalah masa berangkat, perkara2 sunat yang harus dibuat sebelum berangkat. 


Sunday 20 September 2015

Dhuyuffurrahman #haji1436H : Kaabah yang indah


Mekah merupakan tanah suci bagi umat Islam di mana berdirinya sebuah struktur hebat iaitu Kaabah yang menjadi tidak, lambang dan panduan qiblat untuk semua umat Islam di seluruh dunia. Berikut adalah 15 perkara tentang Kaabah dari sudut sains yang tidak diketahui ramai...

01) Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.

02) Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.

03) Tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.

04) Graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi.

05) Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.

06) Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.

07) Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.

08) Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itu lah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.

09) Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.

10) Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.

11) Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.

12) Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Ka abah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.

13) Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.

14) Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma(lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.

15) Selepas selesai semua itu baru lah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.

Wallahulam...

Dhuyuffurrahman #haji1436H : Aku Tidak Sempurna

Sajak ini dibaca oleh pemuda ketika pengisian di surau Hotel Land Premium, sementara menunggu waktu isya'. Dalam majlis zikir itu, aku tidak dapat menahan air mata. Terlalu banyak dosa yang telah aku lakukan. Moga Allah terima taubat hambaMu yang sentiasa lalai & membuat dosa.

Andai kutahu
Kapan tiba ajalku
Ku akan memohon
Tuhan tolong panjangkan umurku

Andai kutahu
Kapan tiba masaku
Ku akan memohon
Tuhan jangan Kau ambil nyawaku

Aku takut
Akan semua dosa dosaku
Aku takut
Dosa yang terus membayangiku

*Instrumental*

Andai kutahu
MalaikatMu kan menjemputku
Izinkan aku
Mengucap kata tobat padaMu

Aku takut
Akan semua dosa dosaku
Aku takut
Dosa yang terus membayangiku

Ampuni aku
Dari segala dosa dosaku
Ampuni aku
Menangisku bertobat padaMu

Aku manusia
Yang takut neraka
Namun aku juga
Tak pantas di surga

Andai kutahu
Kapan tiba ajalku
Izinkan aku
Mengucap kata tobat padaMu

Aku takut
Akan semua dosa dosaku
Aku takut
Dosa yang terus membayangiku

Ampuni aku
Dari segala dosa dosaku
Ampuni aku
Menangisku bertobat padaMu.

Saturday 5 September 2015

Pahala Senang, Ganjaran Syurga


Pahala Senang, Ganjaran Syurga
Diriwayatkan daripada Abu Umamah r.a., daripada Nabi Muhammad s.a.w., Baginda bersabda, “Sesiapa yang membaca ayat Kursi sesudah setiap kali solat fardu, tidak ada yang dapat menegahnya daripada memasuki syurga sehinggalah ia mati.” -- Riwayat an-Nasa'i

Pengajaran:

1. Pahala senang yang seterusnya ialah membaca ayat Kursi sesudah selesai solat fardu. Ini merupakan perkara yang lazim diamalkan di samping zikir-zikir lain sesudah solat.
2. Kadangkala kerana hambatan masa dan tugas, kita tidak dapat duduk di atas sejadah dengan tempoh masa yang lama. Ada kalanya sebaik sahaja selesai solat kita perlu beredar menyelesaikan tuntutan yang lain pula.
3. Meskipun sibuk, janganlah kita tinggalkan ayat Kursi sesudah solat. Misalnya, jika kita singgah bersolat di masjid, kita masih boleh membaca ayat Kursi sewaktu keluar dari masjid menuju ke kenderaan kita. Malah kita masih boleh membaca ayat Kursi sewaktu menaiki kenderaan kita. Jika kita bersolat di surau pejabat, kita boleh membaca ayat Kursi sewaktu menunggu lif untuk kembali ke meja kita. Semuanya boleh dilakukan secara sambil lalu sahaja tanpa sebarang kesulitan.
4. Selain ganjaran syurga, maklum mengetahui bahawa ayat Kursi juga merupakan pendinding kita dari sebarang perbuatan khianat dan hasad dengki makhluk. Membaca ayat Kursi boleh memelihara keselamatan kita siang dan malam.
5. Usaha yang sebegitu mudah tetapi dibalas dengan ganjaran yang terlalu besar, alangkah rugi jika kita masih mensia-siakan peluang keemasan yang terbentang luas di hadapan kita.

Friday 4 September 2015

Fungsi TAKAFUL dalam bajet keluarga yang patut anda tahu..

"Melindungi"
Itulah fungsi insurans, khususnya dalam formula kewangan kita.
Insurans melindungi keluarga kita daripada beban kewangan jika berlaku perkara yang tidak diingini kepada kita, kepada orang yang membawa masuk wang ke dalam keluarga.
Kita pastinya tidak mahu keluarga kita ditimpa masalah hutang-hutang kita apabila kita sakit, koma atau mati. Jika ditakdirkan kita kemalangan dan tidak mampu membantu keluarga, biarlah paling kurang kita tidak membebankan keluarga.
Itulah fungsi insurans.
Pakej insurans (ya, ada BANYAK jenis perlindungan. This is their game) yang kita langgan seharusnya melindungi perkara-perkara yang penting seperti pendapatan ketika sakit atau ketika dirawat dan juga melindungi keluarga daripada beban hutang dengan cara melangsaikan hutang-hutang tersebut.
Maka, jika pakej langganan tetuan atau pakej yang tetuan ingin langgan ada perkara yang TIDAK bersifat melindungi, pada lebih baik difikirkan semula.
Contohnya, ada pakej yang disertakan sekali dengan simpanan dan juga pelaburan. Maka janganlah tetuan menjadikan itu sebagai fokus insurans. Jika ia datang secara percuma tidak mengapa. Tetapi janganlah berharap ia berguna.
Ini kerana insurans bukan kerjanya menjadi simpanan mahupun pelaburan.
Langgan insurans semata-mata atas kapasiti PERLINDUNGAN yang ditawarkan. BUKAN kapasiti PULANGAN.
Iyalah, wang insurans seharusnya bukan untuk kita, tetapi untuk ahli keluarga dan juga pemiutang. Itu fungsinya.
Jika mahu melindungi, gunakan insurans. Untuk kita umat islam, langganlah Takaful.
Jika mahu melabur, gunakan instrumen pelaburan yang kita mahir: saham, hartanah ataupun bisnes.
Jika mahu menyimpan, gunakan Tabung Haji.
"Choose the right tools for the right job".