Apa Yang Perlu Kita Lakukan?
Pagi ini seorang sahabat saya telah mesej saya seperti di dalam gambar (rujuk gambar). Beliau bertanya perihal suaminya yang secara tiba2 mengalami gangguan penglihatan selama beberapa saat. Beliau mengalami stroke awal sebenarnya yang mungkin tidak dihiraukan oleh ramai jika terkena kerana ia hanya sekejap dan pulih selepas itu. Oleh itu saya terpanggil utk mengulas tentang penyakit ini, moga2 ia memberi sedikit pengetahuan, kesedaran dan ilmu kepada orang ramai agar lebih cakna ttg penyakit ini.
Stroke atau penyakit angin ahmar adalah merupakan suatu penyakit yang berbahaya. Ia boleh berlaku secara tiba2 terhadap sesiapa sahaja terutamanya terhadap golongan yang mempunyai masalah kesihatan seperti kencing manis, darah tinggi, sakit jantung, masalah degupan jantung tak menentu (atrial fibrillation) dan juga masalah kolestrol dalam darah.
Terdapat 2 jenis stroke iaitu sumbatan salur darah atau cerebral infarction dan pendarahan pada otak atau hemorrhagic stroke. Secara umumnya, kedua2 jenis stroke ini akan menyebabkan bekalan darah ke kawasan otak tertentu terputus dan ini akan menyebabkan kerosakan otak seandainya rawatan segera tidak diberikan.
Untuk membezakan dua jenis stroke ini secara pasti adalah melalui CT scan otak. Justeru itu CT scan adalah mandatori di dalam diagnosis setiap pesakit stroke supaya strategi rawatan yg betul dapat diberikan.
Lebih cepat rawatan diberikan lebih tinggi peluang pesakit mengurangkan komplikasi jangka panjang stroke serta lebih tinggi peluang mereka untuk pulih. Stroke adalah penyakit yang sensitif terhadap masa (time sensitive) dan oleh itu segeralah pergi ke hospital.
Namun, apakah tanda2 anda atau waris anda berkemungkinan sedang mengalami stroke?
Jika anda berdepan dgn salah satu atau lebih dari tanda2 di bawah, anda mungkin sedang berhadapan dgn stroke.
1. Kebas atau lemah pada muka, lengan dan kaki terutamanya pada sebelah badan.
2. Kekeliruan secara tiba2 atau kepayahan memahami pertuturan orang lain.
3. Masalah untuk bercakap secara tiba2 atau pertuturan yang pelat tiba2.
4. Masalah penglihatan mata secara tiba2 (sebelah atau kedua2 mata) *seperti kes di dalam gambar*
5. Masalah berjalan, hilang imbangan badan dan hilang koordinasi secara tiba2.
6. Sakit kepala secara tiba2 disertai muntah2 secara tiba2.
Tanda2 di atas boleh berlaku secara tiba2 dan kekal atau mungkin juga boleh hilang setelah beberapa minit. Hilangnya tanda2 tersebut bukanlah bermakna anda telah pulih, tetapi ia lebih merupakan satu serangan stroke awal yg dikenali sebagai Transient Ischemic Stroke (TIA) sebelum serangan full blown berlaku pada bila2 masa. Inilah kes yang berlaku terhadap suami rakan saya yang saya sebutkan awal tadi. Ramai yg tidak ambil peduli tentang serangan awal ini dan akhirnya cuma sedar mereka mengalami stroke setelah serangan berskala bom atom menimpa mereka. 😅
Seandainya anda atau salah seorang waris anda mengalami salah satu dari gejala di atas, anda boleh melakukan ujian ringkas dan mudah ini untuk mendiagnosis awal stroke.
Ujian ini dikenali sebagai FAST test.
F- Face (suruh pesakit senyum. Jika senyumannya senget atau terherot sebelah ia mungkin adalah stroke).
A- Arm (suruh pesakit mengangkat kedua2 tangannya. Adakah mereka mengalami kesukaran mengangkat sebelah tangan atau sebelah tangan lebih tinggi dari yang lain? Jika ya, mereka mungkin sedang mengalami stroke.
S- Speech (Pertuturan. Cuba bercakap dengan mereka dan minta mereka memberitahu alamat penuh rumah mereka misalannya. Seandainya mereka mempunyai masalah pertuturan yg kurang jelas atau pelat, mereka mungkin sedang stroke).
T- Time (masa- rekodkan masa bermulanya gejala2 ini untuk diberitahu kepada doktor secara tepat. Ini adalah kerana kaedah/strategi rawatan adalah berbeza bergantung kepada tempoh masa serangan stroke.
Jika anda memperoleh keputusan positif dari mana2 satu ujian FAST di atas, anda berkemungkinan sedang mengalami stroke. Segeralah telefon 999 untuk bantuan.
Apakah yang anda boleh lakukan sementara bantuan 999 tiba?
Ia bergantung jika pesakit masih sedar ataupun tidak. Jika pesakit masih sedar:
1. Tenangkan pesakit.
2. Dudukkan atau baringkan mereka sementara bantuan belum sampai.
3. Bawa rekod kesihatan mereka jika ada dan senarai ubat yg mereka makan sekali ke hospital.
Jika pesakit separa sedar atau tidak sedar:
1. Iringkan badan pesakit ke sebelah kiri.
2. Tinggikan kepala dan bahu mereka (kedudukan 45-60 darjah) untuk mengelakkan mereka tersedak jika muntah (aspiration)
3. Bawa ubat2an dan rekod perubatan mereka.
4. Periksa mereka secara kerap bagi memastikan mereka terus bernafas.
Jika ada perubahan pada keadaan pesakit seperti menjadi lebih teruk atau merosot, hubungi semula 999 dan kami akan membantu anda melakukan kaedah2 rawatan dari talian hingga pasukan ambulans tiba ke destinasi anda.
TOLONG JANGAN CUCUK JARI PESAKIT DAN ALIRKAN DARAH seperti mesej2 karut yang berkitaran di media sosial kononnya kaedah mengatasi stroke. Ia LANGSUNG TIDAK MEMBANTU!
Nota: Suami sahabat saya telah segera ke hospital dan kini sedang dirawat utk TIA.
Mohon sahabat2 doakan semoga Allah memberikan kesembuhan kepada beliau.
Mohon sahabat2 doakan semoga Allah memberikan kesembuhan kepada beliau.
Sumber FB
No comments:
Post a Comment