Ketinggian paras air banjir di sebuah rumah di Gua Musang. Rumah ini berada di atas bukit. Allahurobbi.. |
3 analogi menarik drpd intipati khutbah Jumaat Masjid Bt.Jong, K Krai:-
1.Banjir kerap blaku di Kelantan, sesiapa yg membuat persediaan dgn meninggikan rumah, menyediakn sampan, meninggalkan rumah lebih awal, menyediakn bekalan mknan mckupi dll, maka dia akn selamat drpd keperitan bencana bnjir. Demikianlah kematian dan hri pembalasan akhirat pasti tiba, sesiapa yg bersiap sedia utknya, maka dia akan selamat drpd diazab.
2.Bila bnjir berlaku, kampung bergelap gelita tanpa bekalan elektrik, tanpa cahaya, penuh kegelapan dan ketakutan, cahaya lilin sangat diperlukn. Demikianlah kegelapan di dalam kubur, hanya cahaya amal kebajikan yg diharapkan.
3.Banjir menyebabkan kesesakan lalu lintas, hanya yg berfaraf VIP Dunia mndpt bantuan kenderaan iringan bersiren utk melepasi kesesakan. Demikianlah kesesakan di atas titian sirat di akhirat, hanya yg bertaraf VIP Akhirat dpt memecut sepantas kilat.
Salam Zohor geng!!!
2 Jan 2015 - Pakcik menelefon saya, mengajak menyertai kumpulan Misi Bantuan Banjir di Kelantan. Pada mulanya saya macam berat hati nak pergi, tapi bila saya sudah berbincang bersama keluarga, saya menyatakan yang saya turut serta dalam misi ini.
Jam 9 malam, saya mula bergerak dari rumah ke tempat berkumpul. Tempat berkumpul yang dimaksudkan adalah di Agensi Aiman, Jalan Kebun, Shah Alam. Dengan berbekalkan RM100, saya pun sampai ke tepat berkumpul. Sebaik je saya sampai, semua barang keperluan telah dimuatkan di dalam 4X4. Sebanyak 5 buah 4X4 & dianggotai seramai 15 orang untuk misi kecil kami ini. Setelah semuanya diperiksa, kami memulakan perjalanan dengan bacaan doa oleh Ust. Kamal, pada jam 11 malam.
3 Jan 2015 - Pada jam lebih kurang 1.30 pagi, kami berhenti rehat di Hentian Bentong. Rehat-rehat, membeli makanan ringan untuk teman mengunyah ketika memandu nanti.
Konvoi berehat sebentar di Hentian Bentong. Minum kopi dulu!!! |
Gambar kenangan bersama kawan pakcik, pakcik & saya. |
Kami meneruskan perjalanan kami pada jam 2.30 pagi. Pada masa ini, giliran saya pula memandu. Apabila memandu ni, kena ada teman. So ada la brother ni teman saya berbual. Dia cerita la yang dia ni berasal dari Kg Jalan Kebun tu juga. Cerita punya cerita, sampai la kat satu kedai makan ni. Kami berhenti disitu & menjamah sedikit makanan untuk mengalas perut. Kemudian, kami meneruskan perjalanan kami ke Gua Musang. Co-pilot saya dah berubah. Seorang brother yang berasal daripada Kuching, Sarawak. Berborak-borak sehingga sampai terjumpa satu surau dalam perjalanan kami. Kami berhenti untuk solat Subuh disitu & bersarapan di kedai minum berhampiran. Maaf saya tidak dapat nak mengambil gambar kerana kamera tidak canggih. Selesai semua urusan, jam 715 pagi, kami meneruskan perjalanan kami. Kali ni, saya passing the key to pakcik saya sebab saya dah tak larat nak pandu. Saya pun apa lagi, tidur la di tempat duduk belakang.
Sekitar jam 8.30 pagi, kami tiba ke destinasi kami. Disebuah kampung terpencil sebelum sampai ke pekan Gua Musang. Gambar-gambar dibawah menunjukkan perjalanan cerita kami ketika berada dalam misi ini. Untuk pengetahuan, bekalan elektrik, air dan komunikasi terputus sepenuhnya.
Gua Musang - Penduduk kampung sedang membasuh pakaian di tebing sungai. Walaupun air sungai ini keruh, tapi mereka tetap juga membasuh pakaian mereka. |
Gua Musang - Perbincangan ringkas sebelum melakukan aktiviti. |
Gua Musang - Peserta mengambil bahagian dalam melakukan gotong-royong membina tapak khemah. |
Gua Musang - Peserta mengambil bahagian dalam melakukan gotong-royong membina tapak khemah. |
Gua Musang - Antara keadaan rumah penduduk yang musnah dibawa arus air sungai yang deras. |
Gua Musang - Antara keadaan rumah penduduk yang musnah dibawa arus air sungai yang deras |
Gua Musang - Ketua rombongan, Ust. Kamal mengagihkan pakaian untuk penduduk setempat. Katanya dia terpaksa memilih satu per satu bagi mengelakkan baju yang diamanahkan itu, tidak terbuang. |
Gua Musang - Santapan tenghari. Alhamdulillah. |
Pada jam 3 petang, setelah selesai melaksanakan tanggungjawab kecil ini, kami meneruskan perjalanan ke kampung lain pula. Konvoi ini diketuai oleh Ust Kamal & dia yang akan memilih kampung yang dia ingin masuk membantu. Apabila ada ternampak satu sempang yang jalan masuknya musnah, ketua konvoi terus memasuki kampung tersebut. Kampung tersebut adalah penempatan kamun Cina & India.
Gua Musang - Tempat lain di tepi sungai. Perkampungan keluarga Cina & India. |
Gua Musang - Tempat lain di tepi sungai. Perkampungan keluarga Cina & India. |
Gua Musang - Tempat lain di tepi sungai. Perkampungan keluarga Cina & India. Hanya ini sahaja yang ada untuk mereka meneruskan kehidupan. |
Selesai di kampung ini, kami bergerak ke pekan Gua Musang. Kami mencari tempat untuk membersihkan diri, solat & berehat sebentar.
Gua Musang (pekan) - Deretan 4X4 melalui tepi bukit di pekan Gua Musang. |
Gua Musang (pekan) - Pengagihan makanan ringan oleh pihak tentera kepada kanak-kanak. |
Gua Musang (pekan) - Solat di masjid Gua Musang. |
Pada jam 530 petang, ketua konvoi ada berjumpa & bertanyakan kepada penduduk tempatan tempat yang teruk terkena arus banjir ini. Yang saya diberitahu, destinasi berikutnya adalah di Kampung Sam (perbetulkan jika nama kampung ini salah). Dalam perjalanan itu, kami singgah makan di sebuah kedai makan mi celup. Emm boleh tahan rasanya. Pada jam 645 ptg, kami meneruskan perjalanan ke tempat yang diberitahu tadi.
Faham-faham sahajalah jika dah pandu 4X4 ni. Mana nak pandu perlahan. Semuanya laju. Ketua konvoi telah kehadapan dan kami (4 buah 4X4) tertinggal dibelakang. Akhirnya kami mengambil keputusan untuk berhenti sebentar di sebuah masjid. Selesai solat Jama' Maghrib & Isya', kami berbincang sekali lagi. Otai-otai ni, bincang kejap je. Tapi pakcik aku ni, menambah-nambah la pulak dalam perbincangan ni. Ketika sedang berbincang, datanglah sekumpulan sukarelawan dari Sg. Buluh, Selangor yang diketuai oleh doktor. Maaf, nama saya tidak ingat. Beliau menceritakan yang 2 buah lori yang mereka sewa untuk membawa amanah orang ramai itu, hilang tidak dapat dihubungi. Aduhai.. kesian konvoi mereka ni. Doktor menceritakan bahawa ada satu pasukan konvoi Unit Amal telah masuk ke Kampung Sam tu. Dan beliau mencadangkan agar barang yang kami bawa itu, diserahkan ke tempat lain. Pakcik saya bersetuju dengan cadangan doktor tersebut. Konvoi kami menyertai konvoi dari Sg. Buluh ini.
Dari Gua Musang melalui Manik Urai, Kuala Krai. Ya Allah.. Dasyatnya kejadian banjir ni. Sepanjang perjalanan ini, saya melihat, banyak kampung-kampung yang berada di tepi jalan hanya bertemankan lampu lilin sahaja. Rasanya bantuan banyak diberikan kepada penduduk di tepi jalan sebab banyak longgakkan pakaian yang tinggi. Mungkin (pada pendapat saya), orang ramai dari pelusuk Malaysia hanya memberi pada satu tempat dan berharap mereka (penduduk setempat) mengagihkan sumbangan itu. Ye la, dalam media massa, banyak diperkatakan tempat yang teruk di Manik Urai, Kuala Krai. Mungkin sebab itu, mereka banyak menumpukan dikawasan tersebut.
Konvoi kami tiba di Petronas, berhampiran sempang ke sempadan Machang/Tanah Merah. Setelah berehat selama 30 minit dengan mengisi bahan bakar di kenderaan masing-masing, kami meneruskan perjalanan. Pada ketika ini, jam sudah menunjukkan jam 11.30 malam. Kami tiba di kampung yang diberitahu tadi pada jam 1.00 pagi (4 Jan 2015).
Perjalanan ke sempadan Machang/Tanah Merah. |
Sempadan Machang/Tanah Merah - Penyerahan barang keperluan seperti khemah, pakaian, beras kepada wakil penduduk. |
4 Jan 2015 - Setelah selesai unload semua barang amanah ini, kami berangkat pulang. Sebelum pulang, doktor mengajak konvoi kami untuk menjamah sedikit makanan di kedai makan berhampiran. Kami berehat hampir 2 jam di kedai itu. Terima kasih konvoi Sg Buluh kerana membantu kami menjayakan misi ini.
Setelah itu, kami meneruskan perjalanan pulang ke Shah Alam. Emm rasanya konvoi ni x sempat nak sampai ke Shah Alam sebab kami bermalam di sebuah masjid sekitar Machang. Hihihi.. Tidur sampai la bilal mengazankan azan subuh. Kami bangun dan solat subuh. Kemudian kami bergerak pulang ke Shah Alam. Sebelum tu, kami singgah bersarapan pagi di warung yang comel sangat.
Konvoi untuk pulang ke Shah Alam ni diketuai oleh pakcik saya. Katanya, jika kita pulang melalui jalan yang sama, JEM sebab ramai orang akan menggunakan jalan yang sama. Dia mencadangkan agar laluan konvoi itu melalui Besut & terus masuk lebuhraya LPT. Banyak kali juga singgah sepanjang perjalanan tu. Kami tiba di hentian Gombak pada jam 8 malam. Kami makan & solat kemudian terus pualg ke Shah Alam. Konvoi kami tiba di Shah Alam jam 11.30 malam. Setelah memindahkan barang saya ke dalam kereta, saya terus pulang ke rumah & sampai di rumah pada jam 1.30 pagi (5 Jan 2015). Inilah kenangan saya dalam membantu MISI BANTUAN BANJIR PANTAI TIMUR 2014
No comments:
Post a Comment