SHAH ALAM, 17 OKT: Selepas pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), kehidupan rakyat terus tertekan sekiranya Kerajaan Persekutuan bersetuju menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA).
Ahli Parlimen Bukit Gantang, Idris Ahmad, berkata ini berikutan TPPA mampu memberi kesan lebih buruk berbanding GST kerana menyebabkan harga barangan import seperti ubat-ubatan melonjak naik.
"GST rakyat terkena secara langsung, tetapi TPPA ini lebih bahaya lagi perindustrian negara kita terkesan dengan perjanjian terutama kalau ubatan apabila kita mesti guna dia punya paten yang ada pada negara pengeluar.
"Ini boleh menyebabkan harga ubat bukan saja naik 100 peratus tetapi boleh mencapai 1,000 peratus, jangan terkejut kalau ubat paracetamol sakit kepala yang boleh di beli harga sepapan RM3 hingga RM5, mungkin meningkat hingga RM40," kata Idris kepada Selangor Kini.
Perjanjian TPPA yang semakin hangat dibahaskan turut melibatkan hak harta intelek terhadap semua produk termasuk produk perubatan.
Sekiranya perkara ini dikuatkuasakan, syarikat pengeluar tempatan yang mengeluar ubat-ubatan menggunakan paten luar negara tidak lagi boleh mengeluarkan produk masing-masing.
Keadaan ini mendorong negara terpaksa mengimport produk terlibat daripada syarikat pemilik paten di luar negara sekaligus menaikkan harga pengguna dalam pasaran.
No comments:
Post a Comment