Featured post

Jangan Lupa Tanggungjawab sebagai PEWARIS HARTA PUSAKA!

Monday, 22 September 2014

Produk eTiQa Takaful - Kesihatan

Anda tidak akan dapat menjangkakan bila anda akan menghadapi masalah kesihatan. Maka amat bijak jika anda bersedia untuk menghadapi situasi-situasi yang boleh menyebabkan masalah kewangan kepada anda.

Ultra Medic Rider
Critical Illness Rider
Hospital Cash Benefit


You will not be able to predict when you will have health problems. It is wise if you are willing to confront situations that can cause you financial problems.

Ultra Medic Rider
Critical Illness Rider
Hospital Cash Benefit


ULTRA MEDIC RIDER
Pelan yang membantu anda melindungi kesihatan.

Seiring dengan dunia yang pesat dengan kemajuan, kita juga sibuk berusaha untuk meningkatkan taraf kehidupan. Oleh itu, perlindungan kesihatan yang benar-benar menyakinkan adalah amat penting. Ia membolehkan anda meluangkan masa dengan keluarga, melancong dan menerokai apa yang anda sentiasa inginkan. Namun begitu, kesihatan anda sering terabai ketika menguruskan gaya hidup yang sibuk. Ultra Medic Rider direka untuk mengembalikan semula tumpuan asal kepada kesihatan. Dengan ini, anda boleh terus menjalani gaya hidup sihat tanpa merasa risau tentang perlindungan perubatan.

Cabaran yang sering kita alami pada masa kini adalah peningkatan kos perubatan dari tahun ke tahun dan juga kebimbangan terhadap bil perubatan yang mungkin membebankan fikiran anda apabila tiba masanya untuk mendapatkan penjagaan kesihatan berkualiti yang amat diperlukan.

“Di Malaysia, kenaikan kos perubatan dianggarkan sekitar 15% setiap tahun. Ini bermakna, satu pembedahan apendisitis yang ringkas dengan kos RM1,800 pada tiga tahun yang lalu akan meningkat lebih kurang RM3,000 pada hari ini.”

“Kadar kenaikan bil-bil perubatan adalah melebihi kadar inflasi umum setiap tahun. Ini menimbulkan tanda tanya, sama ada penjagaan kesihatan adalah hanya untuk mereka yang berkemampuan sahaja.”


- The Star, 14 Mac 2009.


Pelan Untuk Kesihatan Anda

Ultra Medic Rider memberikan anda ketenangan bila tiba masanya untuk mendapatkan penjagaan kesihatan yang diinginkan. Ia merupakan pelan perubatan premier insurans hospital dan pembedahan yang menyediakan perlindungan perubatan komprehensif sehingga RM1,500,000 sepanjang hayat dan terdiri daripada 5 pelan berbeza untuk disesuaikan dengan bajet dan keperluan anda.

Manfaat Utama

Dengan Ultra Medic Rider, anda akan menikmati manfaat-manfaat utama yang unik seperti berikut:
  • Pendapat Perubatan Kedua*

  • Kami memahami bahawa apabila anda sedang berusaha untuk mendapat rawatan disebabkan oleh sesuatu penyakit, pendapat perubatan kedua adalah amat berharga di samping memberikan anda ketenangan fikiran. Keistimewaan manfaat Pendapat Perubatan Kedua ialah laporan perubatan anda boleh dihantar ke mana-mana institusi perubatan terkenal di dunia yang disyorkan, khusus bagi diagnosis anda. Dengan cara ini, anda menerima pendapat daripada pakar-pakar perubatan yang terkemuka di dunia untuk dibandingkan dengan diagnosis anda yang sedia ada.

    Setelah menyerahkan fail-fail perubatan anda kepada pusat perubatan pilihan, anda dan pakar perubatan anda akan menerima satu salinan pendapat perubatan kedua yang lengkap. Bersama-sama dengan pakar perubatan, anda kemudiannya boleh menentukan rawatan yang terbaik untuk memulihkan penyakit anda.

  • Rawatan Perubatan Alternatif*

  • Anda boleh mendapatkan rawatan perubatan alternatif selepas dibenarkan keluar dari hospital, seperti Kiropraktor, Kiropodi, Homeopati, Osteopati atau Akupunktur daripada pengamal yang mempunyai lesen di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia.

  • Bonus Tanpa Tuntutan

  • Oleh kerana anda menjaga kesihatan dengan baik, kami berikan anda 5% daripada premium rider, dengan syarat tiada tuntutan dibuat pada tahun sebelumnya, bermula dari tahun ketiga (ke-3) polisi dan tahun berikutnya.

  • Tiada Ko-Takaful

  • Semasa anda beransur pulih setelah menjalani rawatan, anda tidak perlu bimbang lagi. Di Etiqa, kami membayar untuk rawatan anda mengikut pelan yang telah dibeli secara penuh supaya anda boleh fokus terhadap pemulihan dan bukannya bimbang tentang pelunasan bil-bil perubatan.

  • Kad Kemasukan Hospital Tanpa Tunai

  • Ultra Medic Rider disertakan dengan satu kad kemasukan hospital tanpa tunai yang memberikan anda akses kepada manfaat dalam pelan ini. Ia bukan hanya satu kemudahan untuk menggunakan kad semua-dalam-satu, malah ia juga memastikan proses daftar masuk dan keluar di hospital panel kami berjalan dengan baik, tanpa tunai dan tiada masalah.

Hubungi saya untuk dapatkan brosur Ultra Medic Rider.




Hospital Cash Benefit

Hospital costs are getting higher nowadays. When you need to be hospitalised at the time of emergency, you would think of "how would the bills be paid?"

Hospital Cash Benefit is specially designed to ease your miseries and support your financial needs with cash payments of up to RM200 per day!

Upon hospitalisation, a fixed cash amount per day will be payable for up to a maximum stay of 365 days, for any one accident or illness.


Hubungi saya untuk 
'Bincang-Bincang Takaful'

Mohd Ezani Saini
Perunding eTiQa Takaful
016-3163292

No comments:

Post a Comment