Featured post

Jangan Lupa Tanggungjawab sebagai PEWARIS HARTA PUSAKA!

Friday, 10 February 2017

Hari hari Pandang Kaabah

Assalamualaikum rakan-rakan client & para sahabat. Moga sihat, ceria & dipermudahkan segala urusan oleh Allah di pagi Jumaat ni.

Hari ni, saya tiba-tiba teringat akan pengalaman berada di Mekah semasa menunaikan haji pada tahun 2015. Sayu je hati ni. Manakan tidak, rezeki tidak ternilai ini diperolehi ketika berusia 30 tahun. Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah. Ketika berada di sana, segala urusan di Malaysia, dilupakan sementara. Terasa amat lapang kepala ni. Apa yang perlu dibuat, hanyalah pergi ke Masjidil Haram, solat la sepuasnya, baca Al Quran sampai kering tekak, berzikir sampai tertido dan banyak lagi aktiviti yang kita boleh buat, yang mana kita jarang buat di Malaysia. Allahu.

Ketika beriktikaf di dalam masjid, pernah jua terlintas di hati, bestnya orang yang selalu dapat pandang Kaabah ni. Kita pandang/tenung je pun, dapat pahala. Apatah lagi jika kita beribadah di dalam Masjidil Haram ni. Keadaan lantai masjid pun bersih, Al Quran tersusun rapi, tandas tidak berbau, keadaan dalam masjid yang dingin serta wangi yang mana haruman tu, tidak terjual di Malaysia. Allahu. Jadinya, yang menarik perhatian saya ialah sepasukan kebersihan untuk membersihkan masjid ini.

Mereka ni terdiri daripada pelbagai kumpulan dengan tugasan tersendiri. Ada kumpulan
1. bersihkan lantai,
2. bersihkan dinding/tiang/pintu/lampu/kipas,
3. bersihkan tandas, kutip & susun Al Quran,
4. isi air zam zam,
5. sembur minyak attar,
6. sembur kawalan penyakit, dan
7. pelbagai lagi kerja yang dilakukan.
Yang pasti, ganjaran pahala yang amat besar untuk mereka ketika berada di dalam Masjidil Haram tu. Mereka inilah yang selalu pandang Kaabah setiap hari. Allahu beruntungnya mereka.


Pengalaman itu sangat bermakna dan memberi impak yang besar buat diri saya. Yang pasti, impak itu bukan setakat diri saya, malah diberikan impak kepada diri orang disekeliling saya. InsyaAllah.

Jadi, saya berharap agar semua rakan & client saya diberi peluang oleh Allah untuk pergi menunaikan samada haji mahupun umrah di Mekah. Pergi menunaikan haji atau umrah di usia muda jauh lagi bersemangat serta bertenaga dalam melakukan ibadah di sana.

Amiin..

~ Plan your day for tomorrow ~

Ikhlas,
Hj Mohd Ezani

No comments:

Post a Comment