Featured post

Jangan Lupa Tanggungjawab sebagai PEWARIS HARTA PUSAKA!

Monday, 20 April 2015

Apa Yg Perlu Ada Sebelom Umur 30? Fakta #5 Mesti Memeranjatkan Anda

Entri ini khas untuk yang makan gaji macam anda dan saya.
1. Hartanah Sendiri
Tak kisahlah apartment low cost, medium cost, rumah teres, semi-D, corner lot, bungalow.. Asalkan ada hartanah sendiri walaupun sebuah. Kenapa? Sebab beli sekarang lagi murah berbanding beli beberapa tahun lagi. Tak percaya, cuba sendiri.
2. Pekerjaan Yang Stabil
Pada umur ini, anda sepatutnya dah jumpa career path yang bersesuaian dalam industri pilihan anda. Kenapa? Kalau pada masa ni anda masih lompat kerja sana sini, dan lebih teruk lagi bertukar industri, maka anda belum mempunyai tapak yang kukuh dalam industri tersebut.
Umur lepas 30 dah kena cari laluan untuk masuk dalam management, paling tak pun senior executive.
Walaupun begitu, ini pandangan saya secara umum sahaja. Lain industri lain ceritanya.
3. Simpanan Enam Bulan Gaji
Tak kisahlah simpan di mana pun; takaful, ASB (bukan loan), Tabung Haji, saham, unit amanah, emas mahupun fixed deposit. Asalkan nilai simpanan cukup enam bulan gaji. KWSP tak dikira.
Kenapa? Cash is king. Kalau berlaku apa-apa kecemasan pada diri sendiri atau keluarga, duit inilah yang akan bantu di masa susah. Kalau tiba-tiba kena buang kerja, sekurang-kurangnya duit ni boleh digunakan untuk sara hidup sementara dapat kerja baru.
4. Simpanan Tetap Setiap Bulan
Sebelum 30 dimaafkan kalau tak boleh simpan duit secara tetap setiap bulan. Mungkin duit dah habis kat rumah dua tiga buah, mungkin dah habis pada keluarga dan sebagainya tapi bila nak masuk 30, dah kena ada amaun tetap daripada pendapatan bulanan yang disimpan.
Kenapa? Kalau anda masih gagal nak wujudkan simpanan tetap setiap bulan macam ni, bermakna ada yang silap dalam perancangan kewangan anda. Mungkin anda boros berbelanja, mungkin anda hidup di luar kemampuan atau mungkin terlalu banyak kebocoran dan benda tak perlu yang dibelanjakan setiap bulan.
5. Pelan Takaful Sendiri
Tak kisahlah takaful komprehensif atau tidak, asalkan anda mempunyai pelan takaful yang memberi manfaat perubatan (medical card). Kenapa? Semakin lambat ambil, semakin tak berbaloi pelan tu dengan apa yang dibayar.
Dan lebih penting, umur 30 dah mula ada yang sakit. Kalau dah sakit, memang susah dah nak bantu..
Money management bermula umur 30 kena betul dah. Tak boleh silap sebab biasanya masa ni majoriti dah berkeluarga. Bila silap bukan setakat diri sendiri susah, anak beranak pun kena sekali.
Perancangan kena mula dari sekarang, lepas graduate, masa start first job. Lagi lambat start, lagi susah nak berada di landasan yang betul.


No comments:

Post a Comment