Featured post

Jangan Lupa Tanggungjawab sebagai PEWARIS HARTA PUSAKA!

Saturday 19 December 2015

Masjid Al-Aqsa... Sejauh Mana Kita Mengenalinya?



Jom kenali Masjidil Al-Aqsa.

Tahukah Anda ?

Yang Mana Satukah Masjidil Al-Aqsa mengikut fakta sejarah.

Masjidil Al-Aqsa terletak didalam tembok seluas 144,000 meter persegi bersamaan 35 Ekar iaitu 1/6 dari keseluruhan kawasan tembok tersebut.

Didalam Masjidil Al-Aqsa ini ada 8 buah masjid didalamnya :

1. Masjid Qibli
2. Qubah As-Sakhrah
3. Masjid Marwani
4. Masjid Qadim
5. Masjid Buroq
6. Masjid Mughoribah
7. Masjid Nisa'
8. Masjid Umar

Masjid Qibli bukanlah Masjid Al-Aqsa & Qubah As-Sakhrah ( Dome of the rock )( Kubah Emas) juga bukanlah Masjid Al-Aqsa, ianya terletak di kawasan Masjidil Al-Aqsa. Bila berbicara tentang Masjid, point utamanya bukanlah mengenai kubah tetapi keluasan kawasan masjid tersebut.

Kubah Emas ( Dome of the rock ) diangkat sebagai gambar kemuliaan & ikon atau simbolik kebanggaan kepada umat islam.


Kepentingan Palestin & Masjid Al-Aqsa kepada Umat Islam.

1. Kiblat pertama umat islam
2. Bumi yang Allah berkati
3. Bumi Isra' & Mikraj Nabi Muhammad S.A.W
4. Bumi Para Anbiya' & Bumi Mahsyar
5. Kota Suci Umat Islam yang ketiga
6. Masjid kedua yang dibina selepas Masjidil Haram
7. Bumi Jihad & Perjuangan
Adakah kita mencintai Masjidil Al-Aqsa ?

Sumber FB

No comments:

Post a Comment