Featured post

Jangan Lupa Tanggungjawab sebagai PEWARIS HARTA PUSAKA!

Monday, 17 November 2014

Risiko Peribadi

Risiko Peribadi

Ada 4 Jenis Risiko Peribadi yang perlu anda semua tahu :

1. RISIKO MATI AWAL
Kematian ketua keluarga atau pencari nafkah boleh menyebabkan keluarga yang ditinggalkan menghadapi masalah kewangan.


2. RISIKO SIMPANAN TIDAK MENCUKUPI KETIKA PERSARAAN
Para pesara akan menghadapi kemungkinan kehilangan atau ketiadaan punca pendapatan ketika bersara sekiranya mereka tidak menpunyai aset cair yang mencukupi atau tiada sumber pendapatan lain ketika bersara. Risiko yang perlu ditanggung ialah taraf dan gaya hidup yang lebih rendah.


3. RISIKO KESIHATAN YANG SEMAKIN BURUK
Kemungkinan seseorang itu perlu menanggung kos perubatan yang amat tinggi. Kesihatan yang kurang baik boleh menjejaskan pekerjaan sekali gus boleh menyebabkan anda kemungkinan akan kehilangan pekerjaan atau sumber pendapatan.


4. RISIKO KEHILANGAN PENDAPATAN
Ia merupakan satu ancaman kewangan yang terbesar di zaman sekarang. Kehilangan pendapatan akan menjadikan seseorang itu hilang punca, kecewa, tekanan, murung dan sebagainya. 


Kita harus bersedia dengan risiko yang kita tidak tahu atau tidak pasti bila akan menimpa kita di masa hadapan. Tanpa persediaan kewangan yang betul atau perlindungan diri, kita kemungkinan akan menghadapi tekanan besar ke atas risiko peribadi seperti di atas tambahan perubahan dan perkembangan ekonomi yang semakin pesat. 

No comments:

Post a Comment