Featured post

Jangan Lupa Tanggungjawab sebagai PEWARIS HARTA PUSAKA!

Tuesday 31 July 2018

6 must-dos to include in your retirement plan in your 20s [Infographic]



Since we can’t predict what the future will bring, it helps to start preparing for retirement early. When you’re in your 20s, it’s easy to think you have all the time in the world to figure things out and pave the way for financial security. That would be a mistake. It’s scary how quickly life passes you by when you take it for granted.

Make the most of your youth by living mindfully, but plan ahead so you can retire in comfort when the time comes. It doesn’t mean putting your life on hold though. On the contrary. It’s important to live in the present and make the most of each day, but it’s equally important to look at the big picture and take small steps towards your retirement goals.

The trick is to start early and to have a clear idea of what those retirement goals look like so you can take small, incremental steps towards achieving them. Your goals might change over time, of course. If that’s the case you just need to adjust your plan accordingly, rather than go back to square one.

Whatever your goals are, here are 6 must-dos for all young adults to include in their retirement plan to help navigate them through the process:

6 must-dos to include in your retirement plan while in your 20s:




1. Set milestones every 5 years

Milestones keep you focused and motivated. Rather than working towards a huge goal which could take 30 years to achieve (what an overwhelming thought!), break it up into achievable goals so you can check them off your list as you go. To do this, start by setting a ballpark figure for how much savings you’ll need to retire comfortably.

Remember to factor in inflation. If you’re only in your 20s now, things will probably cost quite a bit more 40 years down the line. That said, keep it fairly realistic and achievable.
Tip: Work towards achievable goals

2. Allocate forced retirement savings

If you don’t already, it’s imperative that you set a monthly budget to keep track of your income, expenses and savings. If you’re not good with discipline, make it a point to allocate x amount for your retirement savings automatically every month. As soon as your pay comes in, transfer your retirement savings into a separate account. You’ll be glad you’re doing this once your nest egg starts growing.
Tip: If you don’t make it a priority, it won’t be

3. Have an emergency fund

Life happens, and when it does, you’ll be glad to have a separate emergency fund set aside. This prevents you from having to dip into your retirement fund in the event of unexpected setbacks. It might take a bit more effort on your part, having to allocate savings for multiple accounts, but you can start with small amounts. Something is better than nothing.
Tip: Always be prepared for contingencies

4. Get a job with retirement benefits

One of the advantages of early planning is the awareness you’ll have of the issue, so keep your eyes peeled for job opportunities that come with retirement benefits. Even if the hirer doesn’t mention it, it doesn’t hurt for you to enquire about the possibility of having it included in your contract. Don’t just assume they’ll say no.
Tip: Look at the big picture

5. Practice good financial habits

It’s much harder to fix bad habits than it is to develop good habits from the start. You don’t want to be burdened by a life of debts, so keep a close eye on your expenses, particularly your credit card spending. It’s best to pay off your bills in full every month and make sure you don’t spend above your means, which is often the root of the problem. Don’t put yourself in that vulnerable position. It’s just not worth it.
Tip: Avoid debts if possible (that includes credit card debts!)

6. Make Your Money Work for You

You probably already know this, but the smart move is to grow your money through investments. The most common ways to invest include mutual funds, stocks and bonds, though there are various forms of online investing available these days. If you’re new to investing, speak to a professional investment consultant for advice and guidance. You don’t want to place your hard-earned cash in the wrong hands.
Tip: Work smart, not hard. That includes your money too.

Don’t worry if you’re not making much at present. Start by saving small amounts and your nest egg will grow over time, slowly but surely. What matters most is to save a little each month rather than blowing all your money on things you don’t actually need. It’s all about priorities.

What do you envision retirement life to look like? Tell us in the comments section below. We’d love to hear your thoughts.

Sumber: https://www.jobstreet.com.my

Wednesday 11 July 2018

Pening aarrrr... Apa tu MRTA / MRTT / MLTA / MRTT?

BELI RUMAH KENA BELI INSURAN KE? TAHU MENGAPA WAJIB BELI DAN TAK PERLU BELI LANGSUNG...


Rupanya ramai beli rumah dan mereka memang tak faham pun apa mereka buat, jadi ada kalanya mereka main terima je bulat bulat apa pendapat banker atau ejen mereka tanpa faham perbezaannya.

Apa tu MRTA / MRTT / MLTA / MRTT?

Bunyinya macam tak penting kan?
Secara umum, wajib faham insuran adalah perlindungan. Dan untuk kes ini, kita ambilnya adalah bertujuan untuk melindungi pelaburan kita.

Untuk pengetahuan semua, kita tak wajib ambil tetapi jika faham mengapa ia sangat penting, maka kita tiada pilihan dan baik ambil.

Jom baca dulu, apa jenis pilihan yang kita ada, samaada memilih MRTT atau MRTA atau MLTT atau MLTA & apa kebaikan dan keburukan.

Abam bukan pakar dalam bidang insuran ini tetapi untuk mudah dan jelaskan pemahaman sahabat abam semua, berikut adalah perbezaan antara 2 jenis pilihan biasa.

#1 - KONVENSIONAL DAN TAKAFUL
Beza A dan T yang hujungnya adalah;
"A" adalah Assurance perlindungan insuran konvensional
manakala "T" adalah Takaful bagi muslim anda digalakan mengambil insuran jenis ini, 

Bermaksud MRTA / MLTA adalah diberi jika anda membuat pinjaman bank secara konvensional. Manakala, MRTT / MLTT pula jika anda pilih pembiayaan islamik.

** Nota: jika mahu tahu lebih lanjut boleh berhubung dengan pakar pakar anda.

#2 - BEZA "R" DAN "L" DALAM MRTA MLTA
Secara umum memamg sangat berbeza, cara bayarannya berbeza juga cara hasilnya juga
"R" bermaksud Reducing
"L" bermaksud Level

Baiklah, jom kita mudahkan anda. Bermaksud, jika anda pilih MRTA / MRTT ia adalah dalam katergori pertama tadi dan jika memilih MLTA / MLTT ia dalam katergori kedua.

Baiklah. Nak lihat apakah perbezaan ke dua dua katergori ni tadi, jom hadam kasi faham supaya bila kita buat pilihan kita tidak silap.

MRTT atau MRTA
==============
- ini biasa bank offer sekali ngan pinjaman perumahan, boleh masuk dalam pinjaman kerana margin pinjaman sebenarnya adalah 90% + 5% dimana lebihan 5% itulah boleh dimanafaatkan utk kos legal, MRTA juga valuation
- bayar sekali sahaja atau boleh masuk dalam pinjaman anda,
- lebih murah dari segi nilai atau jumlah perlu bayar,
- jika kematian maka Rumah yang di pinjam tadi telah dibayarkan oleh MRTA dan ruma tadi telah terbayar dan menjadi percuma, bergantung tempoh yang di ambil, dibayar melalui insuran tersebut,
- tiada nilai "cash value" jika kematian, pelndungan tadi hanya membayar baki hutang si mati.

** Nota:
Perkara wajib tahu pastikan perlindungan MRTA tadi mengikut perancangan matlamat pembelian anda, katakan anda merancang untuk tinggal selamanya maka, ambil penuh 35 tahun atau mengikut jangka masa hutang.
*** Ini penting dikhuatiri ingat ada perlindungan tetapi rupanya tak cover, jadi semak MRTA MRTT anda.

MLTT atau MLTA
==============
- Ia lebih berbentuk hampir sama seperti insuran peribadi atau "Life" insuran tidak masuk dalam pinjaman, dilakukan secara berasingan,
- ia perlu bayar bulanan dan agak mahal,
- wujud risko "defaults" jika tidak menyelengara pembayaran bulanan dengan mengikut perjanjian dan berkemungkinan hilang perlindungan tadi,
- bayaran agak tinggi tetapi mempunyai kelebihan yang lain (cover hartanah + cash), ini bermaksud akan ada "cash value" dan meningkat setiap tahun,
- jika berlaku kematian, waris bakal miliki sejumlah wang dalam bentuk "Cash" bagi melangsaikan hutang rumah tersebut.

** Cuma sedikit kelemahan MLTT/MLTA ini adalah, ia bergantunglah pada waris nak bayar atau tidak untuk langsaikan hutang tersebut. Anda faham kan maksud abam?
- boleh dipindah kepada hartanah lain, bermaksud jika hartanah A yang awalnya dilindungi tadi sudah dijual. Dia boleh dipindah kepada hartanah B atau ke C. Ini adalah kerana ia tiada kena mengena dengan hartanah tersebut ia hanya insuran melindungi pemilik yang berhutang.

Kesimpulan
========
Kedua dua diatas, ada kebaikan dan kelemahan masing masing anda boleh pilih mengikut kemampuan anda untuk memilih mana terbaik untuk anda.

Jika tanya abam, abam saran pilih mana yang anda mampu, jangan tengok poket orang lain tengok poket sendiri. Jangan sibuk sangat konon nak dapat "high return" tapi akhirnya "defaults" tak bayar dan hilang perlindungan.

Akhir kata, mana mana pilihan tak salah, abam hanya pesan sahaja ye. Jika anda rasakan ilmu diatas penting, kongsikanlah ia juga jariah bagi anda yang berkongsi ilmu. Mungkin ramai yang tak tahu.
.
.
FB PAGE : Tips Mudah Beli Rumah
Rumah pertama saya di Telok Mas, Melaka.

Runsing?

Hubungi:
Perunding Kewangan
Hj Mohd Ezani
0163163292

Monday 23 April 2018

Living Wage unjuran BNM



Trying to make sense of the BNM 'Living Wage'

Ternyata sangat ramai yang berminat dengan 'living wage' yang diunjurkan oleh BNM baru-baru ni. Ada yang merasakan ianya terlalu tinggi, ada pula yang merasakan ianya terlalu rendah.

Kena faham yang 'living wage' tersebut hanyalah 'benchmark'. Tujuan sebenarnya adalah sebagai kayu ukur kepada majikan, supaya fikir-fikirkanlah kos sara hidup di KL ni di dalam memberi gaji kepada pekerja. Dan juga, ianya juga untuk orang ambil kira kos 'migration'. Kalau gaji kat Temerloh RM2,200, tapi dapat offer RM2,500 kat KL, baik tak payahlah. Difahamkan BNM pun akan mengeluarkan 'living wage' yang berbeza-beza mengikut negeri untuk perbandingan rakyat.

Nilai yang dicadangkan BNM BUKANLAH sekadar kos untuk 'hidup'. Tetapi bolehlah kata ianya kos untuk hidup dengan makna 'kehidupan' yang sebenar. Yang bukan sekadar hidup secara minima untuk hidup. Tetapi masih membolehkan kita untuk melancong, membeli smartphone dari semasa ke semasa, tinggal di rumah dan kenderaan yang agak selesa dan lain-lain.

Dengan kata mudah ianya benchmark untuk mempunyai kehidupan yang 'selesa' di KL. Of course 'selesa' tu pun subjektif. Dan ianya bukanlah bermaksud kita boleh spend sesuka hati tanpa kisah harga
BNM tidak memberikan pecahan kepada cadangan yang diberikan. Jadi aku sengaja buat 'table' di atas ni untuk sekadar memberi gambaran bahawa apa yang dicadangkan oleh BNM tu sebenarnya adalah 'make sense'.

Sedikit penjelasan teknikal:

1) Duit kepada ibu bapa tidak diletakkan sekali. Kenapa? Sebab ini adalah kos untuk 'living wage' yang berdasarkan setiap bilangan 'household'. Tapi aku tak tau gak BNM sebenarnya ambil kira ke tidak.

2) Tidak ada bil air dan bil elektrik, sebab biasanya kalau rumah sewa ianya dah dimasukkan sekali.

3) Single sewa bilik, couple without children sewa apartment 1 bilik, couple with 2 children sewa apartment 3 bilik.

4) Takaful / insurans itu dengan mengambil RM500k hibah death / TPD, dan RM200k critical illness. Nilai berbeza dengan kehendak peserta. Boleh dapat dengan perunding takaful.

5) Baki setiap bulan tu adalah selepas tolak kos-kos belanja keperluan setiap bulan.

6) Di bawah baki setiap bulan tu adalah kos-kos bukan keperluan / kos belanja yang digunakan dari semasa ke semasa. Termasuklah melancong, tukar phone setiap 2 tahun sekali dll.

7) Of course setiap orang berbeza-beza. Memang belanja sebenar boleh jauh lagi rendah daripada yang dinyatakan di dalam gambar. Tetapi sekadar ingin menunjukkan bahawa kalau meletakkan belanja pada paras yang sedikit tinggi pun, cadangan nilai 'living wage' oleh BNM masih memberi peluang kepada isi rumah untuk membuat simpanan.

8) Kalau perasan, jauh beza nilai simpanan tahunan kalaupun belanja bulanan hanya berbeza sebanyak RM100. Sebab itulah bagiku meminimakan belanja bulanan itu adalah sangat penting kepada kita. Fokus beli kereta murah, kurangkan beban hutang dll.

p/s: open for discussion. terutama part anak, sebab aku tak ada pengalaman peribadi lagi


Wednesday 13 December 2017

Kenapa perlu RM300,000 ?


Sedang mencari perlindungan takaful yang menjimatkan?

Cuba ini.
Income Protection Pelan + Hibah.
Caruman bulanan RM97.
untuk peserta umur 30, bergaji RM2,500.

Manfaat perlindungan adalah:
1. Kematian semula jadi : RM300,000
2. Kematian kemalangan : RM300,000
3. Lumpuh atau kecacatan : RM 300,000
4. Pampasan hibah kepada yang tersayang
5. perlindungan sehingga umur 88 tahun

Kenapa perlu RM300,000 ?

Cara kira income protection:
Gaji x 12 bulan x 10 tahun = Nilai pampasan

Fungsi income protection adalah untuk mengantikan pendapatan yang hilang akibat tidak mampu bekerja apabila berlaku kematian dan lumpuh.

Siapa yang wajib miliki Pelan income protection ini?
Pencari nafkah yang menyara keluarga, iaitu:
1. Pasangan suami/isteri yang bekerja.
2. Mempunyai anak-anak yang masih kecil.
3. Pasangannya tidak bekerja.

Hanya 3% sahaja peruntukan untuk melindungi pendapatan sekiranya ditimpa musibah.

Setiap individu mempunyai keperluan berbeza-beza berdasarkan kewangan, pekerjaan, tanggungan dan lain-lain.

Jesteru untuk memudahkan kami sedia pelan takaful yang sesuai secara percuma,

Mohon klik disini

Thursday 23 November 2017

Berusaha, pasti berjaya. Jika sudah usaha, tetapi tidak berjaya?

Saya terbaca sebaran poster kenyataan Dato Seri Mahdzir Khalid, Menteri Pendidikan Malaysia. Beliau berpesan supaya pada hari keputusan UPSR diumumkan, tidak perlu diadakan majlis khas meraikan pelajar cemerlang 6A sedang ratusan calon murid UPSR lain hanya memerhatikan dengan perasaan diri mereka tidak dihargai.

Betapa saya merasai pengalaman 'getir' itu sebelum ini. Bukan sebagai murid. Tetapi sebagai bapa.

Pada hari itu, subuh lagi isteri sudah berpesan,
"Abang, nanti jangan lupa datang sekolah. Zulfa ambil UPSR hari ni."

Saya hanya angguk dan senyum. Mana mungkin saya lupa.
Kali pertama dalam hidup anak sulung menerima keputusan peperiksaan besar.

Pagi itu, saya ke pejabat dulu. Rakan sepejabat pelik melihat saya masih berlegar-legar di meja.
"Encik Ammar tak pergi ambil result anak?"

"Relakslah. Bukannya keputusan keluar terus. Menteri umum dulu, baru result boleh ambil."
Terus menyambung kerja-kerja yang sedang menunggu.

Henfon berpusing di meja diiringi deringan lagu lembut.
"Abang, dah gerak dari ofis belum?"

"Belum. Baru nak gerak." Sambil menolak kerusi merapat ke meja.

"Result dah boleh tengok online. Tapi Ryn tak berani nak tengok. Kalau abang nak tengok, tengoklah. Tapi jangan beritahu Ryn."

Lif dari tingkat 7 turun ke B1 hari itu terasa sangat perlahan. Jantung berdegup lain dari biasa. Detak dan berombak seperti berlari.

Ya, saya gugup.

Zulfa sederhana saja di sekolah. Dari darjah 1 hingga 6, sering juga berpindah kelas. Pernah merasai kelas tertinggi semasa darjah 5, tetapi turun ke kelas kedua untuk menghadapi UPSR.

Tiada apa yang istimewa pada pencapaian. Jarang dia menerima anugerah akademik. Tetapi saya tidak boleh menyangkal seperkara. Dia anak rajin dan tak banyak soal. Diminta belajar, dia belajar. Diminta menolong kerja di rumah, dia menolong.

Walaupun akademik sederhana, tidak pernah saya rasa mahu memarahi Zulfa.

Dalam perjalanan balik dari sekolah selepas KAFA, dia akan tertidur kepenatan di dalam kereta.
Sampai saja di rumah, terus mandi dan menyelesaikan kerja-kerja sekolah tanpa disuruh.
Tiba maghrib, dia berhenti solat sendiri.
Selepas makan malam, sambung semula menyiapkan kerja sekolah.

Ada hari, apabila tiada kerja sekolah, dia menilik jadual belajar di dinding dan terus membuat latihan dalam buku aktiviti. Tanpa suruh.

Ada masa, dia minta saya mengajar apa yang sukar dia fahami. Tanpa sedar, kadang-kadang saya tertidur atas katilnya. "Abah, Zulfa nak tidur." Saya melihat jam dinding, pukul 12 malam.

Hari minggu, dia selalu memujuk rayu minta untuk belajar di rumah kawan. Jika tidak diizin, monyok sepanjang hari.

Bukan kami tak sokong, tetapi jarak rumah ke Putrajaya bukannya dekat. Rasanya, cukup setiap hari, abah mama berulang alik untuk kerja. Tidak betah rasanya hari minggu masih memandu jauh.

Tapi rajuknya sebentar. Sedang kami leka, dia sudah di dalam bilik, belajar sendiri.

Untuk anak yang begini, apa lagi mahu saya paksa.

Lalu, fahami saja jika saya gugup pagi itu.

Sebagai bapa, saya boleh menerima apa saja. Dengan usaha Zulfa, saya tidak menyesal apa-apa. Saya sudah melihat prosesnya. Hasilnya hanya bonus bagi saya.

Tetapi dia. Bagaimana dia?

Bukankah di mana-mana pun orang berkata, usaha tangga kejayaan. Mudah fahamnya, berusaha, pasti berjaya. Jika sudah usaha, tetapi tidak berjaya?

Saya tinggalkan soalan itu begitu saja. Kerana berjaya itu luas tafsirannya.

Lagipun, beberapa minggu sebelum itu, Zulfa pernah berbincang hati ke hati dengan saya. Dia sudah usaha, dia terima saja apa keputusannya. Ketika itu saya sudah lega. Harapnya apabila hari itu tiba, dia benar-benar kota apa dikata.

Ikon Google Chrome di henfon saya sentuh dan biarkan 'loading'. Alamat url yang disebut isteri saya taipkan satu persatu. 'Enter'. Paparan telah tersedia. Masukkan no. IC dan angka giliran, keputusan dipaparkan.

Lama saya duduk dalam kereta yang enjinnya telah dihidupkan. Sungguh saya tidak kecewa. Tidak. Saya sedang mencongak-congak bagaimana mahu berhadapan Zulfa. Apa yang saya lihat terpapar di skrin sudah saya redhakan. Sekarang ini, ayat apa mahu saya ucapkan nanti.

"Abang, guru besar belum balik dari pejabat PPD untuk ambil keputusan. Tapi Ryn dengar 'result online' dah keluar. Abang dah tengok?"

"Dah." Perlahan dan bergetar. Isteri, dari intonasi saja sudah terbaca di hati apa yang saya cuba sampaikan dari getar itu.

"Allah bang..." Itu saja yang terungkap dari mulut isteri selepas saya didesak untuk memberitahu keputusannya. Aneh juga wanita bergelar ibu. Satu masa dia berpesan seperti tak mahu peduli. Tidak lama dia pula mendesak untuk mengetahui.

Ketika itu, saya seperti baru memahami apa perasaan seorang doktor yang sudah tahu pesakitnya menghidap kanser tahap 4 dan didiagnos sukar untuk diubati lagi. Perasaan mahu mengkhabarkan berita itu, seperti pedih menoreh dada.

Dari jauh, saya mendengar pengumuman nama anak-anak bertuah yang memperoleh 5A. Menaiki tangga menuju dataran sekolah, terhidang di hadapan saya deretan anak-anak yang sedang duduk beratur menunggu nama masing-masing dipanggil.

Saya mencari kelibat Zulfa dan menangkap dia sedang bergelak ketawa mengusik rakan-rakan dalam barisan yang berada sedikit ke tengah.

Dia sedang enak ketawa dan hati saya pula sedang mendung. Dia masih belum tahu keputusan, sedangkan saya masih gagal menemui kata terbaik mahu diungkapkan.

Zulfa terpaling ke arah saya, melambai-lambai dan menunjukkan ibu jari tanda bagus. Itu keyakinan dia ketika itu.

"Ya Allah, teruji sungguh hati ini hari ini." Saya hanya mampu bersandar pada dinding.

Selepas menamatkan bercakap dengan ibu seorang pelajar, isteri datang merapati, "Bang, tengok Zulfa tu bang. Dia seronok lagi tu. Tak tahu apa. Kesiannya dia bang." Mata isteri mula berair.

Saya memerhati Zulfa dari jauh. Kepalanya terdongak-dongak menanti namanya dipanggil. Sesekali dia bertanya kawan hadapan, nama siapa yang disebut apabila tidak dapat mendengar dengan jelas. Kawan sekeliling yang tadi ramai, sudah mula bangun seorang demi seorang meninggalkan dia. Yang dapat 4A sudah. Yang dapat 3A sudah. Sedang diumum mereka yang 2A. Dia mula gelisah.

"Allah, Allah, Allah..." Itu saja mampu saya dalam hati. Kau takkan mampu untuk pandang wajah dia yang sedang menanti itu.

Kartun ini menyindir kita semua.

Zulfa memandang saya dari tempat duduknya. Kali ini, pandangannya tidak seceria dan bercahaya seperti awal tadi. Dia seperti sudah mengagak sesuatu. Jika kau pernah lihat wajah anak yang sedang bersalah, itulah wajah Zulfa ketika itu. Cuma kali ini, dia tidak salah, dia tidak berbuat apa dosa pun. Dan itu yang menyebabkan airmata seorang ayah hampir tumpah.

Sebaik saja slip peperiksaan bertukar tangan, barulah wajah putih tadi mula merah. Saya membiarkan saja dia memilih bahu siapa yang mahu dipinjam. Ternyata bahu yang diperlukan adalah ibu. Berlaku drama airmata yang kehilangan skrip. Tiada sebarang kata-kata, hanya pelukan penuh emosi hiba.

Saya berjaya mengawal 'ego' seorang lelaki pada pagi itu hanya untuk menanti akhirnya airmata itu tumpah pada waktu berdoa selepas solat maghrib berjemaah.

"Ya Allah, kami bersyukur dengan apa yang telah engkau rezekikan kepada kami ya Allah. Selepas segala usaha, jika ini yang kau berikan pada kami, penuhkan hati kami dengan rasa cukup ya Allah. Tidak ada kuasa yang mampu memberi bahagia melainkan engkau ya Allah.

Tanpa dirancang, saya berpaling ke belakang dan menitipkan doa khusus untuk Zulfa ketika itu.

Ya Allah, Zulfa sudah berusaha sebaiknya ya Allah. Dia sudah redha dengan hasil yang diperolehi ya Allah. Kau kuatkanlah hatinya ya Allah. Jangan kau padamkan api semangatnya yang mahu terus menimba ilmu-Mu ya Allah.

Sesungguhnya, kami sangat LEMAH ya Allah.... "

Sebut saja perkataan LEMAH, serentak itu juga, jatuh habis airmata yang dari pagi diempang. Saat itu, sebagai bapa, betapa saya sedar, sekalipun kau manusia boleh berusaha tanpa batas masa, menghimpun segala kepandaian manusia, merancang strategi 'pasti berjaya', apabila akhirnya Allah putuskan begitu, maka begitulah! Kau tidak akan berdaya. Kau selemah-lemah manusia.

Lama saya terhenti. Jelas ada esak tangis juga di belakang saya. Ya, ego manusia jatuh. Mana lagi mahu meminta pertolongan jika bukan dari-Nya. Saya serahkan sepenuhnya urusan untung nasib persekolahan anak saya seterusnya pada Allah. Ketika itu, baru terasa betapa nikmatnya hati yang bulat sepenuhnya, lillahi taala.

>>> 

Alhamdulillah... Selepas satu tahun, saya mula nampak mengapa Allah menyusun apa yang berlaku sedemikian rupa. Di sekolah menengah, Zulfa sangat berbeza dari dia yang saya kenal di sekolah rendah sebelum ini. Potensinya dicungkil dalam pelbagai bidang. Mendapat rakan-rakan sekolah yang bagus akhlak. Dia seperti tidak terkesan langsung dengan apa yang berlaku tahun sebelumnya. Saya lega.

Cukuplah sekali itu. Saya memang berharap keputusan peperiksaan tidak lagi diumumkan sedemikian rupa. Serahkan saja keputusan peperiksaan mengikut nama kepada anak murid dan biarkan mereka membaca sendiri keputusan mereka. Mana yang keputusannya cemerlang, sekolah boleh raikan dalam satu majlis khas buat mereka kemudian dari itu. Tidaklah murid lain yang menunggu terpinga-pinga.

Tidak mahu lagi ada bapa atau ibu lain yang merasai apa yang saya rasa.

Siapa rakan di KPM, sampaikan salam pada YB Menteri. Saranan beliau saya hargai.

Nukilan:
Ammar Kamilin

Tidak kuat melihat anak-anak berduka.


Wednesday 7 June 2017

RUMAH ATAS NAMA SUAMI - APA KESAN TERHADAP ISTERI


Apabila Suami Meninggal Dunia Rumah Akan Jadi Milik Siapa??

KEBIASAANNYA, apabila suami meninggal dunia, Rumah yang di atas nama suami perlu dibahagikan mengikut faraid si suami.
Jika suami sudah tiada ayah dan tiada anak lelaki , maka warisnya ialah isteri serta adik beradik si suami. (contohnya punya anak perempuan shj atau tiada anak)
Jika rumah berharga RM300,000 (harga mesti ikut harga pasaran)

Bagaimana pembahagian ini dibuat ? 
👍Jawapan :
1/4 milik isteri (jika tiada anak) @
1/8 (jika ada anak)

Selebihnya adalah milik adik beradik si suami.
🔴Jika kes dibawa ke Pejabat Pesaka Kecil, semua waris akan berbincang bagaimana nak agihkan rumah harta simati.
🔴Hal ini menyebabkan dua situasi ini akan berlaku.

PERTAMA

Jika mereka setuju untuk melepaskan hak kesemua 100% milik si isteri.... alhamdulillah proses akan menjadi mudah.

KEDUA
Jika waris lain pula menuntut hak, si isteri hendaklah berikannya dalam bentuk wang. Jika bahagian adik beradik nilai nya RM100,000 si isteri hendaklah membayar jumlah itu.

Tapi.... ada ke duit?? Kalau tak ada duit apa perlu buat? Situasi yang biasanya berlaku ialah rumah tersebut akan dijual dan duitnya akan diagih mengikut faraid.
Rumah yang dibina sekian lama dalam usaha bersama terpaksa dijual hanya kerana tiada WANG!
Kasihan isteri... Bagaimana nak elak perkara ini berlaku?

Ada 3 cara penyelesaiannya.


1. Buat HIBAH bersyarat.
Hibahkan siap2 (awal2) semua bahagian rumah kepada anak atau isteri. Dengan ini rumah itu sudah terkeluar dari harta pusaka. Mungkin memerlukan sedikit kos pengurusan untuk melakukan urusan2 rasmi sebegini. Rumah boleh dihibahkan walaupun belum habis bayar/ atas cagaran dengan syarat ada MRTA/MRTT/MLTT. 
Kelebihan hibah ini ialah 'ownership' rumah masih di atas pemberi. Oleh itu tiada risiko rumah dijual atau rumah disita jika anak penerima hibah bercadang untuk jual atau tiba2 jatuh bankrap.

2. BUAT HIBAH MUTLAK
Tukarkan nama atas geran kepada nama anak/ isteri di pejabat tanah. Namun ini boleh dibuat sekiranya rumah sudah habis dibayar.
Namun kelemahan Hibah mutlak ialah ia tidak boleh berpatah balik dan pemberi telah hilang ownership rumah tersebut.
Jika si anak tiba2 ingin menjual beliau ada hak untuk menjualnya jika si anak jatuh bankrap, rumah itu akan disita.
Cara hibah mutlak ini ialah dengan mengisi borang 14A di Pejabat Tanah.

3. AMBIL TAKAFUL yang jumlah pampasan meninggal sama dengan harga rumah.
Apabila anda meninggal dunia duit pampasan itulah digunakan untuk membayar hak2 waris2 lain. Contohnya seperti diatas iaitu RM100,000 utk bahagian adik beradik lain. Jadi gunakan wang tersebut untuk bayar kepada mereka dengan syarat kesemua mereka bersetuju.
Inilah kaedah yang paling efektif untuk mendapatkan nilai wang yang besar dalam masa yang singkat untuk menyelesaikan kes berkenaan. KATA ORANG BAIKLAH ADA DARIPADA TAK ADA LANGSUNG!

Daripada rumah terpaksa dijual dan anda mungkin perlu mencari rumah lain yang berharga jauh lebih tinggi.

-Tuan Fatihin Abshar-

Inginkan pelan takaful untuk rumah anda?
Hubungi 0163163292 (Hj Mohd Ezani) untuk perbincangan lanjut.

Friday 26 May 2017

JADUAL HARIAN MUKMIN DI BULAN RAMADHAN.

Terima kasih kepada mereka yang mencipta cadangan Jadual Ramadhan ini .



JADUAL HARIAN MUKMIN DI BULAN RAMADHAN.
4.00 PAGI
1. Bangun tidur dan baca doa.
2.
Berniat untuk melakukan sebanyak mungkin kebaikan pada hari ini.
3. Mandi dan membersihkan diri.
4. Mengambil wudhu' dan memakai pakaian yang suci dan wangian.

4.30 PAGI
1. Solat sunat Taubat (
التوبة) 2 rakaat.
-Angkatlah tangan memohon ampun kepada ALLAH. Menangislah menyesali dosa-dosa lalu.
2. Solat sunat Tahajjud 2/4… rakaat.
–Selepas sembahyang, angkatlah tangan berdoa kepada ALLAH.
3. Solat sunat Hajat 2 rakaat.
-Ketika sujud terakhir sertakan di dalam hati segala hajat ‘DUNIAWI & UKHRAWI.
4. Solat sunat Witir 3, 5, 7, 9 ATAU 11 rakaat.
5. Perbanyakkan berdoa kepada ALLAH dengan penuh rasa kehambaan, rendah diri, agar ALLAH ampunkan dosa-dosa kita dan menerima amalan kita.
6. Baca dan tadabburlah al- Quran.
7. Berzikir.

5.15 PAGI
1. Makan sahur
2. Bersiwak atau mengosok gigi dan membersihkan mulut.

5.30 PAGI
1. Bersiap menunggu waktu Subuh dengan membaca Al-Quran atau berselawat/berzikir.
2. Solat sunat Subuh, sembahyang Subuh berjemaah dan berwirid atau membaca ma’thurat.
3. Baca dan tadabburlah al-Quran.

10.00 PAGI
1. Sembahyang sunat Dhuha 2/4/6/8 rakaat.
2. Bersedekah harta/tenaga.
3. Baca dan tadabburlah al-Quran walaupun beberapa ayat sahaja.

12.45 tengahari
1. Bersiap untuk solat Zohor.
2. Menunggu waktu sembahyang dengan berselawat/berzikir
3. Solat Zohor berjemaah.
4. Laksanakan juga solat sunat Rawatib.
5. Baca dan tadabburlah al-Quran.

4.00 PETANG
1. Bersedia untuk solat Asar.
2. Laksanakan solat sunat Qabliyah.
3. Solat Asar berjemaah.
4. Berwirid atau membaca ma’thurat.
5. Baca dan tadabburlah al-Quran.

5.30 PETANG
1. Membeli barang-barang keperluan berbuka dan sahur tanpa berlebih-lebih serta tidak membazir dan boros.
2. Ingatlah walaupun Syaitan dirantai tetapi nafsu masih ada dalam diri kita!

6.30 PETANG
1. Siap sedia anak isteri untuk berbuka puasa.
2. Memperbanyakkan doa sebelum berbuka kerana di waktu itu adalah saat dimustajabkan doa.
3. Berbuka puasa dengan makanan yang manis seperti buah kurma dan jangan makan terlalu banyak.
Solat maghrib berjemaah.

8.00 MALAM
1. Solat Isya' berjemaah dan diteruskan dengan solat Tarawih
2. Bacalah Al-Quran dengan penuh tadabburتدبر , seeloknya baca dengan bertadaarus (seorang baca, yang lain menyemaknya), cuba khatam-kan Al-Quran.

11.00 MALAM
1. Memperbanyakkan istighfar sebelum tidur.
2. “Berniatlah untuk puasa esok hari .
3. Tidur awal agar dapat bangun awal untuk beribadah.
4. Bacalah doa tidur.
5. Ingatlah tidur adalah mati yang sementara, kemungkinan kita dipanggil ALLAH ketika tidur.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
 بِسْــــــــــــــــــــــمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم,

Ya Allah, dipenghujung bulan Sya'ban ini ku kirimkan do'a utk saudara-saudaraku, sahabat-sahabatku & orang-orang yg ku hormati serta orang-orang yg ku sayangi.
Beri mereka kesihatan, tawadhu' dalam Iman, keluarga yg bahagia, rezeki yg barokah, serta terimalah amal ibadah mereka dan pertemukanlah mereka dengan Ramadhan Kareem. Amiin..
Semoga semangat silaturrahim sesama kita akan berkekalan selamanya.
MARHABAN YA RAMADHAN KAREEM


Wednesday 3 May 2017

KISAH DISEBALIK KEKAYAAN KAUM CINA

*********************************************************
KISAH DISEBALIK KEKAYAAN KAUM CINA
*********************************************************
Uncle Lim: Selama awak bekerja di Takaful, berapa ramai orang melayu yg cakap tiada duit mahu ambil takaful?
Agent: Boleh tahan juga ramainya. Bila diajak menyertai Takaful, masing2 mengatakan tiada duit. Hendak digunakan membeli kelengkapan perayaan, kelengkapan sekolah, minggu hadapan sahaja lah… dan akhirnya cancel. 🤔
Uncle Lim: Orang Melayu sebenarnya baik, cerdik and they have a lot of money, but many of them, they so stupid! I don’t want to insult you, but that the truth.
Agent: "Terkejut & rasa nak marah pun ada". 😱😡
Uncle Lim: I’m sorry sebab I cakap mcm tu, but when you see lot of Chinese shop yg menjual handphone, casing handphone, benda2 bodoh mcm spongebob, dragonball that they put at their phone is useless.
Uncle Lim: But the buyer is Malayu also they were Muslim. I thought they have a lot of money instead bought that useless thing.
But when it come to saving for future, education they keep saying – just borrow. I thought that Islam thought you to settle your debt sebelum mati kan?
Agent: "Aku terdiam seketika." 😟😟

Uncle Lim: Dulu I pernah juga jadi insurans ejen, but not too long sebab after my father meninggal dunia, I jaga bisnesnya.

Tetapi yang bagusnya, apabila meninggal dunia, insurans diberikan pada kami sekeluarga RM500,000 for the coverage.
You ingat kita boleh buka bisnes kalau tiada duit? Duit coverage inilah buat modal utk buka bisnes dan juga utk byr hutang…
You kira bagus sebab melakukan perkerjaan ini, ada Ustaz tell me that doing Takaful also part of dakwah.
You do Takaful halal, Insurans haram.😌
Quote hari ni:
“Satu cina mati, satu jutawan lahir.
Satu melayu mati, satu tanah tergadai”
Kisah sebagai pengajaran.
Booth di Pasar Tani Mega Shah Alam

Pakej hantar client ke Hospital :-)

Booth di HKL sempena Hari Pink HKL


Tuesday 2 May 2017

Malaysian toddler to pay taxes

It’s been said that there are two certainties in life: death and taxes. That might be hard to explain to 3-year old Lara Alana, star of her own reality TV show Lara Oh Lara. Newspaper BH Ahad reports that although the youngster is under 18, it won’t exempt her from paying taxes this year.

The popular toddler has over 3 million Instagram followers and a robust YouTube channel. Her parents, TV host and actor Awal Ashaari and Scha Alyahya, have stated that they are working with a manager to ensure that their daughter complies with the law. Her mother added that, “Lara already has her own income tax file with the Inland Revenue Board and will start paying this year.”


Other child actors who will be forced to pay taxes this year include 10-year old Puteri Balqis, and 12-year old Mia Sara.
Well, it was fun while it lasted, kids.

The post Malaysian toddler to pay taxes appeared first on Coconuts.

SUMBER