Featured post

Jangan Lupa Tanggungjawab sebagai PEWARIS HARTA PUSAKA!

Monday, 22 September 2014

Produk eTiQa Takaful - Perlindungan

Amat wajar untuk anda memiliki perancangan awal yang teliti bagi melindungi anda dan orang tersayang untuk menempuh hidup dengan selesa tanpa sebarang kesulitan.

Elite Takafulink
Prisma
Harmoni


It is appropriate to your own careful advance planning to protect you and your loved ones to go through life comfortably without any difficulty.

Elite Takafulink
Prisma
Harmoni



Hubungi saya untuk 
'Bincang-Bincang Takaful'

Mohd Ezani Saini
Perunding eTiQa Takaful

016-3163292



ELITE TAKAFULINK


Perlindungan yang memberikan anda masa untuk bersama keluarga anda dan simpanan untuk masa depan mereka.

Elite Takafulink membolehkan anda mengumpul simpanan sambil menikmati detik-detik terindah bersama keluarga, pada masa yang sama memastikan mereka sentiasa dilindungi. Elite Takafulink adalah pelan yang memberikan anda rider perlindungan fleksibel serta peluang pelaburan dengan potensi pulangan yang tinggi.
Melalui ciri-ciri Takaful Berkaitan Perlaburan, anda mempunyai pilihan untuk melabur di dalam mana-mana satu dana-dana yang disediakan yang sesuai dengan objektif pelaburan serta tahap risiko anda. Selain itu, anda akan menerima perlindungan asas seperti perlindungan Kematian dan Hilang Upaya Menyeluruh & Kekal (HUMK) dan pilihan rider perlindungan yang komprehensif.

Kini anda boleh melindungi keluarga anda, meningkatkan simpanan dan pada masa yang sama meluangkan detik-detik terindah bersama yang tersayang.

Manfaat Utama:
  • Perlindungan Asas: Kematian dan Hilang Upaya Menyeluruh & Kekal

  • Sekiranya berlaku kematian kepada Orang Dilindungi, Jumlah Asas Dilindungi berserta Jumlah Nilai Dana (termasuk lebihan) ditolak sebarang hutang akan dibayar secara sekaligus.

    Sekiranya berlaku Hilang Upaya Menyeluruh & Kekal (sebelum mencapai umur enam puluh lima (65) tahun pada hari lahir berikutnya), Jumlah Nilai Dana akan dibayar secara sekaligus, tanpa mengira jumlah Nilai Dana. Sekiranya Jumlah Asas Dilindungi yang perlu dijelaskan (bagi setiap hayat) adalah sama atau kurang daripada RM1 juta, ia akan dibayar secara sekaligus. Sekiranya Jumlah Dilindungi melebihi RM1 juta, maka bakinya akan dibayar satu (1) tahun selepas ansuran pertama dibuat tertakluk kepada had maksimum Pengendali Takaful bagi setiap had individu.

    Jika Orang Dilindungi meninggal dunia sebelum umur lima (5) tahun pada hari lahir berikutnya, kami akan membayar penuh Jumlah Agregat Dilindungi jika jumlah itu tidak melebihi RM200,000. Jika Jumlah Agregat Dilindungi melebihi RM200,000, maka kami akan membayar bakinya menurut jadual seperti berikut:

    Umur pada Hari Lahir Berikutnya
    Peratusan Jumlah Agregat Dilindungi
    1
    20%
    2
    40%
    3
    60%
    4
    80%
    5 dan ke atas
    100%

    Had ini hanya terpakai untuk pembayaran Jumlah Dilindungi dan tidak menjejaskan apa-apa pembayaran Nilai Dana.

  • Bonus Kesetiaan

  • Ganjaran sebanyak 6% daripada Jumlah Nilai Dana atau 3% daripada sumbangan tahunan asal (mana yang terendah) akan diberi kepada anda pada hujung tahun Sijil yang ke-5, ke-10 dan ke-15 kerana mengekalkan pelan dan membayar sumbangan tepat pada masanya.

  • Tempoh Peruntukan Tidak Luput

  • Kami menawarkan Tempoh Peruntukan Tidak Luput dalam tiga (3) tahun Sijil pertama untuk memastikan status Sijil tetap berkuat kuasa walaupun Jumlah Nilai Dana berada pada kadar sifar, dengan syarat sumbangan dibayar tepat pada masanya tanpa Cuti Sumbangan dan tiada pengeluaran dari Jumlah Nilai Dana dibuat dalam tempoh tersebut.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi saya untuk mendapatkan brosur-brosur.




PRISMA


Lindungi Keluarga Anda Daripada yang tidak Diduga

Tiada yang lebih penting daripada keluarga. Sebagai suami-isteri dan ibu bapa yang bertanggungjawab, anda pasti menyimpan untuk masa depan keluarga yang lebih terjamin. Namun begitu, jumlah yang disimpan mungkin tidak mencukupi untuk mereka sekiranya sesuatu yang tragis menimpa anda.

Statistik membuktikan bahawa kemalangan berlaku setiap 15 minit*. Tiada siapa yang boleh meramal masa depan depan tetapi anda boleh memastikan masa depan keluarga anda terjamin. Kami memastikan yang anda dan mereka yang anda sayangi dilindungi sebaiknya dengan sumbangan yang anda mampu.

*Sumber: Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2010


Menjamin Masa Hadapan Kewangan Keluarga Anda

Prisma membantu menjamin kewangan masa depan keluarga anda dengan memberi perlindungan kewangan yang mencukupi, dengan sumbangan serendah RM50.00 sebulan.

Pada saat yang tidak diduga, keluarga anda akan menerima kesemua Jumlah Dilindungi bagi meringankan beban keweangan mereka.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi saya untuk mendapatkan brosur-brosur.


HARMONI


Impian Masa Hadapan Lebih Cerah

Setiap individu mempunyai impian - kereta mewah, rumah besar mahupun kehidupan yang selesa selepas bersara. Sebagai individu yang bijak, anda tahu kepentingan menyimpan untuk masa hadapan yang lebih baik. Namun, ada kalanya sesuatu yang tidak diduga berlaku dan simpanan anda perlu digunakan semasa kecemasan.

Mengikut statistik, 19 orang* dimasukkan ke hospital setiap jam; dianggarkan 1,035 orang meninggal dunia akibat kemalangan setiap tahun dan ramai yang tiada simpanan untuk kegunaan waris ataupun ahli keluarga. Berusahalah untuk masa hadapan yang lebih cerah kerana hidup ini penuh dengan ketidakpastian.

sumber: *World Health Organization 2004; Disease and Injury Country Estimates


Gaya Hidup Lebih Baik dan Lindungi Masa Hadapan Keluarga Anda

Harmoni membantu anda memenuhi impian anda dan memberi perlindungan serta tabungan dengan hanya menyumbang RM70.00 sebulan. Anda juga boleh mengeluarkan sebahagian daripada wang anda dari Dana Pelaburan Peserta sekiranya perlu. Harmoni memberi ketenangan minda serta kelonggaran dalam pengurusan kewangan anda di samping Perlindungan Takaful.

Pada saat-saat yang tidak diduga, keluarga anda akan menerima kesemua Jumlah Dilindungi bagi meringankan beban kewangan mereka.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi saya untuk mendapatkan brosur-brosur.

No comments:

Post a Comment