Featured post

Jangan Lupa Tanggungjawab sebagai PEWARIS HARTA PUSAKA!

Monday, 23 April 2018

Living Wage unjuran BNM



Trying to make sense of the BNM 'Living Wage'

Ternyata sangat ramai yang berminat dengan 'living wage' yang diunjurkan oleh BNM baru-baru ni. Ada yang merasakan ianya terlalu tinggi, ada pula yang merasakan ianya terlalu rendah.

Kena faham yang 'living wage' tersebut hanyalah 'benchmark'. Tujuan sebenarnya adalah sebagai kayu ukur kepada majikan, supaya fikir-fikirkanlah kos sara hidup di KL ni di dalam memberi gaji kepada pekerja. Dan juga, ianya juga untuk orang ambil kira kos 'migration'. Kalau gaji kat Temerloh RM2,200, tapi dapat offer RM2,500 kat KL, baik tak payahlah. Difahamkan BNM pun akan mengeluarkan 'living wage' yang berbeza-beza mengikut negeri untuk perbandingan rakyat.

Nilai yang dicadangkan BNM BUKANLAH sekadar kos untuk 'hidup'. Tetapi bolehlah kata ianya kos untuk hidup dengan makna 'kehidupan' yang sebenar. Yang bukan sekadar hidup secara minima untuk hidup. Tetapi masih membolehkan kita untuk melancong, membeli smartphone dari semasa ke semasa, tinggal di rumah dan kenderaan yang agak selesa dan lain-lain.

Dengan kata mudah ianya benchmark untuk mempunyai kehidupan yang 'selesa' di KL. Of course 'selesa' tu pun subjektif. Dan ianya bukanlah bermaksud kita boleh spend sesuka hati tanpa kisah harga
BNM tidak memberikan pecahan kepada cadangan yang diberikan. Jadi aku sengaja buat 'table' di atas ni untuk sekadar memberi gambaran bahawa apa yang dicadangkan oleh BNM tu sebenarnya adalah 'make sense'.

Sedikit penjelasan teknikal:

1) Duit kepada ibu bapa tidak diletakkan sekali. Kenapa? Sebab ini adalah kos untuk 'living wage' yang berdasarkan setiap bilangan 'household'. Tapi aku tak tau gak BNM sebenarnya ambil kira ke tidak.

2) Tidak ada bil air dan bil elektrik, sebab biasanya kalau rumah sewa ianya dah dimasukkan sekali.

3) Single sewa bilik, couple without children sewa apartment 1 bilik, couple with 2 children sewa apartment 3 bilik.

4) Takaful / insurans itu dengan mengambil RM500k hibah death / TPD, dan RM200k critical illness. Nilai berbeza dengan kehendak peserta. Boleh dapat dengan perunding takaful.

5) Baki setiap bulan tu adalah selepas tolak kos-kos belanja keperluan setiap bulan.

6) Di bawah baki setiap bulan tu adalah kos-kos bukan keperluan / kos belanja yang digunakan dari semasa ke semasa. Termasuklah melancong, tukar phone setiap 2 tahun sekali dll.

7) Of course setiap orang berbeza-beza. Memang belanja sebenar boleh jauh lagi rendah daripada yang dinyatakan di dalam gambar. Tetapi sekadar ingin menunjukkan bahawa kalau meletakkan belanja pada paras yang sedikit tinggi pun, cadangan nilai 'living wage' oleh BNM masih memberi peluang kepada isi rumah untuk membuat simpanan.

8) Kalau perasan, jauh beza nilai simpanan tahunan kalaupun belanja bulanan hanya berbeza sebanyak RM100. Sebab itulah bagiku meminimakan belanja bulanan itu adalah sangat penting kepada kita. Fokus beli kereta murah, kurangkan beban hutang dll.

p/s: open for discussion. terutama part anak, sebab aku tak ada pengalaman peribadi lagi


No comments:

Post a Comment