Featured post

Jangan Lupa Tanggungjawab sebagai PEWARIS HARTA PUSAKA!

Saturday 29 August 2015

Dhuyuffurrahman #haji1436H : Kos Menunaikan Haji Meningkat

Harga terkini kos tunaikan Haji 2015 di Mekah pada tahun ini nampaknya telah mengalami kenaikan iaitu RM17,270 seorang daripada tahun lepas iaitu RM16,115.

Bagaimanapun pihak Tabung Haji telah mengekalkan harga sama seperti tahun-tahun lalu iaitu RM9,980 dengan menambahkan subsidi tanggungan kos haji.

Tabung Haji menaikkan subsidi tanggungan kos kepada RM7,290 seorang dari RM6,135 dengan kenaikan subsidi sebanyak RM1,155.

Doakan saya dan mama saya supaya dapat menjalani ibadah haji dengan sempurna dan dapat haji yang mabrur.

Hubungi saya untuk mendapatkan free consultation berkaitan Pelan Mabrur daripada eTiQa Takaful.

Bagaimanapun, tanggungan subsidi kali ini hanya diberikan kepada jemaah yang pertama kali menunaikan haji dan secara Muassasah sahaja.


Friday 28 August 2015

Dhuyuffurrahman #haji1436H : Duit Saudi Riyal habis.

Assalamualaikum.

Hari ni saya nak berkongsi pengalaman dalam urusan pertukaran wang asing ni. Seperti mana yang kita ketahui, bermula Jun 2015, nilai matawang Malaysia mengalami penurunan yang sangat drastik. Daripada RM3.50 bersamaan USD1, sehinggalah ke USD1 = RM4.20. Dan mungkin nilai ini akan meningkat. Kita tak tahu. Mohon Allah s.w.t meringankan ujian untuk rakyat Malaysia ni.

Saya bukan nak memanjangkan isu ini. Cuma, akibat daripada peningkatan nilai matawang Malaysia ni, serba sedikit menjejaskan persediaan mental & kewangan jemaah haji dari Malaysia. Jika dahulu, nilainya RM100 = SR100. Tapi tidak lagi sekarang. Sehingga 26.8.2015, nilai yang saya perolehi daripada survey adalah seperti gambar dibawah.

Nilai ini adalah yang paling rendah yang saya jumpa di kawasan Kuala Lumpur. Tapi malangnya, 3 kali pergi, money changer ni kehabisan matawang Saudi Riyal. Allahuakbar.  Mana nak cari lagi ni. Saya banyak bertanya dengan saudara2 & rakan2 yang bekerja di sekitar KL. Ada yang memberi cadangan di Bukit Bintang sebab ramai pelancong dari Timur Tengah, cadangan lain di sekitar U, yang mana ada ramai pelajar luar negara terutamanya dari negara Timur Tengah. Emm saya bertanya kepada sahabat yang memang anak jati KL & selalu bekerja outstation, Asraf. Dia kata di NU Sentral, bersebelahan KL Sentral. Tempat lain yang saya pergi - Jalan Masjid India. Di sini, yang saya kenalpasti, ada 4 kedai money changer.  Nilainya tidaklah berbeza sangat dengan di NU Sentral. Alhamdulillah saya dapat menukar duit RM di sini. Mencabar juga la.

Ada juga rakan yang memberitahu melalui whatsapp bahawa duit Malaysia ni tidak laku. Dalam hati kecil saya ni berbisik, Allah.. apakah ini sebahagian daripada ujian Mu?.


Ketika menghadiri kursus haji, penceramah dah bagitahu tentang cara nak uruskan kewangan ketika di Tanah Suci. Tidak perlu membawa cash yang banyak. Sekadar untuk pegang-pegang je la. Selebihnya adalah lebih baik bank-in duit RM ke akaun Tabung Haji dan buat pengeluaran di Tanah Suci melalui kaunter Tabung Haji. Tidak perlu membawa buku akaun, tetapi gunakan nametag yang telah diberikan sebagai urusan. Haaa senang dah. Tak perlu untuk bersusah payah membawa Saudi Riyal cash. Bahaya.

Doakan saya dan mama saya supaya dapat menjalani ibadah haji dengan sempurna dan dapat haji yang mabrur.

Hubungi saya untuk mendapatkan free consultation berkaitan Pelan Mabrur daripada eTiQa Takaful.

Wednesday 26 August 2015

Dhuyuffurrahman #haji1436H : Sakit tapak kaki kiri!!!

Saya sakit tapak kaki kiri!!!

Allahuakbar. Dugaan untuk menunaikan haji ni. Sakit tapak kaki ni mula saya rasa masa bulan puasa yang lepas. Saya ada juga bertanya kepada rakan saya. Dia ni seorang doktor. Ni screen shoot perbualan antara saya dan dia.



Lepas daripada tu, saya pun cuba sikit2 apa yang dia bagitau. Kejap je la. Lepas seminggu, saya scroll down wall FB, tetiba terperasan penyakit ni. Ni huraian daripada orang yang selalu deal dengan urat saraf.






PLANTAR FASCITIS

Plantar fasciitis adalah salah satu penyebab paling umum sakit tumit. Ini melibatkan rasa sakit dan inflamasi dari gabungan jaringan sel yang tebal bernama plantar fasia jaringan, berjalan di bagian bawah kaki, menghubungkan tulang tumit ke jari kaki.

Rasa ngeri di telapak kaki kadang memang mengganggu karana menyulitkan saat berjalan. Biasanya sakit di telapak kaki ini terasa saat bangun tidur atau setelah duduk terlalu lama. Mungkin ada yang menganggap bahwa ini masalah urat tetapi kebanyakan rasa ngeri di telapak kaki disebabkan oleh suatu kondisi radang pada jaringan lunak yang disebut Fasciitis Plantaris.

PENYEBAB

Pada waktu kita berjalan, semua berat badan kita bertumpu pada tumit yang kemudian tekanan ini akan disebarkan ke plantar fascia. Sehingga ligamen plantar fascia tertarik ketika kaki melangkah. Apabila kaki berada dalam posisi baik maka tegangan yang ada tidak menyebabkan masalah, tetapi apabila kaki berada pada posisi yang salah atau adanya tekanan yang berlebih maka plantar fascia akan tertarik secara berlebihan, menjadi tegang dan terasa sakit ringan yang akhirnya inflamasi (plantar fascitis). Tegang yang berulang juga dapat menyebabkan ngeri ringan dan inflamasi dalam ligamen.

FAKTOR RISIKO PLANTAR FASCIITIS

Cedera ini dapat terjadi pada semua usia terutama pada usia pertengahan dan usia lanjut. Pada usia-usia ini lebih beresiko untuk terjadinya Plantar Fascitis oleh karana faktor-faktor sebagai berikut :

1. Bentuk kaki flat foot atau high arch

2. Berat Badan (obesity)

3. Individu dengan pekerjaan lebih banyak berdiri atau berjalan

4. Kelemahan atau kekakuan otot terutama otot betis (gastrocnemius)

5. penggunaan selipar ,kasut yg tidak sesuai




Doakan saya dan mama saya supaya dapat menjalani ibadah haji dengan sempurna dan mendapat haji yang mabrur. 

Hubungi saya untuk mendapatkan free consultation berkaitan Pelan Mabrur daripada eTiQa Takaful. 

Monday 17 August 2015

Dhuyuffurahman #Haji1436H : Surat Permohonan Cuti Haji Malaysia

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana telah memberi peluang kepada saya & mama saya untuk menjadi Dhuyuffurahman (tetamu Allah) untuk tahun #haji1436H /2015 ni. Sebenarnya saya dah lama bercadang untuk menaip entri tentang saya dapat tawaran haji ni, tapi akibat kekangan masa, maka ni baru ada kesempatan masa untuk menaip & meluahkan sedikit perasaan apabila menjadi tetamu Allah ni. Tapi untuk sesi meluahkan perasaan ni, mungkin di entri lain la kot. Hari ni nak kongsi tentang surat permohonan cuti haji ni je.

Agak lama la juga saya meng'google'kan surat rasmi untuk mohon cuti haji ni. Yang ada cuma entri daripada seberang iaitu daripada negara Indonesia. Jika ada pun yang di Malaysia, hanyalah borang-borang untuk penjawat awam & universiti sahaja. Macam saya ni, bekerja dengan pihak syarikat yang tak berapa nak swasta ni, mana ada borang. Jadinya kenalah reka surat sendiri. Puas la menanya kat pakcik makcik yang pernah pergi haji. Mereka kata pihak syarikat (kerani syarikat) yang akan tolong buatkan surat. Cuma beri surat jadual perjalanan haji je. Alahaiii... Mudahnya. Tapi tak mengapa. Mungkin dengan surat ringkas yang saya reka ni, boleh membantu saudara untuk mendapat idea menaip surat. Tulis surat rasmi ye, jangan pula surat tidak rasmi..


Dah print, sign. Pastu saya pergi la start motor & pergi jumpa bos. Ketuk pintu bos, bos angkat muka & serahkan surat ni. Pelbagai soalan dilontarkan. Soalan yang saya terpinga adalah 'kenapa tak isi borang cuti je?' Saya jawab, 'orang admin & HQ suruh saya buat surat je. Takde la pula suruh isi borang.'. Dalam hati pada masa tu, orang admin & HQ ni, mcm mana ni. Bos kata lain, meraka kata lain. Apa-apa pun bos ambil surat ni tanpa berkata apa. Terima kasih bos.

Moga saya dapat la cuti ni. Maklum la. Kerja dengan orang tak sama seperti kerja sendiri. Moga entri ni membantu saudara semua untuk mendapatkan idea ketika menulis surat.

Doakan saya dan mama saya supaya dapat menjalani ibadah haji dengan sempurna dan mendapat haji yang mabrur. 

Hubungi saya untuk mendapatkan free consultation berkaitan Pelan Mabrur daripada eTiQa Takaful.