Isu faraid.. baca ya..
Carta panduan untuk sistem faraid.
Apabila agama itu di ambil
separuh-separuh, yang memihak padanya di ambil, yang memberi rugi padanya
ditinggal.
Saya bukanlah ustaz nak cakap
pasal agama, tapi saya nak ajak saudara saudari semua berfikir
akan kisah benar yang berlaku pada seorang balu yg kematian suami.
1. Semasa hidup, si mati orang
susah, adik beradik tak pernah menjenguk, apatah lagi nak hulur belanja untuk
anak buah walaupun semuanya kerja best2.
2. Rezeki anak2 si mati dapat
beli sebidang tanah dan dapat buat sebuah rumah teres di atas tanah tersebut. Tak
lama kemudian, si mati membeli lagi sebidang tanah untuk tujuan berkebun tapi
tak kesampaian (meninggal dulu)
3. Simpanan si mati ada dalam
RM10k dalam bank. Ada
sebuah rumah dan sebidang tanah.
4. Si mati selalu bagitau
isterinya kalu dia tiada, isteri dan anak2 tak lah susah mana, ada tempat
bergantung, ade sedikit duit dan ade tempat berlindung (rumah). Betapa besarnya
harapan si mati untuk si isteri dan anak2.
5. Ditakdirkan si mati
meninggal dunia akibat sesak nafas (masalah jantung).. Si mati meninggalkan
balu dan 2 orang anak perempuan.
6. Sejurus selepas si mati
dikebumikan, adik beradik si mati termasuk ibu si mati telah mengajak si isteri
berbincang pasal harta si mati kononnya si mati akan terseksa dalam kubur kalu
tak diselesaikan secepat mungkin.
8. Si mati tiada anak lelaki,
so harta2 si mati akan dapat juga pada adik beradiknya.
9. Tak sampai seminggu si
mati meninggal, datanglah adik beradik bertandang ke rumah, siap buat lakaran dalam
kertas ikut hukum faraid, bahagian untuk isteri, anak2, ibu si mati dan adik
beradik si mati.
10. Hukum faraid - bahagian
isteri dapat paling sedikit (orang Terengganu cakap dapat bahagian kepala
mayat). Lansung tak pedulikan perasan si balu yang masih bersedih, dihamburkan
pula nas2 dalil2 bab pembahagian faraid.
11. Paling memilukan, dinilaikan
sekali rumah yang diduduki oleh si balu dengan anak2 ikut nilai pasaran. Kemudian
mereka2 itu bagi dua pilihan pada si balu, bayar harga rumah tersebut kepada
waris2 yang berhak sekiranya mahu tetap tinggal di situ, atau keluar dari rumah
tersebut kerana rumah itu akan dijual dan duit jualan tersebut akan dibahagikan
ikut hukum.
12. Celah mana mahu cari
150k? nak tak nak terpaksa keluar dari rumah tersebut. Rumah dijual, dapatlah
bahagian si balu dan anak2 dgn jumlah yang si balu dapat dan anak2 si mati
dapat. Mustahil dapat cari rumah baru.
13. Bermulalah episod
merempat si anak2 yatim. Berpindah randah, menyewa situ sini, jangankan si balu,
si anak pon bekerja lepas balik sekolah nak sara diri sendiri. Duit simpanan
/tanah sebidang/rumah dijual siwaris. Harapan si mati untuk tidak menyusahkan
anak dan isteri selepas ketiadaanya berkecai sama sekali.
14. Waris2,semua lesap lepas
dapat bahagian masing2. Nak tanya khabar jauh sekali.nak hulur duit jauh
sekali.
15. Lagi malang waris2 semuanya bekerja bagus2. Ada cikgu, ada pegawai
kerajaan, ada golongan prefesional malah kaki masjid pon ada. Tapi sayang, bab
tangggungjawab pada anak si mati langsung tak dihiraukan.
16. Walaupon berhak pada
harta si mati, tapi kene tengok pula tanggungjawab yang harus dipikul. Jangan
ambil agama itu separuh separuh untuk kepentingan sendiri. Ya, tak berdosa
ambil harta yang sememangnya hak kita dalam hukum, tapi berdosa gagal menjalankan
tanggungjawab nafkah pada anak2 si mati - tempat tinggal /pakaian/makan minum)
17 .Kalu kita termasuk dalam
golongan sebegitu sebelum ni, berubahlah, dan moga dijauhkan keturunan kita
adik2 kite suami kita ank2 kita dari bersifat kejam begini.
18. Ambil pengajaran saudara
saudari. Sekali lagi saya ingatkan apa yg agama ajar, bila si mati meninggalkan
anak2 yang belum baligh, wajib bagi walinya (mengikut turutan wali sebelah si mati)
menyediakan nafkah untuk anak si mati. Kalu tidak diambil peduli, menanggunglah
di akhirat kelak.
19. Hukum faraid itu sangat
adil dan indah. Diberi lebih kepada lelaki sebab lelaki adalah ketua keluarga yang
kena menanggung orang2 dibawahnya, kenapa apabila tiada anak lelaki, harta akan
jatuh juga kepada adik beradik si mati? Jelas Allah memberitahu bahawa adalah
tanggungjwb si wali2 untuk menanggung nafkah si anak yatim (lebih2 si yatim
adalah perempuan), dan semoga dengan pembahagian faraid dapat meringankan beban
/membantu si wali2 untuk menjaga dan memberi nafkah kepada si anak yatim.
20. Ingat ye, dapat
pembahagian harta si mati bukan terus beli rumah baru, shopping atau melancong
dulu, tapi tunaikan dulu tanggungjawab si anak yatim..
21. Sediakan hibah melalui
takaful.. Itu yang terbaik dalam pembahagian harta si mati, sebab hibah itu
hadiah!
HIBAH MELALUI TAKAFUL ADALAH PENYELESAIANNYA!