Featured post

Jangan Lupa Tanggungjawab sebagai PEWARIS HARTA PUSAKA!

Thursday 28 January 2016

Psychologist Judge You Based On 2 Criteria

A Harvard psychologist says people judge you based on 2 criteria when they first meet you
People size you up in seconds, but what exactly are they evaluating?
Harvard Business School professor Amy Cuddy has been studying first impressions alongside fellow psychologists Susan Fiske and Peter Glick for more than 15 years, and has discovered patterns in these interactions.
In her new book, "Presence," Cuddy says people quickly answer two questions when they first meet you:
  • Can I trust this person?
  • Can I respect this person?
Psychologists refer to these dimensions as warmth and competencerespectively, and ideally you want to be perceived as having both.
Interestingly, Cuddy says that most people, especially in a professional context, believe that competence is the more important factor. After all, they want to prove that they are smart and talented enough to handle your business.
But in fact warmth, or trustworthiness, is the most important factor in how people evaluate you. "From an evolutionary perspective," Cuddy says, "it is more crucial to our survival to know whether a person deserves our trust." It makes sense when you consider that in cavemen days it was more important to figure out if your fellow man was going to kill you and steal all your possessions than if he was competent enough to build a good fire. 

While competence is highly valued, Cuddy says it is evaluated only after trust is established. And focusing too much on displaying your strength can backfire.
Cuddy says MBA interns are often so concerned about coming across as smart and competent that it can lead them to skip social events, not ask for help, and generally come off as unapproachable.
These overachievers are in for a rude awakening when they don't get the job offer because nobody got to know and trust them as people.
"If someone you're trying to influence doesn't trust you, you're not going to get very far; in fact, you might even elicit suspicion because you come across as manipulative," Cuddy says.
"A warm, trustworthy person who is also strong elicits admiration, but only after you've established trust does your strength become a gift rather than a threat." 



Wednesday 6 January 2016

Minuman 3 DLM 1: BERBAHAYA


Kawan2 yang suka minum Nescafe..nah ini dia Keburukan Nescafe 3 in 1.
.
Nescafe 3 in 1 merosakkan jantung dan buah pinggang.
.
Kawan saya (dah arwah)...
dari usia muda...
pagi nescafe...2 X..
petang nescafe...2X...
malam nescafe...2X...
.
depan mata saya...
bengun dari kerusi ...
kaki dia terus patah...tulang dia reput...
.
Zaman skarang ni, banyak penyakit datang dari pemakananan.
.
Beberapa hari lepas saya dikunjungi oleh seorang pelajar lelaki tahun akhir. Sudah beberapa bulan pelajar ini tidak bertemu dengan saya. Pelajar ini mengemukakan beberapa masalah kumpulannya untuk diselesaikan oleh saya sebagai seorang penasihat akademiknya. Alhamdulillah masalah dapat diselesaikan.
.
Selepas hajat terlaksana, pelajar ini yang saya namakan sebagai Ahmad menukar topik kepada topik kesihatan dirinya. Beliau mengadukan masalah dirinya. Beliau dapat merasakan kemerosotan tahap kesihatan dirinya. 
.
Berikut adalah antara tanda-tanda yang dapat dikenalpasati:

Kerap berdebar tidak menentu masa. Kadang-kadang waktu membaca tiba-tiba jantung / dada berdebar dengan laju.

1. Bila jantung berdebar ini berlaku, ia akan diikuti dengan dahi berpeluh
2. Beliau juga kerap merasakan kesakitan pada dadanya.
3. Sering mencungap dan kadang-kadang kala sewaktu sembahyang pun mencungap.
4. Semakin tidak tahan atau alah dengan panas terik matahari dan jikalau kena panas, badannya akan banyak berpeluh dan tidak selesa.
5. Jikalau tahun lepas, kekerapan simptom-simptom di atas agak jarang namun kebelakangan ini, kekerapan kejadian semakin kerap sehingga satu kali serangan dalam setiap 2/3 hari.
6. Tapak tangannya.semakin basah.

Berdasarkan simptom yang saya perolehi saya terus menyoal tabiat permakanannya.
Selepas mendapat data yang dikehendaki saya pun memberikan penjelasan 'Ahmad, engkau ni walau pun usia masih muda, jantung engkau sudah bermasalah.
.
Punca masalah engkau ini adalah kerana engkau kerap meminum Nescafe 3 in one.
.
Nescafe adalah tidak baik dan merosak buah pinggang manakala krimer yang terdapat di dalam campuran ini sangat merosak jantung.
Krimer ini bukan diperbuat dari susu tetapi adalah dibuat dari kelapa sawit (non dairy creamer)'
.
Selanjutnya saya menasihati Ahmad untuk melakukan perkara berikut untuk merawat jantungnya:

1. Elakkan dari meminum Nescafe yang merosak buah pinggang dan elakkan sama sekali apa jua jenis krimer yang dibuat dari selain susu (non dairy creamer)
2. Elakkan dari mengambil coffee mate kerana ia adalah non dairy creamer
3. Elakkan makan ais krim kerana mengandungi krimer yang tinggi
4. Elakkan susu pekat manis yang mengandungi krimer dari selain susu.
5. Elakkan memakan sebarang makanan yang mengandungi margarine
6. Elakkan memakan burger, nugget, kentang goreng, potato chip dan segala yang sewaktu dengannya
7. Elakkan mandi selepas makan
8. Amalkan :Ambil segenggam kacang hijau, rendam dalam air kira-kira 10 minit,selepas itu rebus asal masak dan bukan rebus sehingga pecah tanpa membubuh garam. Selepas itu buang air rebusan dan makanlah kacang hijau ini dan amalkan amalan ini setiap hari.
9. Boleh beli jintan hitam dan makan setiap hari atau pun belilah yang sudah siap diproses atas nama habbatussauda.
10. Amalkan makan sayuran pahit seperti kailan, peria, pegaga, daun ubi, pucuk betik, ulam-ulam dsbnya.
11. Kurangkan makan nasi lemak terutama sekali nasi lemak di kedai kerana mereka mencampurkan minyak masak kepada nasi lemak agar nasi lemak ini kelihatan cantik berderai dan tidak melekat.
.
Kepada yang mulai menghadapi masalah dengan jantungnya atau yang sudah lama bermasalah jantung, bolehlah mengamalkan amalan di atas. (Ada nuyun share ramuan untuk atasi masalah jantung, boleh rujuk post 23/12/15).
...
So, hope for best for those who still love Nescafe.

Nuyun lama dah tinggalkan Nescafe, lagipun Nestle tu kan antara syarikat Yahudi, Yahudi Zionis dah lama rancang untuk memusnahkan umat Islam. Tepuk dada, tanya perut.

Sekian. Wassalam.
والله أعلم.
... 
Sumber FB

Stroke: Apa Tindakan Kita?


Petanda Awal Stroke.
Apa Yang Perlu Kita Lakukan?

Pagi ini seorang sahabat saya telah mesej saya seperti di dalam gambar (rujuk gambar). Beliau bertanya perihal suaminya yang secara tiba2 mengalami gangguan penglihatan selama beberapa saat. Beliau mengalami stroke awal sebenarnya yang mungkin tidak dihiraukan oleh ramai jika terkena kerana ia hanya sekejap dan pulih selepas itu. Oleh itu saya terpanggil utk mengulas tentang penyakit ini, moga2 ia memberi sedikit pengetahuan, kesedaran dan ilmu kepada orang ramai agar lebih cakna ttg penyakit ini.

Stroke atau penyakit angin ahmar adalah merupakan suatu penyakit yang berbahaya. Ia boleh berlaku secara tiba2 terhadap sesiapa sahaja terutamanya terhadap golongan yang mempunyai masalah kesihatan seperti kencing manis, darah tinggi, sakit jantung, masalah degupan jantung tak menentu (atrial fibrillation) dan juga masalah kolestrol dalam darah.

Terdapat 2 jenis stroke iaitu sumbatan salur darah atau cerebral infarction dan pendarahan pada otak atau hemorrhagic stroke. Secara umumnya, kedua2 jenis stroke ini akan menyebabkan bekalan darah ke kawasan otak tertentu terputus dan ini akan menyebabkan kerosakan otak seandainya rawatan segera tidak diberikan.
Untuk membezakan dua jenis stroke ini secara pasti adalah melalui CT scan otak. Justeru itu CT scan adalah mandatori di dalam diagnosis setiap pesakit stroke supaya strategi rawatan yg betul dapat diberikan.

Lebih cepat rawatan diberikan lebih tinggi peluang pesakit mengurangkan komplikasi jangka panjang stroke serta lebih tinggi peluang mereka untuk pulih. Stroke adalah penyakit yang sensitif terhadap masa (time sensitive) dan oleh itu segeralah pergi ke hospital.

Namun, apakah tanda2 anda atau waris anda berkemungkinan sedang mengalami stroke? 

Jika anda berdepan dgn salah satu atau lebih dari tanda2 di bawah, anda mungkin sedang berhadapan dgn stroke.

1. Kebas atau lemah pada muka, lengan dan kaki terutamanya pada sebelah badan.
2. Kekeliruan secara tiba2 atau kepayahan memahami pertuturan orang lain.
3. Masalah untuk bercakap secara tiba2 atau pertuturan yang pelat tiba2.
4. Masalah penglihatan mata secara tiba2 (sebelah atau kedua2 mata) *seperti kes di dalam gambar*
5. Masalah berjalan, hilang imbangan badan dan hilang koordinasi secara tiba2.
6. Sakit kepala secara tiba2 disertai muntah2 secara tiba2.

Tanda2 di atas boleh berlaku secara tiba2 dan kekal atau mungkin juga boleh hilang setelah beberapa minit. Hilangnya tanda2 tersebut bukanlah bermakna anda telah pulih, tetapi ia lebih merupakan satu serangan stroke awal yg dikenali sebagai Transient Ischemic Stroke (TIA) sebelum serangan full blown berlaku pada bila2 masa. Inilah kes yang berlaku terhadap suami rakan saya yang saya sebutkan awal tadi. Ramai yg tidak ambil peduli tentang serangan awal ini dan akhirnya cuma sedar mereka mengalami stroke setelah serangan berskala bom atom menimpa mereka. 😅

Seandainya anda atau salah seorang waris anda mengalami salah satu dari gejala di atas, anda boleh melakukan ujian ringkas dan mudah ini untuk mendiagnosis awal stroke. 

Ujian ini dikenali sebagai FAST test.
F- Face (suruh pesakit senyum. Jika senyumannya senget atau terherot sebelah ia mungkin adalah stroke).
A- Arm (suruh pesakit mengangkat kedua2 tangannya. Adakah mereka mengalami kesukaran mengangkat sebelah tangan atau sebelah tangan lebih tinggi dari yang lain? Jika ya, mereka mungkin sedang mengalami stroke.
S- Speech (Pertuturan. Cuba bercakap dengan mereka dan minta mereka memberitahu alamat penuh rumah mereka misalannya. Seandainya mereka mempunyai masalah pertuturan yg kurang jelas atau pelat, mereka mungkin sedang stroke).
T- Time (masa- rekodkan masa bermulanya gejala2 ini untuk diberitahu kepada doktor secara tepat. Ini adalah kerana kaedah/strategi rawatan adalah berbeza bergantung kepada tempoh masa serangan stroke.

Jika anda memperoleh keputusan positif dari mana2 satu ujian FAST di atas, anda berkemungkinan sedang mengalami stroke. Segeralah telefon 999 untuk bantuan.

Apakah yang anda boleh lakukan sementara bantuan 999 tiba?

Ia bergantung jika pesakit masih sedar ataupun tidak. Jika pesakit masih sedar:
1. Tenangkan pesakit.
2. Dudukkan atau baringkan mereka sementara bantuan belum sampai.
3. Bawa rekod kesihatan mereka jika ada dan senarai ubat yg mereka makan sekali ke hospital.

Jika pesakit separa sedar atau tidak sedar:
1. Iringkan badan pesakit ke sebelah kiri.
2. Tinggikan kepala dan bahu mereka (kedudukan 45-60 darjah) untuk mengelakkan mereka tersedak jika muntah (aspiration)
3. Bawa ubat2an dan rekod perubatan mereka.
4. Periksa mereka secara kerap bagi memastikan mereka terus bernafas.

Jika ada perubahan pada keadaan pesakit seperti menjadi lebih teruk atau merosot, hubungi semula 999 dan kami akan membantu anda melakukan kaedah2 rawatan dari talian hingga pasukan ambulans tiba ke destinasi anda.

TOLONG JANGAN CUCUK JARI PESAKIT DAN ALIRKAN DARAH seperti mesej2 karut yang berkitaran di media sosial kononnya kaedah mengatasi stroke. Ia LANGSUNG TIDAK MEMBANTU!

Nota: Suami sahabat saya telah segera ke hospital dan kini sedang dirawat utk TIA.
Mohon sahabat2 doakan semoga Allah memberikan kesembuhan kepada beliau.

Sumber FB

Tuesday 5 January 2016

Buah Pinggang Terbeban


Penyakit kerosakan buah pinggang atau kidney failure sudah menjadi tidak asing lagi utk rakyat Msia. Dulu kita selalu dengar kencing manis, darah tinggi, kolesterol, lelah dan lain2 lagi. Tetapi sekarang ni penyakit kidney failure boleh dimasukkan dlm senarai ini. Malaysia merupakan negara TERTINGGI DIDUNIA yg mempunyai pesakit buah pinggang akibat kencing manis (Diabetic Nephropathy). 

Akibatnya berlumba2 lah syarikat2 pengeluar mesin dialysis dan segala barangan disposable dialysis yg berkaitan utk datang 'melabur' di Malaysia sbb pulangannya amat lumayan.

Rakyat Malaysia dianggap sebagai 'lubuk' utk pelaburan yg sangat menguntungkan ini.

Persoalan di sini.......
Kenapa org Malaysia, buah pinggang nya sangat terdedah @ 'vulnerable' utk dapat sakit buah pinggang ?

Saya telah berkecimpung dalam bidang dialysis ini sudah hampir 8 tahun. Selama 8 tahun saya mencari jawapan utk persoalan ini dan akhirnya saya rasa saya dah dpt jawapan utk soalan ini.

Jawapan nya ....... PEMAKANAN RAKYAT MALAYSIA.

Ya, pemakanan. kita terlalu bebankan kidney kita dengan makanan yg terlalu byk sumber 'animal protein'.

Setiap hari kita makan 3 kali sehari ....dan setiap menu makan kita MESTI ada AYAM, DAGING, TELUR DAN IKAN.

Akibat daripada tiga hidangan 'animal protein' setiap hari menyebabkan kidney kita akhirnya 'malas' nak kerja kerana bertahun2 dibebankan dengan kerja kuat dan akhirnya telinga ini terpaksa dengar dari doktor satu ayat yg sangat ditakuti oleh kita semua iaitu "buah pinggang Encik dah rosak dan kena buat rawatan cuci buah pinggang 3 kali seminggu selama 4 jam setiap kali SEPANJANG HAYAT".

Hancur remuk hati ini apabila dengar pernyataan mcm ini dari doktor dan tersenyum lebarlah syarikat2 pembuat mesin dan segala peralatan dialysis.

Pesakit kencing manis perlu buat 2 perkara utk elak jadi 'bahan pulangan utk pelaburan syarikat asing ini' iaitu
1. kawal kadar gula dalam darah mereka
2. kawal pengambilan protein haiwan.

Cakap memang senang tapi bagaimana caranya?

Secara ringkasnya :

Kawal paras gula dengan :
1. Sarapan dengan bubur talbinah (sejenis bubur barli)
2. Tukar beras putih kepada beras perang.
3. Tukar gula putih kepada 'coconut sugar'. 'Coconut sugar' DIJAMIN TIDAK AKAN TINGKAT PARAS GULA.

Kurangkan beban kidney dengan :
1. BERHENTI MAKAN AYAM, DAGING DAN IKAN (kalau boleh). Tukar sumber protein anda kepada protein sayuran. Anda dijamin tidak akan kekurangan protein dlm badan.
2. Jangan sesekali minum air sejuk pagi2 dengan perut kosong krn ini terbukti boleh merosakkan kidney.
3. Bekam atau cupping therapy atau Hijama dlm bahasa Arab (yg majoriti org anggap sbg kolot) di titik2 tertentu di badan boleh kurang paras CREATININE.

Wassalam.

Dr Hj Noorul Amin Hj Abd Rahman
Pengarah Urusan
Primum Medicare Centre
Pusat Dialysis Ibnu Sina

Sila SHARE post ini sekiranya ia bermanfaat. Mungkin anda tidak mengidap kencing manis atau sakit kidney, tapi dgn share msg ini mgkn ia akan sampai kpd teman anda yg ibubapa @ saudara tersayang mereka adalah pengidap penyakit tersebut.Sama2 kita selamatkan ratusan ribu rakyat Msia dari menjadi 'bahan pulangan pelaburan sykt asing'.

Sumber FB