Featured post

Jangan Lupa Tanggungjawab sebagai PEWARIS HARTA PUSAKA!

Tuesday 11 April 2017

Jangan bergantung wang KWSP



RAKYAT jelata dinasihatkan agar jangan terlalu bergantung kepada wang simpanan dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk hari tua mereka.

Sebaliknya, apa yang lebih penting ialah mengamalkan sifat jimat cermat serta membuat simpanan ketika masih muda, dengan cara ini, mereka tidak akan rasa bimbang tiada cukup wang simpanan ketika bersara kelak.

Demikian pandangan Pengarah Urusan Cukai dan Kewangan Great Vision Advisory Group, James Tan bagi mengulas kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Shahril Ridza Ridzuan bahawa terdapat 64 peratus daripada ahlinya yang hanya mempunyai jumlah simpanan sebanyak RM50,000 atau kurang.

"Sekiranya seseorang selepas bersara mendapati simpanan wangnya tidak cukup untuk dibelanjakan, masa itu mungkin agak terlewat. Semua orang ketika masih muda dan masih mampu bekerja, sepatutnya sudah boleh merancang lebih awal bagaimana kehidupan mereka selepas bersara nanti.

"Mereka perlu pastikan tidak tanggung apa-apa hutang selepas bersara. Mereka juga boleh merancang dengan membeli hartanah sebagai pelaburan agar boleh mendapatkan bayaran sewa. Ia boleh digunakan sebagai pendapatan mereka selepas bersara," katanya kepada China Press.

Beliau turut menasihatkan golongan muda sama ada terlibat dalam perniagaan mahupun makan gaji, mereka perlu sentiasa meningkatkan prestasi kerja dan menambahkan ilmu.

"Dengan meningkatkan prestasi kerja dan menimba ilmu pengetahuan dengan lebih banyak, sudah pasti ia akan menambahkan pendapatan mereka," jelasnya.

Sumber: Sinar Harian 

Berminat untuk menyediakan Retirement Scheme, cuma klik www.wasap.my/60163163292 untuk mengetahui & berbincang akan risiko-risiko yang kita akan hadapi.

No comments:

Post a Comment