Alhamdulillah. Hari ni sempat bertemu untuk sharing session. Tempat pertemuan pada kali ni di Akademi Etiqa, Jalan Melaka, Kuala Lumpur.
Sebelum sharing bermula, kita makan la dulu. Maaf gambar makan2 tiada sebab semua orang dah lapar. Makan nasi bungkus pun best juga. Dalam keadaan sedang makan pun, sempat lagi sharing tentang masalah dunia. Harga minyak mentah dunia la, pekerja ditamatkan kontrak la, kontrak pekerja tak disambung, company memotong budget yang mereka buat dan pelbagai lagi isu-isu dunia & dalam Malaysia khasnya.
Selesai makan, kami diberi kalender/planner sebelum perbincangan bermula. Hihi. Diberi amanah untuk tulis plan dalam setiap bulan. Perbincangan adalah berkaitan halatuju & strategi untuk bulan April 2016. Pelbagai aktiviti dirancang untuk kami berniaga dengan terus efficient. Mana boleh berjaya jika tiada perancangan awal sebelum melakukan aktiviti.
Alhamdulillah kata sepakat dicapai untuk aktiviti bulan 4. Moga aktiviti ini membuatkan kita semua lebih matang dalam semua perkara. Terima kasih semua kerana sudi hadir & sharing input-input yang bermanfaat.
Selamat maju jaya.
No comments:
Post a Comment