Featured post

Jangan Lupa Tanggungjawab sebagai PEWARIS HARTA PUSAKA!

Monday, 22 September 2014

Ciri-Ciri Takaful

Ciri-Ciri Takaful

Sistem Islam
Konsep Takaful iaitu ‘Golongan ramai yang bernasib baik membantu golongan yang tidak bernasib baik’ merupakan satu konsep yang diiktiraf oleh Islam. Dalam Al-Quran, surah Al-Maidah, ayat 2, bermaksud “Dan hendaklah kamu tolong menolong diatas perkara kebaikan dan taqwa dan janganlah kamu tolong menolong diatas perkara dosa dan pemusuhan”, merupakan bukti utama betapa sikap bantu membantu merupakan salah satu akhlak mahmudah (terpuji).

Sumbangan At-Tabarru’at
At-Tabarru’at merupakan perkataan Arab yang bermaksud menderma secara ikhlas. Dalam konteks operasi takaful, setiap peserta yang ingin mendapatkan perlindungan takaful, mestilah hadir dengan niat yang ikhlas ketika menyumbang (At-Tabarru’at) bagi membantu sesama peserta yang lain jika mereka menghadapi musibah. Dalam erti kata lain yang lebih tepat, semua peserta tersebut bersetuju untuk saling membantu dikalangan mereka ketika ditimpa kemalangan.

Dalam industri takaful, At-Tabarru’at yang diperkenalkan ialah At-Tabarru’at yang bersyarat.

Bersyarat adalah dimana setiap peserta yang ingin menyertai takaful mestilah menderma sesuai dengan risiko yang dibawanya. Syarikat terpaksa menetapkan kadar At-Tabarru’at kerana ingin memastikan At-Tabarru’at yang disertai oleh semua peserta tidak terjejas, bagi memberi keadilan kepada semua pihak. Justeru itu, jika seseorang peserta membawa risiko yang besar maka kadar At-Tabarru’at yang mesti disumbangkan mestilah sepadan dengan risiko tersebut.

Pelaburan Halal
Wang peserta akan dilaburkan hanya di kaunter-kaunter pelaburan yang halal dan diluluskan oleh Majlis Pengawasan Syariah.

Bentuk pelaburan:
Bon Kerajaan (Al-Qardul Hassan)
Akaun simpanan di bank (Al-Mudharabah)
Projek pelaburan (Al-Bai Bithaman Ajil)
Harta bangunan
Pembiayaan perumahan
Sekuriti saham (senarai kaunter yang dilulukan oleh Syariah)

Ada Majlis Pengawasan Syariah
Akta Takaful 1984, seksyen 8(5)(b):- “Bahawa terdapatnya dalam artikel persatuan pengendali takaful yang berkenaan peruntukan bagi penubuhan Majlis Pengawasan Syariah untuk menasihati pengendali tentang perniagaan takafulnya untuk memastikan yang ia tidak terlibat dalam apa-apa unsure yang tidak diluluskan”.

Tiada Unsur Riba
Elemen RIBA wujud dalam penjanaan keuntungan pelaburan dan insurans yang akan digunakan dalam pembayaran pampasan kepada pemegang polisi. Ini kerana dana-dana tabungan kebanyakkannya dilaburkan di dalam instrumen kewangan seperti bon dan juga saham yang kerap melibatkan syarikat-syarikat yang berurusniaga dengan kegiatan system perbankan konvensional.

Unsur RIBA juga terdapat dalam urusniaga PINJAMAN DARI POLISI (Policy Loan) yang ditawarkan kepada peserta dalam produk insuran hayat dalam system kemudahan pinjaman ini, syarikat insuran akan mengenakan faedah (interest) kepada peserta yang membuat pinjaman. Jelas sekali bahawa faedah tersebut merupakan RIBA yang dilarang Islam.

Tiada unsur maisir (Judi)
Para ulama’ menyatakan Maisir dan Gharar merupakan kaitan yang amat rapat. ini bererti jika sesuatu transaksi itu mengndungi unsur Gharar, maka dengan sendirinya unsur judi turut ada. kaitan antaranya adalah terlalu rapat dan saling berkait. Maisir (judi) dalam kontrak insurans bilamana:

Peserta membayar premium yang kecil dengan mengharapkan wang yang lebih besar jumlahnya.
Peserta hilang wang premium apabila peristiwa ingin dilindungi (the insured event) tidak berlaku.
Syarikat akan rugi jika terpaksa membayar tuntutan yang melebihi jumlah premium yang diterima.

Tiada unsur Gharar (Tidak Jelas)
Maksud Gharar ialah ‘Ketidakpastian’.
Ketidakpastian dalam transaksi muamalah ialah “Terdapat sesuatu yang ingin disembunyikan oleh sebelah pihak dan ianya boleh menimbulkan rasa ketidakadilan serta penganiayaan kepada pihak yang lain”.

Di dalam kontrak insuran, terdapat unsur ketidakpastian iaitu:
Tidak dapat dipastikan samada dapat atau tidak bayaran yang dijanjikan.
Tidak diketahui kadar bayarannya.
Tidak diketahui bila masanya Al-Mudharabah (perkongsian untung) diantara peserta dan syarikat.
Nisbah ditentukan tetapi nilai tidak dapat ditentukan.
Nisbah pembahagian untung bergantung kepada aqad yang telah dibuat. Contoh Nisbah 80:20 atau 50:50 atas keuntungan diantara peserta dan syarikat.


Keuntungan menyertai takaful.
Menegakkan sistem muamalah Islam.
Mendapat skim perlindungan melalui pelan takaful.
Mendapat pulangan melalui perkongsian untung.
Keuntungan Pelaburan semasa tempoh takaful (iaitu dari akaun peserta (AP)).
Keuntungan Pelaburan selepas tempoh takaful (iaitu dari akaun Khas peserta (AKP)).

nisbah Mudharabah – bergantung 50:50; 80:20 diantara peserta dan syarikat.


Hubungi saya untuk 
'Bincang-Bincang Takaful'

Mohd Ezani Saini
Perunding eTiQa Takaful
016-3163292

Islamic system 
Takaful concept of 'The people who are lucky enough to help those less fortunate' is a concept that is recognized by Islam. In Al-Quran, Surah Al-Maidah, verse 2, meaning "And you shall help on things good and righteous and not helping on the matter of sin and enmity", is the main evidence that helping attitude is one of moral mahmudah (admirable). 

Contribution At-Tabarru'at 
At-Tabarru'at an Arabic word which means donating sincerely. In the context of takaful operations, all participants who wish to have insurance policies, must be present in good faith when contributed (At-Tabarru'at) to help fellow players if they suffer a misfortune. In other words, more precisely, all the participants agreed to help each other among themselves during the accident. 

In the industry, At-Tabarru'at introduced is At-Tabarru'at conditional. 

Conditional is where each participant who wishes to participate must donate takaful appropriate to the risks entailed. The company had set the rate at-Tabarru'at because they want to make sure at-Tabarru'at accompanied by all the participants was not affected, to give justice to all parties. Thus, if a participant carries a great risk-Tabarru'at At the rate that must be contributed must be commensurate with the risks. 

Halal investment 
Participants money will be invested only in investment counters clean and approved by the Supervisory Council. 

Forms of investment: 
Government bonds (Al-Hassan Qardul) 
Savings account at a bank (Al-Mudharabah) 
Investment projects (Al-Bai Bithaman Ajil) 
Real building 
housing finance 
Stock securities (the list of counters that Shariah approval) 

Shariah Supervisory Council 
Act 1984, section 8 (5) (b): - "That there is in the articles of association of a takaful operator for the establishment of the Shariah Supervisory Council to advise the operator of the takaful business to ensure that it is not involved in any element which is not approved ". 

No element of Riba 
RIBA elements exist in generating investment and insurance that will be used in the payment of compensation to policyholders. This is because the savings funds are mainly invested in financial instruments such as bonds and stocks often involve companies that deal with the activities of the conventional banking system. 

RIBA elements are also included in the transaction LOAN FROM POLICY (Policy Loan) provided to participants in the life insurance products in the system's loan facilities, insurance companies will charge interest (interest) to the participants who made the loan. Clearly the interest is valued RIBA is prohibited in Islam. 

No element maisir (Gambling) 
The scholars state Maisir and Gharar is linked very closely. This means that if a transaction content elements of gharar, then naturally there are also elements of gambling. which is very closely related and intertwined. Maisir (gambling) in insurance contract when: 

Participants pay a small premium to expect a larger amount of money. 
Participants lost money when events like premium covered (the insured event) does not occur. 
Companies will have to pay damages if the claim exceeds the amount of the premium received. 

No element of Gharar (Unclear) 
Gharar purpose is 'uncertainty'. 
Uncertainty in the transactions, the transaction is "There is something to be hidden by the parties and it can create a sense of injustice and persecution on the other". 

In a contract of insurance, there are elements of uncertainty, namely: 
Could not be ascertained whether or not the promised payment. 
Unknown remuneration. 
Not known when the time Al-Mudharabah (sharing profit) between participants and the company. 
Determined, but the ratio can not be determined. 
Profit sharing ratio depends on the agreement which had been made. Examples of 80:20 or 50:50 ratio of profits between participants and the company. 

Profit join takaful. 
Uphold the system of Islamic banking activities. 
Get coverage through the plan. 
Returns through profit-sharing. 
Investment gains during the period of takaful (ie, from the participants' accounts (AP)). 
Investment gains after a period of takaful (ie, from the Special Account participants (PSA)). 
Mudharabah ratio - depending 50:50; 80:20 between the participants and the company.

No comments:

Post a Comment