Featured post

Jangan Lupa Tanggungjawab sebagai PEWARIS HARTA PUSAKA!

Thursday, 5 February 2015

Mabrur.. 1 Perkongsian..

Salam Ikhlas Penuh Ukhuwwah.

💰 Maaf menggangu, saya sekadar nak berkongsi beberapa Fakta Menarik tentang Produk Mabrur daripada eTiQa Takaful.

💰 Mabrur menyediakan 2 bentuk Simpanan secara BERKALA & KONSISTEN iaitu di :
 + eTiQa Takaful
 + Lembaga Tabung Haji (T.H)

💰 Mabrur membantu Peserta membuat Pendaftaran Haji secara automatik melalui Lembaga Tabung Haji.

💰 Mabrur menyediakan JAMINAN SIMPANAN kepada pasangan Suami/Isteri, juga Anak-anak.

💰 Mabrur Menyediakan SIMPANAN yang TINGGI sebanyak 45-60% daripada Jumlah Caruman sehingga tempoh matang. Ini menjadikan jumlah simpanan adalah sebanyak 145-160%.

💰 Mabrur juga menyediakan MANFAAT ASAS seperti Tabung Khairat Kematian, Lumpuh Kekal (TPD).

💰 Mabrur juga menyediakan MANFAAT KHUSUS seperti

+ Elaun Haji RM1K
+ Elaun Umrah RM1K
+ Elaun Penjagaan Anak RM1K
+ Manfaat Badal Haji RM3K
+ Manfaat Ihsar RM1K
+ Manfaat Tabung Khairat Berganda.


Mohd Ezani
Perunding Kewangan Islam, eTiQa Takaful

016-3163292
mohdezanisaini@yahoo.com

Wednesday, 4 February 2015

Tips Mencari Medical Card

Tips Mencari Medical Card

Sekiranya anda sedang mencari medical card, pastikan anda mempertimbangkan 
perkara-perkara di bawah:

1. Kekerapan lawatan doktor

Sesetengah polisi perubatan hanya menghadkan lawatan doktor sekali sehari. 
Kebanyakan doktor akan membuat lawatan 2 kali sehari, terutama utk penyakit 
kritikal. Jika polisi anda hanya cover sekali lawatan doktor sehari, maka anda 
perlu menanggung sendiri kos selebihnya. Periksa polisi atau product disclosure. 
Akan ada tertulis. Tak semua agent akan cerita benda ni.

2. Co-insurance
Kalau boleh, cari yg tak perlu bayar co-insurance. Mungkin mahal sedikit tapi 
sekurang-kurangnya anda tak perlu keluar cash sendiri bila kena masuk hospital. 
Kalau mahal pun dlm RM20-30 sahaja iaitu bersamaan dgn 2 gelas frappe di 
starbucks atau sekali lunch di Ben's.

3. Claim senang ke tidak
Anda boleh riki-riki sendiri dgn orang hospital. Selalunya dorang akan tau. Kalau 
tanya agent semua kata cepat.

4. Agent
Saya selalunya tak suka agent yg cakap semua indah. Dalam syurga je semua 
indah. Cari agent yg vetul2 boleh educate anda. Apa pro dan kontra produk tu. 
Bagaimana kelebihan dan kelemahan produk tu boleh disesuaikan dgn keperluan 
anda.

5. Harga
Pastikan apa yg anda bayar tu berbaloi. It's not about how much you pay but 
what VALUE you get from it. Kdg2 bayar murah tapi rupanya feature kurang. 
Kalau bayar mahal pulak, pastikan dapat coverage yg menyeluruh.

6. First Party atau Third Party?
Ini SANGAT PENTING. 
First Party - syarikat pengendali insurans tu sendiri yang kendalikan medical card 
dia. 
Third party - syarikat pengendali insurans menggunakan syarikat lain untuk 
mengendalikan medical insurance. 

Macamana nak tahu? Tengok medical card anda... kalau ada logo selain daripada 
logo syarikat insurans anda, maka third party lah tu. Kenapa third party leceh? 
Sebab nanti jadi macam main ping pong. Ini pengalaman mak saya sendiri. Hari 
ini (7 Mac 2013). 4 jam baru setel admission.

7. Investment-Linked vs Traditional
Kalau ambil yang traditional, mungkin murah sedikit. Cuma bezanya, kalau ada 
masalah payment sangkut ke (ye lah mana tahu macam2 benda boleh jadi kan), 
maka medical card anda tak boleh guna sampai anda clear kan payment. Kalau 
investment-linked, anda boleh pakai medical card selagi polisi in-force. 

8. Baca Quotation dan Polisi
Sebelum turunkan tandatangan anda atas borang insurans, sila BACA 
QUOTATION LINE BY LINE. Dalam quotation tu ada product disclosure. Kalau 
kurang faham, minta tolong agent explain. Kalau mata agent tu sambil cerita 
sambil terkebil2 ke tak nak pandang anak mata anda ke, call syarikat insurans 
tu terus. 

Bila dah dapat polisi, baca polisi untuk betul2 fahamkan. Bank negara punya 
requirement lepas dapat polisi ada 15 hari cooling off period... di mana anda 
boleh cancel polisi tu kalau anda rasa tak sesuai dengan keperluan anda. Lepas 
15 hari dah tak boleh cancel. 

Malas baca? Patutnya agent terangkan satu persatu? Agent juga manusia biasa...
kadang-kadang dorang terlepas pandang. Jadi untuk kebaikan anda sendiri, elok 
lah anda baca Product Disclosure tu. Sekurang-kurang nya anda tahu hak anda, 
apa yang anda dapat dengan membayar polisi setiap bulan. :)

Ok kawan-kawan :) oh ya! Tahukah anda bahawa anda boleh mendapatkan 
pengecualian cukai sebanyak RM3000 setahun utk polisi perubatan sendiri dan 
anak2?

Sumber: Wahidayaakub

Tuesday, 3 February 2015

BERHATI HATI DIUSIA 40 TAHUN

BERHATI HATI DIUSIA 40TAHUN

Ramai tidak sedar dalam al-Quran ada menyentuh tentang usia ini. Tentu ada yang sangat penting, perlu diperhatikan dan diambil serius akan perkara ini. Allah swt. berfirman,

حَتَّى إَذَا بَلَغَ أَشُدَّهُ وَبَلَغَ أَرْبَعِيْنَ سَنَةً قَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِى أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِى أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِى فِى ذُرِّيَّتِى إِنِّى تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّى مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ

"Apabila dia telah dewasa dan usianya sampai empat puluh tahun, ia berdoa, “Ya Tuhanku, tunjukkanlah aku jalan untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang engkau redhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang muslim.” (al-Ahqaf: 15)

Usia 40 tahun disebut dengan jelas dalam ayat ini. Pada usia inilah manusia mencapai puncak kehidupannya baik dari segi fizikal, intelektual, emosi, mahupun spiritualnya. Benar-benar telah meninggalkan usia mudanya dan melangkah ke usia dewasa yang sebenar.

Doa yang terdapat dalam ayat tersebut dianjurkan untuk dibaca oleh mereka yang berusia 40 tahun dan ke atas. Di dalamnya terkandung penghuraian yang jelas bahawa mereka; telah menerima nikmat yang sempurna, kecenderungan untuk beramal yang positif, telah mempunyai keluarga yang harmoni, kecenderungan untuk bertaubat dan kembali kepada Allah

Pada ayat yang lain, firman Allah;

أَوَلَمْ نُعَمِّرْكُمْ مَا يَتَذَكَّرُ فِيْهِ مَنْ تَذَكَّرَ وَجَاءَكُمُ النَّذِيْرُ

Apakah Kami tidak memanjangkan umurmu dalam tempoh yang cukup untuk berfikir bagi orang-orang yang mahu berfikir, dan (apakah tidak) datang kepadamu pemberi peringatan? (al-Fathir: 37)

Menurut Ibnu Abbas, Hasan al-Bashri, al-Kalbi, Wahab bin Munabbih, dan Masruq, yang dimaksud dengan “umur panjang dalam tempoh yang cukup untuk berfikir” dalam ayat tersebut tidak lain adalah ketika berusia 40 tahun.

Menurut Ibn Kathir, ayat ini memberikan petunjuk bahawa manusia apabila menjelang usia 40 tahun hendaklah memperbaharui taubat dan kembali kepada Allah dengan bersungguh2.

Apabila itu berlaku menjelang usia 40 tahun, maka Allah memberikan janjiNya dalam ayat selepas itu: (maksudnya) Kematangan.

Usia 40 tahun adalah usia matang untuk kita bersungguh-sungguh dalam hidup. Mengumpulkan pengalaman, menajamkan hikmah dan kebijaksanaan, membuang kejahilan ketika usia muda, lebih berhati-hati, melihat sesuatu dengan hikmah dan penuh penelitian. Maka tidak hairan tokoh-tokoh pemimpin muncul secara matang pada usia ini. Bahkan Nabi s.a.w, seperti yang disebut oleh Ibn ‘Abbas:

“Dibangkitkan Rasulullah s.a.w pada usia 40 tahun” (riwayat al-Bukhari).
Nabi Muhammad saw. diutus menjadi nabi tepat pada usia 40 tahun. Begitu juga dengan nabi2 yang lain, kecuali Nabi Isa as. dan Nabi Yahya as.

Banyak negara menetapkan untuk menduduki jabatan2 elit seperti ketua negara, disyaratkan bakal calon harus telah berusia 40 tahun. Masyarakat sendiri mengakui prestasi seseorang mantap tatkala orang itu telah berusia 40 tahun. Soekarno menjadi presiden pada usia 44 tahun. Soeharto menjadi presiden pada umur 46 tahun. J.F. Kennedy 44 tahun. Bill Clinton 46 tahun. Paul Keating 47 tahun. Sementara Tony Blair 44 tahun.

Mengapa umur 40 tahun begitu penting.

Menurut Ibnu Qayyim Al-Jauziyah usia manusia diklasifikasikan menjadi 4 (empat) period, iaitu
1. Kanak-kanak ( sejak lahir hingga akil baligh )
2. Muda atau syabab ( sejak akil baligh hingga 40 tahun )
3. Dewasa ( 40 tahun hingga 60 tahun )
4. Tua atau syaikhukhah ( 60 tahun hingga mati )

Usia 40 tahun adalah usia ketika manusia benar-benar meninggalkan masa mudanya dan beralih kepada masa dewasa penuh. Kenyataan yang paling menarik pada usia 40 tahun ini adalah meningkatnya minat seseorang terhadap agama sedangkan semasa mudanya jauh sekali dengan agama. Seolah-olah macam satu fitrah di usia ini ramai yang mula menutup aurat dan mendekati kuliah-kuliah agama.

Salah satu keistimewaan usia 40 tahun tercermin dari sabda Rasulullah saw.,

لعَبْدُ الْمُسْلِمُ إِذَا بَلَغَ أَرْبَعِيْنَ سَنَةً خَفَّفَ اللهُ تَعَالَى حِسَابَهُ ، وَإِذَا بَلَغَ سِتِّيْنَ سَنَةً رَزَقَهُ اللهُ تَعَالَى الْإِنَابَةَ إِلَيْهِ ، وَإِذَا بَلَغَ سَبْعِيْنَ سَنَةً أَحَبَّهُ أَهْلُ السَّمَاءِ ، وَإِذَا بَلَغَ ثَمَانِيْنَ سَنَةً ثَبَّتَ اللهُ تَعَالَى حَسَنَاتِهِ وَمَحَا سَيِّئَاتِهِ ، وَإِذَا بَلَغَ تِسْعِيْنَ سَنَةً غَفَرَ اللهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ وَمَا تَأَخَّرَ وَشَفَّعَهُ اللهُ تَعَالَى فِى أَهْلِ بَيْتِهِ ، وَكَتَبَ فِى السَّمَاءِ أَسِيْرَ اللهِ فِى أَرْضِهِ – رواه الإمام أحمد

"Seorang hamba muslim bila usianya mencapai 40 tahun, Allah akan meringankan hisabnya (perhitungan amalnya). Jika usianya mencapai 60 tahun, Allah akan memberikan anugerah berupa kemampuan kembali (bertaubat) kepadaNya. Bila usianya mencapai 70 tahun, para penduduk langit (malaikat) akan mencintainya. Jika usianya mencapai 80 tahun, Allah akan menetapkan amal kebaikannya dan menghapus amal keburukannya. Dan bila usianya mencapai 90 puluh tahun, Allah akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan dosa-dosanya yang dahulu, Allah juga akan memberikan pertolongan kepada anggota keluarganya, serta Allah akan mencatatnya sebagai tawanan Allah di bumi. (riwayat Ahmad)

Hadis ini menyebut usia 40 tahun paling awal memiliki komitmen terhadap penghambaan kepada Allah swt. sekaligus konsisten terhadap Islam, maka Allah swt. akan meringankan hisabnya. Orang yang usianya mencapai 40 tahun mendapatkan keistimewaan berupa hisabnya diringankan. Tetapi umur 40 tahun merupakan saat harus berhati2 juga. Ibarat waktu, orang yang berumur 40 tahun mungkin sudah masuk senja. Abdullah bin Abbas ra. dalam suatu riwayat berkata, “Barangsiapa mencapai usia 40 tahun dan amal kebajikannya tidak mantap dan tidak dpt mengalahkan amal keburukannya, maka hendaklah ia bersiap-siap ke neraka.”

Imam asy-Syafi’i tatkala mencapai usia 40 tahun, beliau berjalan sambil memakai tongkat. Jika ditanya, jawab beliau, “Agar aku ingat bahwa aku adalah musafir. Demi Allah, aku melihat diriku sekarang ini seperti seekor burung yang dipenjara di dalam sangkar. Lalu burung itu lepas di udara, kecuali telapak kakinya saja yang masih tertambat dalam sangkar. Komitmenku sekarang seperti itu juga. Aku tidak memiliki sisa2 syahwat untuk menetap tinggal di dunia. Aku tidak berkenan sahabat-sahabatku memberiku sedikit pun sedekah dari dunia. Aku juga tidak berkenan mereka mengingatkanku sedikit pun tentang hiruk pikuk dunia, kecuali hal yang menurut syara’ lazim bagiku. Di antara aku dan dia ada Allah.”

Lantas, apa yang harus kita lakukan menginjak usia 40 tahun?
1. Meneguhkan tujuan hidup
2. Meningkatkan daya spiritual
3. Menjadikan uban sebagai peringatan
4. Memperbanyak bersyukur
5. Menjaga makan dan tidur
6. Menjaga istiqamah dalam ibadah.

Jika ada yang mengatakan bahawa: Life began at forty, saya cenderung berpendapat kehidupan yang dimaksudkan ialah kehidupan terarah kepada mendekatkan diri kepada penciptaNya dengan sebenar-benarnya. Tetapi satu perkara yang kita harus sentiasa sedar bahawa kematian memanggil kita bila-bila masa tanpa tanda, tanpa alamat dan tanpa mengira usia. Jika kita beranggapan harus menunggu usia 40 tahun untuk baru memulakan kehidupan yang dimaksudkan di atas, maka rugi dan sia-sia lah hidup kita jika umur kita tidak panjang.

Maksud sabda Nabi Muhammad S.A.W ," Orang yang bijak adalah orang yang selalu mengingati mati".

Ramai manusia tertipu dengan keindahan dunia dan isinya yang bersifat sementara. Sejak Nabi Adam as. sehingga kini, kesemuanya telah kembali kepada Allah swt. tidak kira kaya atau miskin, berpangkat atau tidak. Mengingati mati bukan bermakna kita akan gagal di dunia tetapi dengan mengingati mati kita akan menjadi insan yang berjaya di dunia dan di akhirat. janganlah menunggu sehingga esok untuk membuat persediaan menghadapi kematian, kerana mati boleh datang pada bila-bila masa..
Sumber FB

Catatan Orang Bersara

Di petik dari whatsapp balighu anni, Saudara Abdul Jamal Sabah : 

Catatan Orang Bersara.

Dahulu aku berangan2..
Andai aku menjadi seorang pegawai kerajaan…
Dan memang benar, akhirnya aku pun bekerja sebagai pegawai
Sehingga aku pun terobsesi untuk segera menikah.

Dahulu aku berangan2…
Kiranya aku dapat menikah..
Dan memang benar, aku pun menikah.
Akan tetapi hidup ini sangat sepi tanpa kehadiran anak-anak.

Akupun berangan2…
Kiranya aku dikurniakan anak
Dan memang benar, aku pun diberikan kurnia anak-anak.
Akan tetapi, tidak beberapa lama akhirnya aku bosan dengan dinding2 apartmenku sendiri.

Akupun kembali berangan2...
Andai aku memiliki rumah sendiri.
Terdapat halaman dan tamannya…
Dan memang benar, setelah berusaha keras aku pun memiliki rumah itu
Akan tetapi… anak anak ku pula sudah pun dewasa..

Akupun kembali berangan2..
Duhai kiranya aku dapat menikahkan mereka…
Dan memang benar, akhirnya merekapun telah menikah.
Tapi aku bosan dengan pekerjaanku dengan segala kesulitannya, semuanya terasa sangat memenatkanku.

Akupun kembali berangan2...
Andai aku segera pencen agar aku dapat beristirehat.
Memang benar, aku pun akhirnya bersara.
Akan tetapi aku kini tinggal seorang diri sama seperti baru lulus kuliah dahulu.

Akan tetapi ketika baru lulus kuliah dahulu, saat itu aku tengah menyongsong kehidupan, sementara saat ini aku sedang menyongsong akhir kehidupan.

Namun meskipun demikian, aku masih saja memiliki sebuah angan-angan…

Kini aku berangan2...
Untuk menghafal Al Qur’an.
Tapi… ingatanku telah mengkhianatiku (cepat lupa).

Aku juga berangan2..
Untuk berpuasa mendekatkan diri kepada Allah
Tapi kesihatanku tidak lagi membantuku.

Aku juga berangan2..
Untuk bangun solat malam
Tapi kakiku tak mampu lagi menahan beban tubuhku.

Sangat benarlah sabda Rasulullah..
“Pergunakanlah sebaik-baiknya 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara:
Masa mudamu sebelum datang masa tuamu
Masa sihatmu sebelum datang masa sakitmu
Masa kayamu sebelum datang masa miskinmu
Masa luangmu sebelum datang masa sibukmu
Masa hidupmu sebelum datang kematianmu!