Featured post

Jangan Lupa Tanggungjawab sebagai PEWARIS HARTA PUSAKA!

Wednesday, 23 March 2016

Bantu Kawan Untuk Kelangsungan Hidup

Assalamualaikum.

Semalam ada seorang rakan sekolah saya, mengepos di dalam group whatsapp kelas kami untuk mencarikan peluang pekerjaan untuk diri beliau. Saya pun menawarkan beberapa peluang untuk dia kembali bekerja. Ni saya ada screenshoot perbualan kami untuk yang mencari peluang pekerjaan. 















Saya hanya dapat membantu dia dari segi peluang. Selebihnya, bergantung kepada dia. Pilihan di tangan dia. Saya pernah terbaca akan kata-kata Tun M., yang maksudnya begini, "Jangan berikan mereka ikan, tapi berilah mereka pancing".

Mohd Afiq Bin Salih, hanya ini yang saya dapat bantu.

Hj Mohd Ezani
Perunding Takaful

Tuesday, 15 March 2016

Group Meeting

Alhamdulillah. Hari ni sempat bertemu untuk sharing session. Tempat pertemuan pada kali ni di Akademi Etiqa, Jalan Melaka, Kuala Lumpur.

Sebelum sharing bermula, kita makan la dulu. Maaf gambar makan2 tiada sebab semua orang dah lapar. Makan nasi bungkus pun best juga. Dalam keadaan sedang makan pun, sempat lagi sharing tentang masalah dunia. Harga minyak mentah dunia la, pekerja ditamatkan kontrak la, kontrak pekerja tak disambung, company memotong budget yang mereka buat dan pelbagai lagi isu-isu dunia & dalam Malaysia khasnya.

Selesai makan, kami diberi kalender/planner sebelum perbincangan bermula. Hihi. Diberi amanah untuk tulis plan dalam setiap bulan. Perbincangan adalah berkaitan halatuju & strategi untuk bulan April 2016. Pelbagai aktiviti dirancang untuk kami berniaga dengan terus efficient. Mana boleh berjaya jika tiada perancangan awal sebelum melakukan aktiviti.

Alhamdulillah kata sepakat dicapai untuk aktiviti bulan 4. Moga aktiviti ini membuatkan kita semua lebih matang dalam semua perkara. Terima kasih semua kerana sudi hadir & sharing input-input yang bermanfaat.

Selamat maju jaya.


Friday, 11 March 2016

New member



Dah lama tak update di blog takaful ni. Maaf la sebab ada urusan lain yang perlu diselesaikan untuk kesenangan di hari kemudian.

Apa khabar kawan2 sekalian? Harapnya dalam keadaan sihat la ye. Maklumlah sekarang ni cuaca agak panas. Kurang hujan. Janganlah berlaku kebakaran yang menyebabkan jerebu. Perbanyakkan minum air masak & kurangkan pendedahan kulit secara terus ye.

Hari ni group kami (group Azizone) dapat seorang rakan niaga baru. Azril @ Nije. Masih study nak ambil exam TBE katanya. Apa2 pun semoga berjaya.

Minggu ni jika sesiapa yang ada berkelapangan untuk mendengar penerangan tentang pelan haji (pelan mabrur) boleh la contact saya untuk kita bertemu. Duduk sembang2 pun ok je dulu. Ni ada sedikit penerangan awal tentang pelan mabrur daripada eTiQa takaful.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

💰 Mabrur menyediakan 2 bentuk Simpanan secara BERKALA & KONSISTEN iaitu di :
 + eTiQa Takaful
 + Lembaga Tabung Haji (T.H)

💰 Mabrur membantu Peserta membuat Pendaftaran Haji secara automatik melalui Lembaga Tabung Haji.

💰 Mabrur menyediakan JAMINAN SIMPANAN kepada pasangan Suami/Isteri, juga Anak-anak.

💰 Mabrur Menyediakan SIMPANAN yang TINGGI sebanyak 45-60% daripada Jumlah Caruman sehingga tempoh matang. Ini menjadikan jumlah simpanan adalah sebanyak 145-160%.

💰 Mabrur juga menyediakan MANFAAT ASAS seperti Tabung Khairat Kematian, Lumpuh Kekal (TPD).

💰 Mabrur juga menyediakan MANFAAT KHUSUS seperti

+ Elaun Haji RM1K
+ Elaun Umrah RM1K
+ Elaun Penjagaan Anak RM1K
+ Manfaat Badal Haji RM3K
+ Manfaat Ihsar RM1K
+ Manfaat Tabung Khairat Berganda.


Mohd Ezani
Perunding Kewangan Islam, eTiQa Takaful

016-3163292
mohdezanisaini@yahoo.com