Featured post

Jangan Lupa Tanggungjawab sebagai PEWARIS HARTA PUSAKA!

Saturday 5 September 2015

Pahala Senang, Ganjaran Syurga


Pahala Senang, Ganjaran Syurga
Diriwayatkan daripada Abu Umamah r.a., daripada Nabi Muhammad s.a.w., Baginda bersabda, “Sesiapa yang membaca ayat Kursi sesudah setiap kali solat fardu, tidak ada yang dapat menegahnya daripada memasuki syurga sehinggalah ia mati.” -- Riwayat an-Nasa'i

Pengajaran:

1. Pahala senang yang seterusnya ialah membaca ayat Kursi sesudah selesai solat fardu. Ini merupakan perkara yang lazim diamalkan di samping zikir-zikir lain sesudah solat.
2. Kadangkala kerana hambatan masa dan tugas, kita tidak dapat duduk di atas sejadah dengan tempoh masa yang lama. Ada kalanya sebaik sahaja selesai solat kita perlu beredar menyelesaikan tuntutan yang lain pula.
3. Meskipun sibuk, janganlah kita tinggalkan ayat Kursi sesudah solat. Misalnya, jika kita singgah bersolat di masjid, kita masih boleh membaca ayat Kursi sewaktu keluar dari masjid menuju ke kenderaan kita. Malah kita masih boleh membaca ayat Kursi sewaktu menaiki kenderaan kita. Jika kita bersolat di surau pejabat, kita boleh membaca ayat Kursi sewaktu menunggu lif untuk kembali ke meja kita. Semuanya boleh dilakukan secara sambil lalu sahaja tanpa sebarang kesulitan.
4. Selain ganjaran syurga, maklum mengetahui bahawa ayat Kursi juga merupakan pendinding kita dari sebarang perbuatan khianat dan hasad dengki makhluk. Membaca ayat Kursi boleh memelihara keselamatan kita siang dan malam.
5. Usaha yang sebegitu mudah tetapi dibalas dengan ganjaran yang terlalu besar, alangkah rugi jika kita masih mensia-siakan peluang keemasan yang terbentang luas di hadapan kita.

No comments:

Post a Comment