Featured post

Jangan Lupa Tanggungjawab sebagai PEWARIS HARTA PUSAKA!

Monday, 20 February 2017

Sebelum Berlaku Kemalangan, Buat Ni Dulu.

Ok.. Ini bagus untuk dan inilah yang sepatutnya. Rasanya macam tak ramai yang buat langkah-langkah ni. Biasanya nasihat sebegini akan diabaikan. Nasihat harus dituruti.

Panduan Untuk Letakkan Nombor Telefon Waris Sebelum Berlaku Kemalangan.

Selalunya bila berlaku kemalangan, sukar bagi orang yang ingin membantu untuk menghubungi waris terdekat kerana phone LOCK. Yalah, macam mana nak buka dan melihat senarai nombor telefon jika tak boleh UNLOCK.

Panduan untuk meletakkan nombor telefon WARIS sebelum berlaku kemalangan. Disini saya kongsikan cara untuk meletakkan nombor telefon waris di screen bila phone anda dalam keadaan LOCK. Jadi, ia akan memudahkan orang yang ingin membantu, mereka akan terus dail nombor telefon tersebut.

Anda boleh buat berdasarkan jenis telefon sebagaimana dibawah:

LENOVO
1. Setting
2. Security
3. Owner info
4. Taipkan ‘Emergency – Call (Nama Waris) 01X XXX XXXX (No telefon waris)

SAMSUNG
1. Setting
2. Device
3. Lock screen
4. Owner information
5. Taipkan ‘Emergency – Call (Nama Waris) 01X XXX XXXX (No telefon waris)

ASUS, XIOMI
1. Setting
2. Lock screen
3. Owner info
4. Taipkan ‘Emergency – Call (Nama Waris) 01X XXX XXXX (No telefon waris)

iPHONE (Apple)
To set, launch ‘Health’ app & create Medical ID.
To access the info once Mdical ID created:
1. Slide
2. Emergency
3. Medical ID.. Your emergency contact details will appear.

Phone yang tidak tersenarai, boleh cuba masuk Setting > Security > Owner Info.

Kalau tiada juga, boleh download mana-mana Apps yang boleh edit gambar & text, lepas tu setkan sebagai wallpaper.

Anda boleh cuba langkah-langkah diatas. InsyaAllah ada kebaikkannya.


Saya pengguna OPPO, boleh cuba untuk lakukan langkah ni..

1. Go to 'Setting'
2. Select 'Display'
3. Select 'Wallpaper'



4. Click 'Select Wallpaper'


5. Select 'Static wallpapers'


6. Select 'Local'
7. Click 'Photos'


8. Select 'Camera'



9. Adjust the wallpaper
10. Click RIGHT

 

11. Click 'Lockscreen'

Done

Gambar yang saya pilih adalah gambar yang saya snap sendiri. Senang je. Taip informasi yang kita nak letak. Jangan letak yang bukan-bukan ye. Sebaiknya letak la nombor telefon waris. Saya cuma guna Microsoft Word. Taip informasi waris, lepas tu print & snap gambar. Informasi yang saya buat adalah Nama (pasangan), Nama (Ibu/Mama - sebab ayah dah tiada), Nama (agen takaful)

Kenapa agent takaful? Sebabnya saya ada ambil polisi perlindungan takaful beserta kad perubatan. Apabila saya kemalangan, saya mahu dia uruskan kemasukan saya ke wad hospital. InsyaAllah dia akan membantu. 

Saya buat macam ni..


Jika info ini berguna, share la dengan kawan-kawan.

Thursday, 16 February 2017

Duit Lepas Kahwin, Siapa Punya?

Sebelum kahwin, lelaki senang nak buat macam-macam, pendek kata bebas.
Tapi lepas kahwin? Agak-agak siapa macam dalam video ni? Sila tag pasangan anda.



Rancangkan perbelanjaan anda untuk kesenangan di kemudian hari.
Dapatkan maklumat lanjut mengenai Perlindungan Pendapatan daripada saya.

016-3163292
Hj Mohd Ezani Bin Saini
Wakil
Hibah, Retirement and Tax Planner
ETiQa Takaful Berhad

Sumber video: FB Sinar

Friday, 10 February 2017

Hari hari Pandang Kaabah

Assalamualaikum rakan-rakan client & para sahabat. Moga sihat, ceria & dipermudahkan segala urusan oleh Allah di pagi Jumaat ni.

Hari ni, saya tiba-tiba teringat akan pengalaman berada di Mekah semasa menunaikan haji pada tahun 2015. Sayu je hati ni. Manakan tidak, rezeki tidak ternilai ini diperolehi ketika berusia 30 tahun. Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah. Ketika berada di sana, segala urusan di Malaysia, dilupakan sementara. Terasa amat lapang kepala ni. Apa yang perlu dibuat, hanyalah pergi ke Masjidil Haram, solat la sepuasnya, baca Al Quran sampai kering tekak, berzikir sampai tertido dan banyak lagi aktiviti yang kita boleh buat, yang mana kita jarang buat di Malaysia. Allahu.

Ketika beriktikaf di dalam masjid, pernah jua terlintas di hati, bestnya orang yang selalu dapat pandang Kaabah ni. Kita pandang/tenung je pun, dapat pahala. Apatah lagi jika kita beribadah di dalam Masjidil Haram ni. Keadaan lantai masjid pun bersih, Al Quran tersusun rapi, tandas tidak berbau, keadaan dalam masjid yang dingin serta wangi yang mana haruman tu, tidak terjual di Malaysia. Allahu. Jadinya, yang menarik perhatian saya ialah sepasukan kebersihan untuk membersihkan masjid ini.

Mereka ni terdiri daripada pelbagai kumpulan dengan tugasan tersendiri. Ada kumpulan
1. bersihkan lantai,
2. bersihkan dinding/tiang/pintu/lampu/kipas,
3. bersihkan tandas, kutip & susun Al Quran,
4. isi air zam zam,
5. sembur minyak attar,
6. sembur kawalan penyakit, dan
7. pelbagai lagi kerja yang dilakukan.
Yang pasti, ganjaran pahala yang amat besar untuk mereka ketika berada di dalam Masjidil Haram tu. Mereka inilah yang selalu pandang Kaabah setiap hari. Allahu beruntungnya mereka.


Pengalaman itu sangat bermakna dan memberi impak yang besar buat diri saya. Yang pasti, impak itu bukan setakat diri saya, malah diberikan impak kepada diri orang disekeliling saya. InsyaAllah.

Jadi, saya berharap agar semua rakan & client saya diberi peluang oleh Allah untuk pergi menunaikan samada haji mahupun umrah di Mekah. Pergi menunaikan haji atau umrah di usia muda jauh lagi bersemangat serta bertenaga dalam melakukan ibadah di sana.

Amiin..

~ Plan your day for tomorrow ~

Ikhlas,
Hj Mohd Ezani

Tuesday, 7 February 2017

Hibah: Penting Ke?


Penerangan ringkas kepentingan hibah terhadap diri kita & orang yang kita sayang.
Mari kita renungkan



Thursday, 2 February 2017

Wasiat Untuk Anak Yang Jarang Sekali Kita Pesan

JARANG KITA SAMPAIKAN PESANAN PENTING INI KEPADA ANAK

Selalunya ketika kita dah tua dan rasa tempoh di dunia hampir ke penghujungnya, kita akan pesan kepada anak dengan pesanan-pesanan yang baik. Contohnya :

- nanti abah dah takde korang jangan gaduh-gaduh,
- harta pusaka tu bahagikanlah baik-baik ikut wasiat,
- bila raya balik jenguk rumah pusaka...

Itu pesanan stereotaip. Tapi bagi saya, pesanan itu hanya bermanfaat di alam sini (dunia). Lebih baik kita pesan sesuatu yang lebih bermakna untuk kita di alam sana. Ini kerana di sana kita ni hidup lagi, cuma bertukar alam je.

Ramai yang tak perasan perkara ni. Mungkin kita fikir apabila meninggal dunia, segalanya TERPUTUS!

Maaf!!!, Sebenarnya ada lagi connectionnya.

Lebih baik kita pesan begini kepada anak, untuk kebaikan our own future:
- Nanti jangan lupa bersedekah untuk abah setiap hari. Sebab dulu abah tak sempat nak sedekah banyak kerana besarkan korang semua.
- jangan lupa bacakan Surah Mulk untuk mak setiap malam. Nanti ada juga peneman mak di kubur tu nanti.
- Doakan kebaikan untuk mak-abah setiap hari.

Ini yang lebih penting untuk kita pesan & wasiatkan, sebab, tak tentu lagi kita selamat dengan amalan sendiri. Kalaulah amalan sedekah pahala tak cukup, boleh juga anak yang masih hidup tolong 'top-up'kan.

Dan doa, bacaan Quran & sedekah ni jangan minta mereka buat setahun sekali masa hari raya je. Ingatkan mereka, jika benar sayang mak-abah, buat setiap hari. Sebab dulu, kita jaga anak sebaik mungkin setiap hari. Kita bagi mereka makan-minum setiap hari, bukan seminggu sekali.

Ingatkan anak kita, sebab, jarang anak yang ingatkan ibu-bapa mereka yang dah meninggal dunia. Masa meninggal je anak menangis seminggu. Lepas tu mereka 'enjoy' dengan harta pusaka. Mereka fikir kita di alam sana pun selamat & gembira.

Lepas tu, setahun sekali baru nak jenguk kubur baca Fatihah masa pagi raya.

Saya kira, bukan begitu hubungannya. Saya fikir, antara tanda anak benar-benar sayangkan ibu-bapanya, mereka senantiasa berdoa, bersedekah, berbuat baik sesama insan dan alam, setiap hari tak kira kita masih hidup ataupun dah kembali ke alam sana.

Ia bantu kita setiap hari dengan doa, bacaan Quran & sedekah yg ikhlas yg BERMANFAAT untuk kita di alam sana. Dan semua kesedaran ini bermula dengan kita, ibu-bapanya yang mendidik dan mengingatkan mereka.

Ingatlah,
Apa yg kita ingatkan mereka, itulah yg kita dapat.

Ingatlah,
Kematian bukan penutup segalanya. Kita masih hidup. Cuma berpindah medium (alam lain) sahaja.

Sekian, ingatan untuk diri sendiri, seorang bapa yang ada 2 orang anak (untuk setakat ini. Jika ada rezeki bertambah anak, alhamdulillah) dan, seorang anak yang telah bapanya telah kembali ke Rahmatullah 11 tahun lepas.

Setiap hari saya cuba yang terbaik untuk sambungkan kasih-sayang kepada arwah abah dengan bacaan Al-Quran, sedekah dan doa kerana percaya janji Tuhan :

'dan orang beriman yg diikuti zuriat keturunannya dlm keadaan beriman juga, Kami hubungkan (himpunkan) mereka & zuriatnya di syurga....' (Surah Thur, 21).