BELI RUMAH KENA BELI INSURAN KE? TAHU MENGAPA WAJIB BELI DAN TAK PERLU BELI LANGSUNG...
Rupanya ramai beli rumah dan mereka memang tak faham pun apa mereka buat, jadi ada kalanya mereka main terima je bulat bulat apa pendapat banker atau ejen mereka tanpa faham perbezaannya.
Rupanya ramai beli rumah dan mereka memang tak faham pun apa mereka buat, jadi ada kalanya mereka main terima je bulat bulat apa pendapat banker atau ejen mereka tanpa faham perbezaannya.
Apa tu MRTA / MRTT / MLTA / MRTT?
Bunyinya macam tak penting kan?
Secara umum, wajib faham insuran adalah perlindungan. Dan untuk kes ini, kita ambilnya adalah bertujuan untuk melindungi pelaburan kita.
Untuk pengetahuan semua, kita tak wajib ambil tetapi jika faham mengapa ia sangat penting, maka kita tiada pilihan dan baik ambil.
Jom baca dulu, apa jenis pilihan yang kita ada, samaada memilih MRTT atau MRTA atau MLTT atau MLTA & apa kebaikan dan keburukan.
Abam bukan pakar dalam bidang insuran ini tetapi untuk mudah dan jelaskan pemahaman sahabat abam semua, berikut adalah perbezaan antara 2 jenis pilihan biasa.
#1 - KONVENSIONAL DAN TAKAFUL
Beza A dan T yang hujungnya adalah;
"A" adalah Assurance perlindungan insuran konvensional
manakala "T" adalah Takaful bagi muslim anda digalakan mengambil insuran jenis ini,
Bermaksud MRTA / MLTA adalah diberi jika anda membuat pinjaman bank secara konvensional. Manakala, MRTT / MLTT pula jika anda pilih pembiayaan islamik.
** Nota: jika mahu tahu lebih lanjut boleh berhubung dengan pakar pakar anda.
#2 - BEZA "R" DAN "L" DALAM MRTA MLTA
Secara umum memamg sangat berbeza, cara bayarannya berbeza juga cara hasilnya juga
"R" bermaksud Reducing
"L" bermaksud Level
"L" bermaksud Level
Baiklah, jom kita mudahkan anda. Bermaksud, jika anda pilih MRTA / MRTT ia adalah dalam katergori pertama tadi dan jika memilih MLTA / MLTT ia dalam katergori kedua.
Baiklah. Nak lihat apakah perbezaan ke dua dua katergori ni tadi, jom hadam kasi faham supaya bila kita buat pilihan kita tidak silap.
MRTT atau MRTA
==============
==============
- ini biasa bank offer sekali ngan pinjaman perumahan, boleh masuk dalam pinjaman kerana margin pinjaman sebenarnya adalah 90% + 5% dimana lebihan 5% itulah boleh dimanafaatkan utk kos legal, MRTA juga valuation
- bayar sekali sahaja atau boleh masuk dalam pinjaman anda,
- lebih murah dari segi nilai atau jumlah perlu bayar,
- jika kematian maka Rumah yang di pinjam tadi telah dibayarkan oleh MRTA dan ruma tadi telah terbayar dan menjadi percuma, bergantung tempoh yang di ambil, dibayar melalui insuran tersebut,
- tiada nilai "cash value" jika kematian, pelndungan tadi hanya membayar baki hutang si mati.
** Nota:
Perkara wajib tahu pastikan perlindungan MRTA tadi mengikut perancangan matlamat pembelian anda, katakan anda merancang untuk tinggal selamanya maka, ambil penuh 35 tahun atau mengikut jangka masa hutang.
Perkara wajib tahu pastikan perlindungan MRTA tadi mengikut perancangan matlamat pembelian anda, katakan anda merancang untuk tinggal selamanya maka, ambil penuh 35 tahun atau mengikut jangka masa hutang.
*** Ini penting dikhuatiri ingat ada perlindungan tetapi rupanya tak cover, jadi semak MRTA MRTT anda.
MLTT atau MLTA
==============
==============
- Ia lebih berbentuk hampir sama seperti insuran peribadi atau "Life" insuran tidak masuk dalam pinjaman, dilakukan secara berasingan,
- ia perlu bayar bulanan dan agak mahal,
- wujud risko "defaults" jika tidak menyelengara pembayaran bulanan dengan mengikut perjanjian dan berkemungkinan hilang perlindungan tadi,
- bayaran agak tinggi tetapi mempunyai kelebihan yang lain (cover hartanah + cash), ini bermaksud akan ada "cash value" dan meningkat setiap tahun,
- jika berlaku kematian, waris bakal miliki sejumlah wang dalam bentuk "Cash" bagi melangsaikan hutang rumah tersebut.
** Cuma sedikit kelemahan MLTT/MLTA ini adalah, ia bergantunglah pada waris nak bayar atau tidak untuk langsaikan hutang tersebut. Anda faham kan maksud abam?
- boleh dipindah kepada hartanah lain, bermaksud jika hartanah A yang awalnya dilindungi tadi sudah dijual. Dia boleh dipindah kepada hartanah B atau ke C. Ini adalah kerana ia tiada kena mengena dengan hartanah tersebut ia hanya insuran melindungi pemilik yang berhutang.
Kesimpulan
========
========
Kedua dua diatas, ada kebaikan dan kelemahan masing masing anda boleh pilih mengikut kemampuan anda untuk memilih mana terbaik untuk anda.
Jika tanya abam, abam saran pilih mana yang anda mampu, jangan tengok poket orang lain tengok poket sendiri. Jangan sibuk sangat konon nak dapat "high return" tapi akhirnya "defaults" tak bayar dan hilang perlindungan.
Akhir kata, mana mana pilihan tak salah, abam hanya pesan sahaja ye. Jika anda rasakan ilmu diatas penting, kongsikanlah ia juga jariah bagi anda yang berkongsi ilmu. Mungkin ramai yang tak tahu.
.
.
FB PAGE : Tips Mudah Beli Rumah
.
.
FB PAGE : Tips Mudah Beli Rumah
Rumah pertama saya di Telok Mas, Melaka. |
Runsing?
Hubungi:
Perunding Kewangan
Hj Mohd Ezani
0163163292
No comments:
Post a Comment