Featured post

Jangan Lupa Tanggungjawab sebagai PEWARIS HARTA PUSAKA!

Friday 21 April 2017

Faraid & Harta Pusaka

Carta Faraid Ringkas

Bagi orang Islam, sekiranya meninggal dunia segala aset kita bertukar menjadi Harta Pusaka.


Walaubagaimana pun, Hanya aset/ Harta yang Patuh Shariah sahaja boleh diagih mengikut hukum syarak, Faraid.

Bagi harta yang Tidak Patuh Shariah, ia wajib dilupuskan melalui Baitulmal/Majlis Agama atau mana-mana badan kebajikan & amal untuk tujuan & kegunaan maslahah umum dan Haram diagih kepada ahli waris. Rujuk keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa ke-87, yang telah bersidang pada 23-24 June 2009.

Dalam surah An-nisa ayat 7-12, Allah SWT telah menerangkan secara jelas bahagian-bahagian Faraid setiap ahli waris. Setiap ahli mendapat pecahan-pecahan yang berbeza mengikut situasi & kedudukan ahli waris yang masih hidup.

Harus diingat bahawa setiap bahagian Faraid yang perolehi hadir bersama amanah & tanggungjawab yang mesti dilaksanakan & bukan seperti "lorong Touch & Go".

Cuma Nasihat Peribadi Saya,
Jika kita tidak mampu melaksanakan Amanah & Tanggungjawab tersebut walau apa jua alasan,
Sebaik-baiknya..

Lepaskanlah bahagian Faraid kita kepada waris yang layak dan berkebolehan menjalankan Amanah & Tanggubgjawab tersebut agar kita tidak dipersoalkan di akhirat kelak.
.
.
.
Berminat, cuma klik www.wasap.my/60163163292 untuk mengetahui & berbincang akan risiko-risiko yang kita akan hadapi.

p/s: Suka akan post ini, mohon LIKE & share untuk manfaat bersama.

No comments:

Post a Comment